Sesampainya mereka dihadapan rumah pak cik aman."sayang nak turun tak hantar daging ni" suami zuraini bertanya pada zuriani."tak apa lah bang , sayang duduk dalam kereta je . Abang pergilah hantar daging tu" jelas zuraini.Suaminya mengangguk tanda faham , lalu keluar dari kereta bersama daging korban dibawa untuk memberi pada pak cik aman.
Zuraini hanya duduk didalam kereta sambil memerhati suaminya masuk ke dalam rumah pak cik aman. "PAK CIK AMAN" jerit suami zuraini melihat pak cik aman terikat dikerusi sambil mulut ditutup dengan kain. Suami zuraini segera membuka ikatan pak cik aman . Pak cik aman batuk sejurus ikatan dimulutnya dilepas cuba untuk mendapatkan semula penafasan beliau.
"terima kasih nak huk huk"ucap terima kasih pak cik aman kepada suami zuraini.Suami zuraini bertanyakan pada pak cik aman bagaimana dia boleh diikat dikerusi sambil mulutnya disumbat dengan kain. Pak cik aman masih batuk sambil menunjukkan jarinya ke meja dapur, suami zuraini yang melihat pergerakan pak cik aman akhirnya mengerti apa yang diminta pak cik aman olehnya. Pak cik aman mahukan segelas air bagi mengisi dahaga dan tekak keringnya terlebih dahulu, suami zuraini segera menhulurkan air yang ada diatas meja dapur lalu diteguk pak cik aman air tersebut.
Setelah beberapa tegukkan air, barulah pak cik aman mula menceritakan kejadian yang berlaku. Kisahnya terjadi di ketika waktu malam pak cik aman tersedar dari mimpinya dan bangun untuk meminum air didapur, dengan langkahnya yang biasa sahaja secara mengejut pak cik aman ditekup dimulutnya dari arah belakang. Pak cik aman dapat melihat ada tiga sosok perompak memasuki kedalam rumahnya, pak cik aman yang masih terkjut terus dibawa ke kerusi dan diikat oleh penjenayah tersebut lantas mulutnya disumbat dengan kain. Pak cik aman hanya mampu melihat tindakan penjenayah yang mengambil sehala barang berharga yang ada dirumah itu.
Tepat sahaja pak cik aman menhabiskan ceritanya, zuraini memberi salam dihadapan pintu dan melihat keadaan rumah yang berselerak berserta suami dan pak cik amin yang berdua duan berborak.Zuraini sebenarnya dari tadi dia sudah berada dihadapan pintu semasa pak cik aman bercerita akan situasi itu, akan tetapi atas sebab waktu untuk dia mencelah tidak sesuai diwaktu itu.
"waalaikumsalam" jawab mereka berdua, Pak cik aman menjemput zuraini masuk dan meminta maaf jika rumahnya dalam keadaan bersepah. zuraini dan suami memahami apa dimaksudkan oleh pak cik aman . Suami cuba mengemas sedikit keadaan rumah itu yang berselerak selepas perompak cuba mencari baran berharga dirumah itu.
Pak cik aman hanya mampu beristirehat di tempat duduk , dia yang terasa kepenatan dan tidak larat membuatnya dia hanya mampu melihat mereka mengemas sedikit rumah itu. Suami zuraini mengambil inisiatif untuk memesan makanan untuk mereka bertiga makan.Atas tindakan baik zuraini dan suami, keadaan rumah kembali kemas dan mereka makan bersama di rumah pak cik aman untuk seketika waktu sebelum pulang semula kerumah mereka semula.
Keesokan harinya, pak cik aman dan suami zuraini pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Kejadian itu segera dilaporkan ke polis dan anggota polis telah datang ke tempat kejadian selepas menerima laporan rompakan itu. Pak cik aman diminta untuk tinggal ke tempat lain buat sementara waktu ini,pak cik aman hanya mengangguk setuju arahan anggota polis itu . Akan tetapi , ada sedikit kesedihan diwajah pak cik aman selepas mendapatkan arahan itu.
Pak cik aman duduk dibangku yang disediakan bersama telefon bimbit untuk menghubungi ahli keluarganya. Suami zuraini dapat melihat kesedihan wajah pak abu dan cuba bertanyakan pada pak cik aman dimana dia bakal tinggal buat sementara waktu ini. Pak cik aman hanya menggelengkan kepalanya dan berkata yang dia tiada tempat untuk ditujunya buat sementara ini.
Suami zuraini lantas mengambil tangan pak cik aman"tak apa pak cik buat sementara waktu ini pak cik boleh tinggal dengan saya dahulu.Pak cik aman menitiskan air matanya tanda terima kasih dan rasa bersyukur kerana dapat bertemu dengan suami zuraini yang baik dan sangat prihatin terhadap beliau. Pak cik amana tidak berhenti henti mengucapkan tanda terima kasih pada suami zuraini.
Zuraini yang ketika itu berada dirumahnya mendapat panggilan dari suaminya dan diberitahu yang pak cik aman bakal tinggal bersama mereka buat sementara waktu ini. Zuraini hanya tersenyum dan berkata setuju atas tindakan suaminya. Sungguh zuraini terasa bahagia dan bangga mendapat suami yang baik ....
Petang itu.... suami zuraini bersama dengan pak cik aman akhirnya tiba di rumah. Zuraini yang sudah siap menunggu ketibaan suaminya dihadapan pintu tersenyum memandang ke arah kereta yang memasuki halaman parking kereta.Zuraini yang sudah siap berpakaian jubah pink berdiri tepat dihadapan pintu, sejurus suaminya keluar kereta. Zuraini menyambut salam dari suaminya dan menjemput pak cik aman masuk ke dalam rumah mereka.
Hidangan makanan sudah tersedia di meja, suami zuraini yang mendapati makanan sudah disediakan langsung menjemput pak cik aman untuk makan dahulu sebelum menunjukkan ruang bilik untuk ditinggali oleh pak cik aman.
Mereka pun makan bersama sama , terlihat yang pak cik aman sungguh berselera menjamu makanan yang disediakan oleh zuraini.Kemungkinan telah lama pak cik aman makan sendirian, apabila dapat makan bersama membuatkan pak cik aman terasa sungguh berselera menikmati makanan.
Selesai sahaja mereka makan , pak cik aman duduk seketika diruang tamu menunggu arahan seterusnya dari suami zuraini. suami zuraini sedang mengemas bilik tetamu untuk didiami oleh pak cik aman sementara zuraini berada didapur membasuh pinggan yang dipakai tadi. Selesai sahaja suami zuraini mengemas bilik , suami zuraini memanggil pak cik aman dan menunjukkan bilik untuk pak cik aman diami buat sementara waktu.
Zuraini yang baru sahaja selesai membasuh pinggan melihat suaminya dan pak cik aman menuju ke sebuah bilik.Degup jantung zuraini tiba tiba sahaja berdegup kencang melihat ke arah bilik tujuan mereka . Memorinya yang dahulu entah mengapa telah kembali membuatkan nafas zuraini sedikit tidak terkawal.Suami zuraini menunjukkan pintu bilik untuk ditinggali oleh pak cik aman, pak cik aman mengangguk tanda faham dan membuka pintu bilik tersebut. Sejuru pak cik aman membuka pintu bilik tersebut, pak cik aman dapat rasakan sedikit hembusan angin pada wajahnya....
TBC.........
716Please respect copyright.PENANAHmYzsrqjBE