![](https://static.penana.com/images/chapter/738857/m5_getty_499578755_377423.jpg)
Sebaik enjin kereta dimatikan, Balqis segera keluar daripada perut keretanya untuk ke restorannya. Kelihatan masih ramai pelanggan yang sedang menjamu selera di sana. Balqis bersyukur kerana diberikan rezeki yang tidak putus sepanjang dia membuka restoran ini hampir 6 bulan. Tidak pernah restorannya itu putus pelanggan. Benarlah kata orang bahawa rezeki itu tidak salah alamat. Andai telah ditakdirkan rezeki itu untuknya, maka tiada yang mampu menghalangnya.
Bos, lambatnya hari ni. Kitorang ingat bos tak masuk hari ni.” kata seorang pekerja restoran Balqis itu sebaik melihatnya masuk ke dalam restorannya. Jarang Balqis datang lewat ke restorannya. Selalunya dia sudah ada sebaik restorannya mula beroperasi tetapi hari ini dia lewat daripada biasa.
Sorry. Saya ada hal tadi. So, semua okey kan? Dapur ada problem ke?” balas Balqis sebaik melangkah masuk ke dalam restorannya. Dia segera ke arah dapur untuk melihat keadaan. Risau juga jika pekerja-pekerjanya itu tidak cukup tangan untuk menyediakan hidangan pelanggan mereka. Namun melihat keadaan terkawal membuatkan dirinya berasa lega. Tidaklah dia risau operasi restorannya ini.
Dah masuk waktu zohor ni. So kita buat macam biasa la. Separuh pergi solat kat surau. Lagi separuh stand by dulu. Kaunter tak apa. Saya jaga.” kata Balqis kepada pekerja-pekerjanya di dapur itu. Apa yang diterapkan oleh Balqis direstorannya, walau apa jua keadaan semua pekerjanya perlu menjaga solat mereka. Bagi balqis tidak guna untuk mengejar kekayaan daripada perniagaan ini jika tidak mengutamakan Solat kerana itu adalah hal yang penting untuk muslim. Mempunyai seramai 10 orang pekerja bukanlah satu cabaran untuk balqis kerana dia tahu mereka smeua tahu akan tugas masing-masing dan mampu bekerja tanpa arahan daripadanya.
Sambil menjaga kaunter, Balqis sempat melihat telefonnya memandangkan inilah waktu lapang yang dia ada untuk melihat telefonnya. Daripada pagi tadi dia tidak sempat membaca mesej-mesej yang masuk kerana sibuk menguruskan pelbagai hal. Menjadi perhatian balqis adalah mesej di dalam salah satu kumpulan whatapps iaitu kumpulan rakan-rakan sekolahnya. Bertambah lagi rakannya yang memegang status sebagai ibubapa apabila mereka berkongsi gambar cahaya mata yang baru sahaja selamat dilahirkan.
Balqis hanya tersenyum sendirian melihat gambar-gambar itu. Jika Ummi tahu akan perkara ini, sudah pastilah Balqis akan dibebelkannya. Mana tidaknya rakan sekolahnya dulu kini sudah menjadi ibubapa sedangkan dirinya berkahwin pun belum. Namun Balqis tidak mengambil kisah mengenai perkara ini kerana baginya andai sudah ditetapkan jodoh untuknya, pasti akan tiba juga waktunya. Lagipun hidup ini bukanlah perlumbaan. Balqis percaya setiap manusia itu mempunyai landasan hidup yang berbeza dan telah disediakan oleh Allah SWT.
Sedang balqis menjaga kaunter, kelihatan seorang wanita bersama kanak-kanak perempuan masuk ke dalam restorannya dan mengambil tempat duduk di salah satu meja yang kosong. Balqis segera mejanya untuk mengambil pesanan.
Dik, bagi nasi ayam satu dengan teh o ais.”kata wanita itu kepada balqis.
Ibu tak makan ke?” tanya kanak-kanak perempuan itu kepada wanita itu. Balqis memandang ke arah wanita itu yang sedang membuka dompetnya. Balqis terlihat isi dompetnya dimana hanyalah ada sekeping wang RM10.
Tak apa. Ibu kenyang lagi. Mimi makan. Ibu teman.” jawab wanita itu kepada anaknya. Balqis segera meminta diri sebaik pesanan dibuat. Balqis terus berlalu ke arah dapur untuk memberikan pesanan itu kepada pekerjanya.
Untuk meja 10,yang ada kakak dengan anak perempuan dia tu, awak buatkan set nasi ayam untuk 2 orang makan. Teh o ais tu awak buat 2. kalau dia tanya apa-apa nanti awak cakap je free.” pesan balqis kepada pekerjanya. Kerana sudah faham dengan sikap Balqis itu, mereka hanya mengangguk faham sahaja.
Untuk semua pekerja balqis, hal ini bukanlah satu hal yang mengejutkan mereka kerana balqis memang dikenali oleh mereka dengan sikap pemurahnya. Sering juga dia memberikan layanan percuma kepada pelanggan-pelanggannya. Balqis juga menetapkan pakej separuh harga kepada pelajar sekolah mahupun pelajar kolej yang datang ke restorannya. Setiap minggu juga balqis akan menyediakan makanan percuma kepada gelandangan yang berada berdekatan dengan restorannya itu. Mungkin kerana sikapnya yang suka berkongsi rezeki itu membuatkan restorannya lebih ramai orang datang. Allah SWT juga telah menjanjikan rezeki yang lebih murah kepada mereka yang berkongsi rezeki mereka.
Kebajikan pekerja memang tidak perlu dinafikan lagi. Setiap 3 bulan sudah pasti mereka akan mendapat bonus daripada Balqis. Makan minum sepanjang waktu bekerja percuma dan balqis juga menyediakan 2 biji rumah untuk pekerjanya yang masih bujang. Segala kelengkapan yang disediakan oleh majikan mereka itu membuatkan mereka selesa untuk terus bekerja di sini.
Baru sahaja balqis duduk di kaunter semula, telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Nama Ummi keluar daripada paparan skrin. Segera balqis menjawab kerana selalunya ibunya itu jika telefonnya sudah pasti ada hal yang penting. Jarang ibunya akan telefonnya kerana ibunya itu jarang bersama dengan telefon. Masnaya lebih banya dihabiskan di masjid sahaja. Kadang-kala itu balqis telefonnya banyak kali pun tidak terjawab.
Assalammualaikum Ummi. Kenapa call aqis? Ummi rindu aqis ke?” balqis memberi salam sebaik panggilan itu tersambung.
Waalaikummusalam. Buat apa ummi nak rindu aqis? Lagi aman ummi kat sini aqis tak ada.”jawab Hajah Khadijah dengan nada gurau. Rindu? Ibu mana yang tidak rindu anaknya yang jauh di mata. Walaupun kuala lumpur dan cameron highland tidaklah jauh mana, namun tetap Hajah Khadijah merindui anak perempuan tunggalnya itu. Ikutkan hatinya, hajah Khadijah tidak mahu balqis duduk jauh dengannya kerana balqis itu manja dengannya dan juga suaminya. Namun kerana balqis mahu berdikari, dia izinkan balqis berada di kuala lumpur itu.
Minggu ni aqis balik kampung boleh tak? Ummi nak aqis jumpa someone.” kata hajah khadijah. Balqis sudah tahu kemana arah perbualan ini. Kali ini entah anak teruna siapa pula yang hajah Khadijah mahu eknalkan dengannya itu pun dia tidak tahu. Sejak balqis berusia 25 tahun sehinggalah kini, sudah ramai anak-anak kenalan Umminya itu dikenalkan kepadanya. Balqis tahu hajah khadijah itu mahu dia berkenalan dengan mereka itu hanya kerana satu sebab. Manalah tahu antara mereka itu adalah jodoh untuk Balqis. Tetapi untuk Balqis dia masih belum bersedia lagi.
Of course aqis jadi balik. Dah rindu masakan Ummi. Ni Ummi nak aqis jumpa anak ustazah mana pula ni ummi?” balqis tahu Umminya itu risau dengan dirinya. Usia sudah masuk 29 tahun tetapi masih belum berumahtangga. Mungkin Hajah Khadijah risau jika orang sekeliling mengata mengenai balqis. Namun balqis tidak kisah mengenai semua itu kerana dia masih banyak perkara yang mahu dicapai. Bab berkahwin ini diletakkan di tangga bawah dalam senarai impiannya itu.
Kali ni mesti aqis pun tak sabar nak jumpa. Anak ustazah Maria. Mesti aqis ingat lagi kan?” kata Hajah Khadijah. Entah mengapa mendengar nama Ustazah Maria itu membuatkan Balqis teringat akan seseorang. Seorang lelaki yang pernah hampir memiliki hatinya suatu ketika dahulu. Namun semua berubah apabila lelaki itu ke luar negara untuk menyambung pelajarannya. Sejak itu tiada mana-mana lelaki lagi yang mampu memiliki hati wanita bernama Balqis Idayu.
Ok la Ummi. Kita jumpa nanti la. Aqis tengah jaga restoran ni sebab staff aqis tengah solat. Assalammualaikum Ummi.” balqis menamatkan perbualannya dengan Umminya sebaik ada pelanggan yang datang ke kaunter utnuk membuat pembayaran. Talian dimatikan sebaik Hajah Khadijah menjawab salamnya.
Dik, akak cuma ada sepuluh ringgit ni je. Akak janji nanti akan bayar balik…”
Kak, tak apa. Anggap je ni rezeki anak akak tu. Saya minta akak doakan bisnes saya ni terus maju.” kata balqis memotong kata-kata wanita itu yang menghulurkan wangnya kepada Balqis. Balqis sedar tidak semua orang mahu diperlakukan seperti itu kerana kadang-kala mereka malu apabila dibelanja makanan seperti ini. Tetapi niat Balqis ikhlas. Dia mahu menolong mereka yang kurang berkemampuan. Selain daripada mendapatkan untung melalui perniagaan, balqis juga mahu membuat banyak pahala melalui perniagaannya ini.
Kak hanim! Akak pergi mana? Kalau dia dapat jumpa akak dengan mimi macam mana. Tu kak liza dah tunggu dalam kereta. Akak ikut kak liza balik dulu. Pasal dia tu biar saya settlekan.” tiba-tiba muncul seorang lelaki yang sepertinya berusia awal 20-an menegur wanita itu. Balqis hanya melihat perbualan mereka di depan kaunter itu.
Ni tak apa. Biar saya bayar. Berapa kak bil akak ni makan?” tanya lelaki itu kepada balqis sebaik dia mengarahkan wanita itu dan anaknya untuk keluar daripada restoran.
Tak apa encik. Saya belanja akak ni dengan anak dia. So tak perlu bayar.” kata balqis kepada lelaki itu sambil menghadiahkan senyuman.
Mana boleh. Akak meniaga. Mana nak untung kalau macam tu. Tak apa. Keep the changes.” kata lelaki itu sebelum mengeluarkan 2 keping not RM100 dan diletakkan di atas kaunter. Tidak sempat balqis menjawab, lelaki itu telah beredar meninggalkan restoran itu.
ns 15.158.61.54da2