Memasuki tahun baru je akan timbul pula isu baru. Ye la tambah pulak kalau kena dengan cikgu yang kepala masuk air. Tapi tak la sampai teruk benor, masih dapat kawal perasaan tu.
Ana bukan nama sebenar, seorang remaja yang baru mengenal dunia. Pelbagai perkara telah di ketahuinya sejak memasuki alam sekolah menengah ni. Ye la bila dah mula mengenali kawan dari pelbagai latar belakang ni. Dari A sampai Z la akan tahu.
Nak di jadikan cerita suatu hari tiba2 Ana chat aku. Masa tu aku masih berada di tempat kerja ku. Waktu petang memang semua rakan sekerja dah pulang kerumah. Jadi aku mula bertanya siapa dan macam mana Ana dapat nombor fon aku ni. Dia mengatakan daripada rakan2 yang lain.
Sejak dari tu la aku mula melayan Ana ni. Sehinggala dia sanggup menelefon aku. Kaget sekejap. Bila nombor fix line masuk. Bila mula bercakap baru ku tahu iti Ana. Aku memesan agar Ana tidak menelefon aku setiap masa, kerana takut isteri ku curiga. Jadi setiap kali Ana nak dengar suara aku dia akan chat aku memberitahu akan call. Aku ni memang jenis melayan je, xde ape perasaan pun sebenarnya. Macam2 la si Ana ni bercerita pasal diri dia la, famili la dan paling best dia selalu call aku semata2 untuk menyanyi untukku. Hahahah
Lupa nak bagi tahu, Ana ni bekas anak murid aku. Jadi sebab tu la dia sanggup mencari aku. Aku ni jenis suka melayan budak2 terutama kalau mereka ada masalah akan ku dekati dan bertanya masalah dan ada masa bergurau senda. Matbe sebab tu la Ana ni masih ingatkan aku kot.
Sampai la satu masa aku jadi serba salah, boleh dikatakan sekali sehari dan minimum 10 minit Ana akan berbual dengan aku. Xkira petang atau malam. Ye la kalau fix line mesti org dapat tahu ke nombor mana banyak panggilan dibuat. Jadi untuk menyelamatkan diri dari dipersalahkan oleh keluarga Ana aku amik keputusan untuk mula tidak melayannya. Itu pun selepas makan masa 6 bulan kot. Lame weh. Entah berapa bil telefon rumah bapak dia tu.
Jadi selepas pada tu, Ana mula menyepi. Kira aku pulak jadi rindu nak dengar celoteh rengekan dan suara merdu Ana ni. Tapi ye la, batasan kena ada walaupun lambat tapi masih dapat di hentikan. Sekarang aku rasa Ana ni dh lepas SPM kot entah la lupa. Harap dia menjadi anak yang baik dan memberi kesenangan kepada orang sekelilingnya.
ns 15.158.61.8da2