Perjalanan ke Genting melalui highway yang lurus memang membosankan. Kiri kanan pemandangan bukit yang sangat indah dengan airnya terjun kelihatan dari tepi highway. Cuma ada kabus banyak menghadkan jarak penglihatan. Sebelah Zarul adalah isterinya iaitu Amira.
Zarul mengambil keputusan untuk berhenti sekejap bagi menghilangkan rasa penat memandu dari KL, sambil menikmati udara sejuk dan nyaman itu di tepian lebuhraya yang pemandangannya menghadap ke gunung-gunung menghijau.
Sambil minum 100Plus, Zarul mengeluarkan sebatang rokok kegemarannya dan menyalakannya sebelum dia menghisap rokok tersebut. Zarul berasa selesa dan bebas daripada stress di kota dan tempat kerjanya yang sibuk. Memang jelas terbukti bahawa wang bukan segalanya bagi Zarul.
Dengan kereta E60 BMW M5 yang segak bergaya serta kerjayanya sebagai Senior Executive di sebuah syarikat swasta tidak membahagiakan dirinya yang terasa kosong sejak kebelakangan ini. Sebab itulah dia mengambil cuti tahunan seminggu untuk menghiburkan hatinya dengan isterinya di puncak Genting.
Amira pula memilih untuk duduk di tempat yang agak redup di bawah pokok-pokok tepi highway, sambil turut menikmati panorama hijau dengan deruan enjin kenderaan yang lalu lalang di lebuhraya itu.
"Penat ke bang?" tanya Amira yang sentiasa mengambil berat kesihatan suaminya itu.
"Taklah, cuma mata mengantuk kalau drive straight je macam ni. Kan kita biasa jalan tersangkut-sangkut kat KL dgn traffic jam yang tak sudah-sudah," jawab Zarul dengan nada mengeluh.
Amira memahami suaminya itu yang memang sentiasa mengeluh dengan kesesakan di KL. Memang niat nak berpindah tinggal di bahagian selatan, dekat-dekat kawasan Nilai atau Seremban 2 yang mana kurang padat dengan penduduk.
Lagipun, banyak perumahan baru dibuka di sana. Cuma Zarul rasa tidak perlu duduk rumah besar-besar kalau tinggal berdua sahaja. Mungkin Zarul tak maksudkan apa-apa, tapi bagi seorang wanita dan isteri seperti Amira kata-kata tersebut menghiris hatinya.
Dia sedar sudah 5 tahun mereka berkahwin tapi masih belum mempunyai anak hasil perkahwinan ini. Sekarang dirinya sendiri sudah berumur 29 tahun.
"Cik, mau tumpang tanya boleh ka?" tegur seorang lelaki berbangsa India di belakangnya.
"Owh, yes?" balas Amira yang jelas terkejut.
Tidak disangka ada orang di belakangnya.
"You punya kereta rosak ka?" soal lelaki tersebut.
"Eh, taklah. Mana rosak pulak. Saya dengan suami saya berhenti kejap," jawab Amira sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah suaminya.
Namun jarak dia dengan Zarul agak jauh. Zarul yang dari tadi kelihatan perlahan-lahan berjalan menuruni bukit menuju ke semak-samun. Mungkin ada sesuatu yang menarik minatnya. Amira hanya melihat, tidak ingin dia mengganggu suaminya yang sedang menenangkan diri. Matanya beralih ke arah lelaki India yang menyapanya tadi.
Tinggi sedikit daripada suaminya yang hanya 5'7". Mungkin dalam 5'8". Badan yang tegap berisi dengan kulit warna gelap kebanyakan rakyat keturunan India Selatan, ber T-shirt dan berseluar jeans yang kelihatan ketat akibat padatnya peha lelaki tersebut.24414Please respect copyright.PENANAaCStTWze1Y