TREEEETTTT!!!!
Bunyi alarm dari handphone Hajah Halimah mengejutkan wanita itu dari tidurnya. Hajah Halimah cuba membuka matanya, perlahan-lahan. Tangannya cuba mencapai kearah handphonenya yg biasanya terletak di hujung meja sisi katilnya. Pukul 5 pagi tertera di skrin handphone itu. Hajah Halimah cuba bangun dari katil itu, namun badannya terasa begitu lemah sekali. Letih dan mengantuk. Selama ini dia tiada masalah untuk bangun bagi menunaikan solat subuh, bahkan sudah menjadi tabiat dan rutinnya. Namun pada pagi itu , terasa begitu berbeza sekali. Setelah mindanya dapat berfikir dengan waras, dia seolah-olah terkejut, terus terjaga. Itu semua kerana dia kembali mengingati peristiwa yg berlaku malam tadi.
Adakah dia bermimpi malam tadi, fikir Hajah Halimah. Mindanya mahu mengatakan ianya adalah mimpi, namun dalam masa yg sama, dia seolah-olah mengetahui semua perkara yg terjadi pada malam tadi, walaupun sukar diterima dengan akal yg rasional , namun ianya benar-benar terjadi. Hajah Halimah menarik sedikit leher baju kelawar yg dipakainya, mengintai kearah teteknya. Ada kesan lebam dibahagian tersebut. Peluh dinggin mula membasahi dahi Hajah Halimah, dan dadanya mula berdebar-debar. Dia mula menyelak bahagian bawah baju kelawarnya itu pula, cuba memeriksa bahagian sulitnya. Juga mempunya tanda, menunjukkan bahagian pukinya itu telah diguna pada malam tadi.
Hajah Halimah mengucap panjang. Dia keliru. Apa sebenarnya yg terjadi malam tadi? Adakah dia benar-benar diperkosa? Namun dia yakin dia tidak dapat melihat sebarang susuk tubuh yg menodai dirinya malam tadi. Mindanya terus berfikir panjang, mencari penjelasan, memikirkan apa yg sebenarnya yg terjadi. Mindanya berkecamuk, namun didalam sudut jauh dirinya, ada sedikit rasa gembira, seronok. Terasa berdosa, namun seronok. Sudah lama kenikmatan nafsu tidak dirasai oleh Hajah Halimah, dan malam tadi dia kembali merasainya. Dia mengucap panjang sekali lagi. Dia cuba menanam jauh perasaan itu.
Bunyi azan subuh yg sayup-sayup kedengaran menyedarkan Hajah Halimah dari lamunannya. Dia segera turun dari katil dan mula bergerak menuju kedalam bilik mandinya.
10 Hari Lepas, Di Sebuah Daerah Yang Jauh.
Pemandu jentera jentolak yg sedang membersihkan kawasan yg mahu dijadikan laluan sebuah projek keretapi itu kelihatan sedang mengaru kepala. Sebuah batu yg berada ditengah-tengah laluan itu langsung tidak dapat digerakkan, walaupun saiz batu itu tidaklah terlalu besar. Selalunya batu bersaiz seperti itu senang sahaja digerakkan, ditolak ketepi mengunakan mesin yg digunakannya. Namun kali ini berbeza. Batu itu langsung tidak bergerak. Seolah-olah terpaku kemas ke tanah.
" Hey Gopi, kenapa ko tak tolak lagi batu tu?" kedengaran suara mandornya dari belakang jentera jentolaknya. Ada nada marah kedengaran. Pemandu yg bernama Gopi itu turun dari jentolaknya, mula bergerak menuju kearah mandornya.
" Boss, itu batu tarak mau gerak la boss. Saya sudah tolak, gali juga, tapi tarak mau gerak. Ini cerita betul la boss.." kata Gopi, bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu dianggap memberi alasan kosong oleh mandornya itu.
" Hurmm.." keluh Jamal, mandor kepada Gopi. Bukannya dia tidak percaya kepada Gopi, cuma dia tidak menyangka perkara seperti itu akan terjadi untuk projek kali ini.
" Takpe Gopi. Ko pegi rehat dulu. Biar kau tengok-tengok kejap." Arah Jamal. Ini bukanlah kali pertama dia berhadapan perkara pelik sebegini. Sudah berbelas tahun dia melakukan kerja seperti ini dan sudah beberapa kali dia berdepan dengan perkaran aneh ketika melakukan kerjanya. Jamal sendiri bukanlah bekerja dengan dada kosong. Siapa yg tidak kenal datuknya, Tok Awang, pawang istana yg termasyhur di Pahang. Bahkan sehingga sekarang, walaupun datuknya sudah mencecah umur 90 tahun lebih, masih ramai yg berpusu-pusu mendapatkan khidmat dari datuknya itu. Jamal sebagai cucu dari susur galur lelaki sulong, sedikit sebanyak ada mewarisi kemahiran dan ilmu kebatinan dari datuknya itu.
Jamal mula mendekati batu yg menghalang perkerjaannya itu. Dia cuba melihat, memerhati batu itu dengan mata kebatinannya. Dia sedar, ada benda yg perlu diteliti dengan mata hati, bukan hanya dari segi logik akal. Dia masih teringgat, beberapa tahun lepas ketika menjalankan projek untuk membersihkan sebuah kawasan yg mahu dijadikan kelab golf baru oleh majikannya, tiba-tiba pekerja bawahannya diserang oleh sekumpulan kera yg luar biasa besarnya. Kumpulan kera itu begitu agresif sekali, amat berbeza dengan kera normal yg akan lari apabila mendengar bunyi bising. Nasib baik ketika itu Jamal turut berada disana, sehingga dia sempat untuk menyelamatkan para pekerjanya dari terus diganggu oleh kumpulan kera yg aneh itu. Dari mata hatinya, dia tahu yg kera-kera itu adalah jelmaan yg dihantar oleh penunggu kawasan tersebut. Berbekalkan ilmu yg dimiliki oleh Jamal, dia berjaya berunding, memaksa penunggu itu meninggalkan kawasan tersebut.
Dan hari ini, sekali lagi Jamal terpaksa mengunakan kemahiran yg tidak ramai yg mengetahui dia miliki untuk menyelesaikan masalah dihadapannya sekarang. Jamal terus mengelilingi batu itu, memerhati, mencari tanda-tanda tertentu. Ilmu pasak bumi, fikir Jamal didalam hatinya. Bukan calang-calang orang yg meletakkan ilmu tersebut. Apatah lagi batu itu dipasak dengan empat penjuru, satu disetiap arah angin. Nasib baik ilmu itu sudah lama dilaksanakan, sudah melemah, fikir Jamal lagi. Kalau tidak, pasti dia memerlukan bantuan untuk menanggalkan pasak itu.
Jamal mula bergerak disetiap penjuru batu tersebut, sambil mulutnya berkumang-kamit membaca mentera. Satu persatu pasak di batu itu dibuangnya sehingga kesemua pasak itu selesai dibuang oleh nya. Timbul sedikit rasa curiga didalam fikiran Jamal. Kenapa ada orang mahu meletakkan pasak di batu itu? Apatah lagi batu itu terletak jauh sekali dari penempatan. Kampong terdekat hampir 20 km. Jamal cuba membuang perasaan curiganya. Mungkin ada yg mahu cuba kehebatan ilmu mereka.
" Hoi Gopi!! Cuba ko try sekali lagi." Jerit Jamal, memanggil Gopi yg sedang merokok dan berbual dengan beberapa orang pekerja lain.
" Wokey boss.." balas Gopi, turut menjerit sambil berlari menuju kearah jentera jentolaknya. Apabila sudah berada didalam tempat mengawal jentolak itu, Gopi sekali lagi cuba menolak batu itu dengan jentolaknya, dan hanya sedikit tolakan, batu itu bergolek, jauh dari kawasan yg perlu dibersihkan itu.
Dari mata batin Jamal, sekilas pandang dia dapat melihat sesuatu keluar dari bawah batu itu. Sesuatu yg tidak pernah dilihatnya. Dari firasatnya, sesuatu yg buruk bakal berlaku. Dia berharap firasatnya itu salah.
Bebas!!!!
Itulah yg dirasai oleh makhluk tersebut. Sudah berapa lama dia terpenjara dibawah batu itu. 20 tahun? 30 tahun? Tidak. Jauh lebih lama. Dia bergerak, melihat sekeliling. Terlalu banyak perubahan. Terlalu banyak benda yg dia tidak dapat kenali. Ternyata golongan manusia sudah banyak berubah. Sudah terlalu maju dari kali terakhir dia berjalan dimuka bumi itu. Namun dia tidak risau. Sang Pencipta memberikan kaumnya kelebihan untuk menguasai sebarang ilmu dengan mudah. Hanya sehari dua sudah cukup baginya untuk mempelajari segala kemajuan yg dicapai oleh golongan manusia. Dan selepas itu dia perlu mencari pendamping baru dikalangan manusia. Itulah syarat, kelemahan bagi kaumnya. Perlu ada manusia untuk didampingi jika mahu merasai kenikmatan dan kekuasaan yg sepatutnya menjadi hak mutlak kaumnya.
" Amboi Kak Hajah... Jauhnya mengelamun..." tegur Ustaz Muiz, tersenyum, mengadap sekumpulan warga wanita didalam sebuah dewan berhampiran masjid.
" Ohh..Maaf Ustaz," balas Hajah Halimah, terkejut mendengar teguran dari penceramah itu. Beberapa ketawa kecik dari kawan-kawannya juga kedengaran. Muka Hajah Halimah mula memerah, tersipu malu. Entah kenapa hari itu, dia tidak dapat menumpukkan perhatian dalam kelas agama yg dihadirinya. Fikirannya masih berkecamuk dan dia sendiri seolah-olah tidak selesa berada didalam kelas tersebut.
Ustaz Muiz tertawa kecik, sebelum kembali menyambung kelas agama itu. Selang hampir 30 minit, kelas itu ditamatkan.
" Ko ni kenapa Mah? Lain macam je hari ni. Ko tak sihat ke?" Rokiah bertanya kepada Hajah Halimah, sambil mereka keluar dari dewan tersebut.
" Ehh, takde la Kiah. Cuma aku rasa pening sikit je.." balas Hajah Halimah. Mustahil baginya untuk menceritakan perkara difikirannya kepada kawannya itu.
" Ko tu banyak sangat berfikir kot. Ko nak risau ape lagi? Anak-anak dah besar. Harta pun banyak. Lain la macam aku. Tu, Abang Yaakub aku tu. Dah umur 60 tahun pun kena keje lagi. Lagi aku risau." Bebel Rokiah.
" Err, Kiah. Aku tak singgah la rumah ko hari ni. Aku nak balik terus.." kata Hajah Halimah. Dia terus berjalan, meninggalkan kawannya itu tanpa mendengar jawapan. Dia tidak mahu diganggu hari itu.
" Ehh.. Lain macam je Limah ni. Sentap ke?" bebel Rokiah lagi, perlahan-lahan, sambil melihat kawannya itu berlalu meninggalkannya.
ns 15.158.61.8da2