Sesudah Amwal dan Marissa tiba di sebuah pusat membeli-belah mall yang berdekatan tempat Amwal bekerja, mereka berdua terus menuju ke medan selera yang terletak di tingkat 3 mall tersebut. Masing-masing sedang berkelaparan, setibanya di medan selera, Amwal terus ke kaunter nasi ayam untuk memesan set makanan yang akan dijamah bersama Marissa, manakala Marissa pula sedang duduk di meja makan sambil membalas pesanan mamanya, Zura.7181Please respect copyright.PENANAysZQxnNK8Y
7181Please respect copyright.PENANAUMzT7jRttx
Pesanan whatsapp
Marissa: “mama, risa lambat sikit tau… tp janji balik sblm pukul 5..”
Zura: “ok risa, elok2 jaga diri… jangab lupa makan”
Marissa: “ok ma 🥰”7181Please respect copyright.PENANAJTdYSULHwV
7181Please respect copyright.PENANAkgb5rlqNpp
Amwal sedang membawa makanan yg sudah siap dipesan ke meja mereka. Terlihat senyuman manja berbalas-balas antara Amwal dan Marissa.
Di sudut yang lain pula, Zura dan rakan pejabatnya memasuki mall yg terletak agak jauh daripada pejabat mereka, seperti yg telah dijanjikan oleh majikan mereka yang makan tengah hari pada waktu itu ditanggung oleh syarikat, di mana tempahan telah pun dibuat seminggu awal. Zura dan rakannya memasuki bistro thai authentic untuk menjamu selera. Ketika Zura dan rakannya sedang menunggu makanan siap disediakan, pada sudut yang lain pula, Amwal dan Marissa telah menghabiskan makanan tengah hari mereka.
Amwal mengajak Marissa berjalan di dalam mall dalam masa yg sama dia cuba untuk bermain nafsu dengan Marissa. Sedang mereka berjalan secara berdampingan, Amwal terus melakukan interlock hand hold antara dia dan Marissa. Ini membuatkan jantung Marissa berdegup kencang, perasaan hangat kembali memanaskan tubuh anak dara tersebut. Marissa membalas senyuman Amwal lalu mereka berjalan tanpa menghiraukan orang di sekeliling. Sedang mereka berjalan mesra seperti kekasih yang hangat bercinta, secara tiba-tiba sepasang mata tajam memerhati di sebalik cermin sebuah bistro. Ya, mata tu, adalah mata Zura.
*****
Titik Pandangan/POV Zura
Sedang leka aku bermain telefon bimbitku, secara tiba-tiba mataku terlirik keluar cermin terlihat anak daraku bersama seorang remaja lelaki sedang bermesra-mesraan. Aku paling pantang kalau seseorang menipu diriku, inikan pula penipuan daripada anak daraku sendiri. Dengan amarah yg sedang mengelegak, aku bangun dari kerusi yang aku duduki tanpa disedari rakan yg lain, terus aku keluar dari bistro tersebut dan berjalan meluru menuju ke pasangan asmara tersebut.
Aku mendekati Marissa dan Amwal lalu menyentap tangan Marissa menuju ke lorong tandas, Amwal tertarik sekali menuju ke ruang tersebut. Marissa kelihatan terkejut melihat aku yang kini berada dihadapannya. Amwal pula sedikit marah kerana tersentap sekali.
Aku sedikit menengking, “risa buat apa kat sini ? Bukan ada training hoki ?“ Amwal berkata di dalam hatinya, “sape pulak orang tua ni.” Risa berkata, “eerrkk, ma risa boleh jelaskan.“ Aku mengherdik “nak jelaskan apa… ni terang-terang ko tipu mama… mama punya la percaya kat kau bulat-bulat… pandai ko bodohkan mama ye..ingat sikit risa tu nak spm.” Risa membalas “ma slow-slow ma orang dengar ni… risa tahu risa salah.“ Aku terus menaikkan suara, “biar orang dengar.. sakit hati mama tahu.” Amwal dalam hati “aah sudah, masak aku ni.” Aku terus berkata “ni sape pulak laki ni? suka-suka je bawak anak dara orang ke hulu ke hilir.“ Risa jawab “eerrmm ni am, diaa eerrm dia BF risa.“ Aku terus mengherdik, “BF ? Amboii sekolah tak habis lagi dah nak cintan cintun… “ Aku memandang kekasih Marissa, sambil berkata “dah mampu dah nak sara anak aku? Umur ko berapa? Kerja apa? Dah ada duit hantaran?“ Amwal terkebil-kebil, menjawab “aa aa belum aunty, saya baru 19 aaa and kerja as barista “ Aku menyindir, "keje pon biasa-biasa nak sara anak aku… muka pon mcm mat rempit ada hati nak anak aku.“ Amwal semakin panas hati mendengar ayat tersebut, namun masih mampu bersabar. Marissa berkata, “mama jgn la ckp macam tu, tak baik lah.“ Aku terus menyoal, “habis yg risa buat ni benda baik ? Dah g balik sekarang, balik naik grab jgn nak buang masa kat sini lagi… mama nak cakap sikit dengan budak laki ni.“ Marissa tanpa melawan hanya pasrah melepaskan tangan Amwal lalu beransur pergi.7181Please respect copyright.PENANAKErSjfqgrr
*****
Setelah Marissa berlalu pergi, Zura sekali lagi mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati Amwal.
Zura terus bertanya pada Amwal, “ko tunggu dulu, kau bawak anak aku datang sini dengan apa ?“ Amwal menjawab, “dengan moto aunty.“ Zura tanpa berlapik berkata “haaa dengan moto !! Sedap-sedap je ko usung anak dara aku ye… dasar mat rempit, kalau jadi apa-apa jadi kat anak aku kau nak tanggung?“ Amwal sedikit tersentak dengan amarah Zura pun semakin panas hati dengan Zura atas kata-kata yang pedas dan keras itu. Amwal merayu, “maaf kan saya aunty, saya janji tak bawak dia dah.“ Zura sambung, “ingat sini muka kau tak layak untuk anak dara aku si risa tu.. dah kau pergi dari sini.. aku nak pergi makan, spoil mood aku betul.“ Amwal berkata, “errkk errmm baik aunty.. saya mintak maaf sekali lagi.“ Zura terus berkata, “dah-dah, aku tak nak dengar suara kau dan tengok muka kau lagi.“ Amwal dengan hati yang panas terdetik satu amarah dendam yang dia akan ingat sampai bila-bila.
Zura sesudah berleter hampir 20 minit kembali ke bistro untuk menjamu selera, sempat dia ke tandas untuk membetulkan riak wajah dan emosinya. Amwal pula beredar dengan hati yg berat dan dendam terhadap Zura.7181Please respect copyright.PENANAq4UCHmSMlx
Seusai makan tengah hari anjuran syarikat, Zura dan rakan kembali semula ke pejabat untuk meneruskan baki waktu bekerja mereka. Di sudut lain pula, Amwal hilang konsentrasi ketika bekerja dan meminta kebenaran supervisor untuk pulang awal. Marissa pula mengurung dirinya di dalam bilik untuk tempoh masa yang lama, wi-fi dan data ditutup, dan tiada sebarang pesanan whatsapp yg masuk.
Zura selesai tugasan di pejabat dan jam menunjukkan pukul 5.30 petang, seperti rutin kebiasaan dia akan pulang menaiki bas. Sepanjang perjalanan Zura masih lagi teringat akan kejadian di mall tadi. Di dalam hati kecilnya, rasa serba salah timbul kerana memarahi Amwal tanpa kawalan namun egonya tetap membelai perasaannya dan mengatakan apa yang dilakukan adalah perkara yang sepatutnya.7181Please respect copyright.PENANAvQzC9g2PPp
*****7181Please respect copyright.PENANAT9fRnkXDwI
Setibanya Zura di rumah, dia mencari Marissa di bilik dan cuba untuk berbicara dengannya. Marissa masih marah dengan tindakan mamanya, namun dia juga sedar yang dirinya juga bersalah dalam hal ini.7181Please respect copyright.PENANA6IYPJOw8bj
Setelah hatinya sedikit reda, Marissa keluar dari biliknya untuk berbicara dengan mamanya Zura. Panjang lebar mereka berdua berbincang, akhirnya Marissa akur dengan nasihat mamanya, memandangkan tahun ini dia akan mengambil peperiksaan SPM. Zura berasa sedikit lega apabila anak daranya sudi mendengar nasihatnya. Zura bersiap untuk menunggu suaminya pulang.
Jauh di kawasan lorong kecil kelihatan Amwal yang sedang melayan perasaan marah dan kecewa. Marah terhadap zura dan kecewa kerana Marissa tidak membalas pesanan whatappsnya. Sedang Amwal leka dengan telefon bimbitnya, terdetik dalam fikiran Amwal untuk mencari IG Zura. Lalu dia mencari IG perempuan itu, melalui link di IG Marissa. Scroll punya scroll akhirnya dia menemukan IG Zura. Namun ternyata IGnya private, terbit rancangan nakal Amwal untuk menganggu dan memeras ugut Zura dan mendapatkan kembali kekasihnya Marissa.