Dua bulan mengenali Abang Kamal aku sudah mula tahu sifat dan perlakuannya. Jarang bercakap dan mengamalkan sikap lebih suka bertindak dari bercakap kosong. 12230Please respect copyright.PENANANApU16rFes
Dia juga gemar bersenam dan aku selalu terserempak dengannya di anjung belakang dengan singlet yang basah dek peluh.
Beberapa kali aku meneguk air liur ku sendiri melihat betapa berkilat tubuhnya melantun cahaya matahari yang nakal mengusapi badannya.
Ah... nakal mataku.
Jika di dalam bas, dia selalu berada di belakangku, menjagaku.
Pada mulanya aku hairan kerana aku tahu dia ada sebuah kereta proton perdana. Acapkali aku bertanya dimana keretanya dan dijawabnya masih rosak di workshop. Aku tidak bertanya dengan lebih lanjut cuma berasa gembira ada dia untuk menjagaku. Dengan adanya dia, tiada lagi tangan- tangan nakal menganggu punggungku.
Tetapi punggungku pula yang selalu berlaga dengannya apabila kami sama- sama berdiri kerana tiada tempat duduk.
Dan… situasi itulah yang membuatku teruja apabila ada dia di depanku.
Dan baru- baru ini aku menyedari yang aku akan berada dekat dengan dadanya, dikelilingi tanganya dengan sinsingan bajunya hingga ke siku. Aku terbuai dengan pandangan urat- urat jantan dari tangannya yang tersembul dan menjalar ke sikunya saat memegang rail bas.
Perasaanku berbaur. Rasa selamat, berdebar dan terkesima walaupun tidak menyentuhnya.
Bau dan aroma yang tersiar dari badannya sangat menaikkan semangat dan nafsuku. Jantungku pastinya berdegup kencang.
Tiap kali bahangnya membelai desingan kulit dibalik bajuku, aku terasa akan lengannya menyentuh dan mengarahkan kepalaku seperti memahukan diriku dekat dengan dadanya.
Dan bila aku mendongak, pastinya aku melihat halkumnya sentiasa bergerak ke atas seolah- olah dia menelan air liur. Dan kadang- kadang aku sempat terdengar degupan jantungnya yang kuat. Itu membuatkan aku tertanya- tanya.
Berimaginasikah aku?
Pastinya ia telah berlaku berulang kali.
Adakah Abang Kamal juga merasa seperti apa yang ku rasa?
Adakah dia rasa lain apabila berada dekat denganku?
Oleh kerana bas sentiasa bergoyang aku menepis persoalanku sendiri.
Aku membiarkan mainan emosiku mencair pergi. Tapi yang pastinya Abang Kamal tidak berasa seperti mana aku rasa yang selalu menginginkan dirinya.
Namun pada satu senja setelah empat bulan mengenaliku akhirnya Abang Kamal mula menampakkan kemahuannya yang terpendam terhadap aku.
Ia bermula selepas aku selesai memintanya membaiki lampu yang rosak pada bilik mandiku. Selepas sama- sama membawa peralatan balik ke rumahnya, aku mulai berasa kekok berada di ruang tamunya.
"Lia balik dulu Abang Kamal."
ns 15.158.61.51da2