Jamal bergerak memasuki ruangan rumahnya, menuju kearah meja makan yg terletak dibahagian belakang rumahnya itu, di bahagian dapur. Sudah seminggu dia berada dirumah sejak tugasannya selesai. Sekarang dia hanya menunggu tugasan seterusnya dari majikannya. Akhbar yg dibelinya tadi di letakkan di atas meja tersebut sebelum dia mengangkat tudung saji dihadapannya. Sudah terhidang nasi goreng dan air kopi didalam teko sederhana besar di bawah tudung saji tersebut. Memang sudah menjadi kebiasaan buat isterinya untuk menyediakan sarapan buat Jamal terlebih dahulu sebelum dia bergerak ke tempat kerjanya apabila Jamal bercuti dan berada dirumah seperti sekarang. Paling tidak air kopi yg terhidang. Jamal tersenyum sendiri. Dalam diam dia bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri sebaik Haliza.
Sambil dia menuangkan air kopi dari dalam teko itu kedalam cawan dihadapannya, Jamal mula membaca berita yg terpampang dimuka hadapan akhbar tersebut. Memang sudah menjadi tabiatnya, sejak dari mula pandai membaca, sehingga sekarang, dia gemar membaca akhbar apabila bersarapan, walaupun sekarang, akhbar seolah-olah hampir pupus ditelan kemodenan dunia digital. Bagi Jamal, merasa kertas akhbar ditangan mempunyai kepuasan tersendiri apabila membaca berita-berita yg tersiar. Sesuatu yg sukar digambarkan.
Satu persatu berita di helaian akhbar itu dibaca, sambil mulutnya mula, menyuap, mengunyah nasi goreng yg terhidang, sambil sesekali air kopi turut dihirup. Sampai dihelaian ketiga, mata Jamal tertarik dengan satu berita yg terpampang dihelaian tersebut. Berita mengenai mayat seorang pemuda yg ditemui dalam keadaan berbogel, namun tanpa kesan luka atau sebarang tanda yg jelas sebagai punca kematiannya. Mengikut laporan didalam akhbar tersebut, pihak hospital dan forensik jugak tengelam punca untuk mencari punca kematian pemuda itu,sehingga menjadi tanda tanya kepada mereka. Pelik, fikir Jamal.
Entah kenapa, naluri dan suara hati Jamal terdetik apabila membaca laporan berita tersebut. Dia termenung seketika. Mindanya kembali mengingati peristiwa beberapa minggu lepas. Hati kecilnya begitu kuat mengatakan ada kaitan diantara kematian pemuda tersebut dengan perasaan pelik yg dirasainya ketika dia membuka pasak disebuah batu besar yg menghalang kerjanya ketika itu.
" Geruh apa pulak ni. Ade kaitan ke dengan kerja yg aku buat tu?" Bisik Jamal, perlahan-lahan, kepada dirinya sendiri. Selera makannya terus terhalang. Hatinya mulai risau, tidak tenang. Dia mulai bangun dari tempat duduknya, mulai berjalan berulang-alik, dari meja makan sehingga kepintu depan. Beberapa kali perbuatan itu diulang, sehingga akhirnya dia berhenti di pintu depan rumahnya. Merenung, bertafakur dihadapan pintu rumahnya itu. Seolah-olah mencari firasat dan petanda melalui mata batinnya.
" Hermm..." keluh Jamal. Jarinya digerakkan diantara satu sama lain, mengira sendi, mengikut amalan ilmunya. Mencari petanda. Terus berdiam diri seketika, hilang dalam fikirannya sendiri, Jamal sekali lagi hampa. Sukar baginya untuk mencari firasat mengenai perkara yg sedang menganggu fikirannya sekarang. Dia kembali berfikir sejenak, sebelum membuat keputusan untuk meminta pertolongan dari orang yg lebih berilmu darinya.
Jamal kembali menuju kearah meja makan, mengambil akhbar yg sedang berada diatas meja tersebut, sebelum mula melangkah keluar dari rumahnya. Langkahnya diatur, menuju kearah rumah datuknya yg terletak tidak terlalu jauh dari rumahnya sendiri. Sesekali Jamal ditegur oleh jiran sekampung, yg kembali dibalas dengan lambaian tangan dari Jamal. Memang kalau hendak dikira, hampir 90 peratus penduduk Kampung Teluk Pinang itu mempunyai pertalian saudara diantara satu sama lain. Jadi hubungan diantara mereka boleh dikatakan agak rapat dan keadaan kampung mereka selama ini begitu aman sekali. Cuma sekarang, ramai anak muda yg sudah berhijrah ke kota besar, mencari rezeki disana, sehingga keadaan kampung menjadi agak sunyi sedikit.
Namun, Jamal sendiri lebih suka dengan ketenangan suasana kampung, dan dia bernasib baik bertemu jodoh dengan isterinya yg berasal dari daerah yg sama walaupun berlainan kampung. Apatah lagi isterinya itu mengajar disebuah sekolah berhampiran. Semua itu dianggap rezeki buat Jamal kerana dapat menetap di kampung kelahirannya sendiri. Tenang dan aman. Kecuali beberapa bulan lepas, ada sepasang guru dan ustazah yg mengajar disekolah yg sama dengan isterinya ditangkap khalwat, sehingga mengemparkan kawasan tersebut. Bagi Jamal, itu semua lumrah hidup. Setiap manusia ada masalah mereka tersendiri, dan bukan haknya untuk menghukum. Dan itulah jugak yg dipesan kepada isterinya apabila isterinya itu bercerita mengenai hal tersebut.
Langkah Jamal terhenti dihadapan rumah datuknya. Ada kereta mewah sedang berada rapat dengan rumah tersebut. Ada tetamu, fikir Jamal. Dia menukar langkahnnya, menuju kearah para dibawah pokok rambutan dihadapan rumah datuknya itu. Dia melabuhkan bontotnya di atas para tersebut, sebelum dia kembali membuka, membaca akhbar yg dibawanya. Biarlah datuknya itu menyelesaikan urusan dengan tetamu berkereta mewah itu terlebih dahulu.
*********
Hajah Halimah tersenyum melihat pantulan wajahnya dicermin meja soleknya itu. Jauh berbeza dari wajahnya sebelum ini. Berseri-seri. Ditambah pula dengan lapisan mekap yg sudah menghiasi ruang wajahnya. Bukan itu sahaja, bahkan kedutan usia tua yg sebelum ini terpampang dibahagian pipi dan bawah matanya juga sudah menghilang. Sekali gus menjadikan wajah Hajah Halimah seolah-olah 20 tahun lebih muda. Seperti wanita didalam usia 30-an. Hajah Halimah terus melapiskan gincu berwarna merah dibibirnya. Begitu terang dan tebal. Begitu mengoda sekali dibibir Hajah Halimah yg sentiasa tersenyum galak itu.
Setelah berpuas hati dengan wajahnya, Hajah Halimah mengambil sehelai selendang panjang berwarna putih yg sudah tersedia ditangan kerusi yg sedang didudukinya itu. Hari ini, bukan tudung labuh yg akan menghiasi kepalanya, tetapi selendang panjang itu. Dia meletakkan selendang itu dihujung bahagian belakang kepalanya, membiarkan rambut dibahagian hadapan terurai didahinya. Seketika memastikan selendang itu sempurna, Hajah Halimah bangun dari kerusi, mula menayangkan badannya pula. Jelas bahagian badannya yg sudah terbalut dengan kebaya merah ukuran nyonya, nipis dan ketat, sehingga menampakkan bentuk badan montok Hajah Halimah. Teteknya yg sebelum ini sudah jatuh akibat dimakan usia, kelihatan kembali mengunung disebalik baju kebaya ketat itu. Anak baju tanpa lengan yg dipakai oleh Hajah Halimah disebalik baju kebaya itu juga jelas terbayang, menampakkan iras bayang bahagian atas tetek betina itu.
Bahagian bawah Hajah Halimah pula dibaluti dengan kain batik jawa ketat, yg turut menampakkan bentuk bontotnya terkeluar kebelakang. Tonggek. Hajah Halimah memusing-musingkan badannya dihadapan cermin tersebut, sambil sesekali mencekak pinggang, mendadakan tetek dan menonggekkan bontotnya. Terdengar bisikan halus ditelingganya, memuji dan mengalakkan lagi Hajah Halimah untuk melakukan aksi itu. Rugi jika tubuh secantik dan mengoda seperti itu dibiarkan terselindung didalam baju labuh. Dan Hajah Halimah mengiakan bisikan halus itu.
Hajah Halimah melangkah keluar dari bilik tidurnya itu, turun kebahagian bawah, sebelum mulai melangkah keluar dari rumahnya. Sudah beberapa hari dia tidak keluar, dan hari ini dia pasti ramai yg akan terpesona dengan dirinya. Hajah Halimah yg baru. Ada senyuman nakal terukir dibibitnya. Sepatu setinggi 3 inci disarung kekakinya, sebelum dia melangkah, berjalan sambil mengoyangkan bontotnya kekiri dan kanan.
Kartina yg sedang menyiram bunga dihalaman rumahnya terhenti seketika apabila wanita berkebaya merah ketat itu melintas dihadapan pagar rumahnya. Dia tidak sempat melihat wajah wanita itu. Cuma lenggokan dan bau wangi dari wanita itu sahaja yg sempat dihidunya. Dia terus memerhati wanita itu dari belakang. Sape tu? Soalnya didalam hati. Bergaya betul. Jangan-jangan ada janda berhias baru pindah kat sini, fikirnya lagi. Hatinya mulai risau, takut jika kalau-kalau suami mula mengatal dengan janda itu.
Dalam masa yg sama, beberapa orang jantan yg berselisih dengan wanita berkebaya merah itu turut terpesona. Baik yg muda atau yg sudah berusia. Masing-masing terpegun, cuba memerhati siapakan wanita itu. Namun mata mereka tidak dapat mengalihkan perhatian dari bahagian tetek wanita itu yg membusung kedepan dan bontotnya yg menonggek kebelakang. Begitu membangkitkan nafsu mereka.
Hajah Halimah terus melangkah, meneruskan perjalanannya dengan senyuman manis dan mengoda terus dihadiahkan kepada sesiapa sahaja yg berselisih dengan nya. Langkahnya terhenti dihadapan sebuah kedai runcit. Dia melangkah masuk, melihat tuan empunya kedai sedang sibuk menyusun barang jualan di rak jualan.
" Abang Man, tolong ambikkan saya gula dua kilo, lepas tu bagi saya sardin kecik setin."
" Kejap yer.." Balas Haji Man sambil meletakkan barang terakhir di rak yg berada dihadapannya. Haji Man bangun dan menoleh kearah pelanggan yg baru memesan barang tadi. Mulutnya terlopong, dan dia sendiri terpaku melihat seorang yg begitu cantik sedang berada dihadapannya sekarang.
" Kenapa ni Abang Man?" Tegur wanita berkebaya merah itu dengan lembut, menyedarkan Haji Man dari lamunannya.
" Err..Yer-yer.. Kejap yer.." Balas Haji Man, tergagap-gagap sambil mula bergerak mengambil barang yg diminta oleh wanita tersebut. Barang-barang itu dimasukkan kedalam plastik bag, sebelum dihulurkan kepada wanita tersebut, yg sedang menunggu di kaunter depan kedai runcitnya itu.
" Semuanya 11 ringgit.." Kata Haji Man sambil menghulurkan barang -barang .
" Terima kasih yer Abang Man.." Balas Hajah Halimah, menghulurkan wang serentak menerima barang yg dihulurkan oleh Haji Man. Jarinya dengan sengaja menyentuh tangan Haji Man, sambil bibirnya terus mengukir senyuman mengoda.
Nafsu Haji Man mula bergetar akibat aksi wanita tersebut.
" Awak ni orang baru ke kat sini?" Tanya Haji Man. Cuba merisik khabar.
" Ehh, Abang Man ni. Saya ni Limah la.. hehehe.." Balas Hajah Halimah sambil tertawa manja.
" Hah!!!! Ko ni Halimah?" Mulut Haji Man terlopong, terpaku. Terkejut.
" Takpe la Abang Man. Limah balik dulu yer..." Kata Hajah Halimah mula meninggalkan Haji Man yg masih terpaku disebalik kaunter itu. Langkahnya diatur supaya bontotnya bergoyang seksi, sambil matanya melirik manja kearah lelaki tua tersebut.
Batang pelir Haji Man mula bergetar, melihat goyangan bontot serta jelingan mengoda dari wanita itu. Seorang wanita yg cukup dia kenali sebelum ini, begitu berbeza sekali pada hari ini. Dari segi penampilan dan juga perangai.
Kereta mewah yg berada dihadapan rumah Tok Awang tadi mula bergerak, mulai keluar dari kawasan halaman rumah tersebut. Dari dalam kereta itu, kelihatan pemandu itu mengangkat tangan, menyapa Jamal yg sedang duduk di para. Jamal membalas dengan perbuatan yg sama. Dia cam penumpang belakang kereta tersebut. Seorang ahli politik yg kerap muncul dikaca TV kebelakangan ini. Biarlah, bukan ade kaitan dengan dirinya, getus hati Jamal. Dia mulai bangun, menuju kearah datuknya yg sedang berdri dianak tangga sambil memerhati kereta yg baru berlalu pergi.
" Assalamualaikum Aki.." Tegur Jamal sambil menghulurkan tangan, bersalam dan mencium tangan datuknya itu.
" Ada ape ni Jamal? Selalunya jarang ko datang pepagi macam ni?" Tegur Tok Awang, memerhatikan riak cucu jantannya itu.
Jamal melabuhkan bontotnya dianak tangga rumah datuknya itu, menyerahkan akhbar yg dibawanya tadi. Jamal mula bercerita tentaang peristiwa yg dialami semasa melakukan kerjanya, termasuk perasaan resahnya apabila membaca laporan kematian aneh pemuda didalam akhbar tersebut.
Tok Awang hanya mendiamkan diri mendengar cerita dari cucunya itu. Apabila Jamal selesai bercerita, dia melangkah turun kehalaman rumah. Dia mula mencari arah kepala angin, sambil kedua-dua belah tangannya memeluk rapat tubuhnya. Tumitnya pula direjam kemas didalam tanah dibawah tapak kakinya. Matanya sudah tertutup rapat manakala bibirnya mula terkumang kamit, membaca sesuatu yg tidak dapat didengari.
Hampir 15minit datuknya seperti itu, namun Jamal sudah faham sangat keadaan tersebut. Secara zahirnya datuknya masih berdiri dihadapannya, namun secara kebatinan, datuknya sudah memasuki kedalam alam lain. Alam yg tidak ramai manusia normal tahu dan percaya.
Seketika, terdengar suara batuk datuknya. Kelihatan mata datuknya sudah terbuka, sambil datuknya itu mula berjalan menuju kearah Jamal. " Betul firasat ko tu. Geruh ni jatuh untuk ko. Ko yg kena selesai kan." Kta Tok Awang sambil melangkah menaikki tangga, melintasi Jamal.
" Tapi Aki..." Ada suara risau yg keluar dari mulut Jamal.
" Ko kena yakin dengan diri ko tu. Lagi satu, ko kena ingat, tiada yg lagi hebat dari Yang Maha Pencipta. Kalau niat ko nak menolong, pasti akan dipermudahkan. " kata Tok Awang, sambil melangkah masuk kedalam rumahnya.
Jamal yg masih berada di anak tangga itu terdiam. Dia mula berkira-kira apa yg perlu dia lakukan nanti.
ns 15.158.61.18da2