Rizal, pemuda pertengahan 30an yang meneruskan legasi ayahnya menjadi pemandu peribadi kepada golongan VIP. Selalu diherdik dan dihina membuatkan dendam terhadap golongan VIP kian menebal.
Tan Sri Akmal, seorang bekas ahli politik lewat 60an yang tidak mempunyai tahap kesabaran yang amat nipis. Terpalit dengan pelbagai skandal rasuah.
Puan Sri Nina, wanita pertengahan 50an yang tampak seperti seorang anak dara sunti. Juga pernah dikatkan dengan skandal rasuah serta skandal anak ikan beberapa kali.
Fyra, anak tunggal berumur pertengahan 20an. Sedang menyambung pelajaran di salah sebuah universiti awam di utara malaysia. Anak emas Tan Sri, seorang spoilt brat yang tidak mempunyai budi bahasa yang tinggi.