
1) Sebenarnya ramai orang berminat untuk menulis novel erotik sendiri tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakan.
2) Minat ini muncul apabila mereka membaca karya orang lain dan merasakan jalan cerita yang dibuat oleh penulis itu tidak menepati keinginan mereka. Mereka merasa lebih baik plotnya begitu dan begini.
3) Mungkin memang benar, jika penulis tersebut membuat plot seperti yang difikirkan oleh pembaca, cerita akan lebih baik. TETAPI ada penulis yang sudah pun memikirkan beberapa plot termasuk plot yang difikirkan oleh pembaca, namun penulis akhirnya memilih plot yang dia rasakan lebih kuat dan logik.
4) Ada di antara pembaca yang tidak berpuas hati dengan plot cerita yang dia baca kemudian dia cuba menulis cerita sepertimana keinginannya sendiri. Namun, percubaannya untuk menulis tidak berjaya walaupun sudah menulis satu episod. Novelnya tiada sambutan.
5) Apakah kesilapannya?
a. Tiada pengenalan atau awalan latar cerita. Plotnya terus melompat ke scene fuck. TETAPI, jika dia membuat hal itu sebagai prolog, itu dibolehkan. Bermaksud, Setelah prolog, dia pun membuat latar cerita.
b. Menggunakan ayat pasar atau tidak menggunakan bahasa Melayu standard atau bahasa baku. Ayat pasar atau loghat hanya boleh digunakan dalam dialog. Jika semua ditulis dengan bahasa pasar dan loghat, orang akan bosan untuk membaca dan kebanyakannya tak faham jika menggunakan loghat sesuatu daerah atau negeri.
c. Tidak menitikberatkan TANDA BACA dan PENANDA WACANA. Ada diantara mereka yang menulis ikut suka tanpa peraturan. Seolah-olah bahasa Melayu tidak ada undang-undang. Ini penting supaya pembaca lebih faham cerita yang ditulis. Saya pernah membaca sebuah novel di wattpad yang tanda bacanya berterabur dan tiada huruf besar pada permulaan perkataan. Itu sudah cukup membuatkan saya berhenti membacanya.
d. Novel erotik jika anda membuat plot yang tak logik seperti melakukan seks dengan makhluk asing sekalipun, orang akan membaca jika plot yang ditulis tersusun dan terdapat unsur thriller, ada saspennya dan plotnya tidak dijangka. Orang ingin membacanya kerana ada unsur adventure. Bermaksud, anda boleh menulis apa saja cerita erotik yang benar atau fantasi tetapi dengan syarat plotnya tersusun, ada pendahuluan, unsur saspen, konflik, klimaks dan penamat.
24Please respect copyright.PENANAaYOai66gIp
6) Sebagaimana yang dikatakan oleh Sasterawan Negara, A. Samad Said, "Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis." Ini memang benar dan apa sebabnya?
a. Supaya banyak maklumat dari pelbagai sumber yang kita akan dapat. Maklumat-maklumat itu yang kita tuangkan di dalam novel.
b. Supaya otak kita dibiasakan dengan bahasa-bahasa baku dan terbiasa dengan tanda baca, penanda wacana dan dialog-dialog. Secara tanpa sedar, otak kita akan menyimpan semua itu dan membuatkan apabila kita menulis, ia akan keluar secara spontan.
7. Cara saya menulis :
a) Setiap hari saya membaca sekurang-kurang 100 muka surat dari 10 buah kitab. Bermaksud setiap kitab saya membaca 10 muka surat tanpa tinggal walau satu hari. Saya tak ingin berkongsi tajuk-tajuk kitab yang saya baca tetapi semuanya kitab dari ulama-ulama terdahulu dan ulama-ulama sekarang. Semuanya ulama Arab.
b) Genre-genre kitab yang saya baca adalah pelbagai. Iaitu 4 kitab tasawuf, 4 kitab sejarah, 1 kitab hadis dan 1 kitab tentang sihir. Saya membaca kitab-kitab ini bukan kerana saya ingin menulis tetapi untuk mengambil ilmu TETAPI, di dalam kitab-kitab tersebut seperti kitab tasawuf, ada bicara tentang seksual. Di situ saya ambil sebagai sumber untuk dijadikan rujukan dalam penulisan novel.
c) Termasuk juga apabila saya membaca kitab-kitab tentang Syiah, saya jadikan sumber dari kitab tersebut untuk dijadikan fakta-fakta dalam novel yang akan datang iaitu berkaitan dengan nikah mut'ah. Ini adalah novel yang akan datang, yang tak pernah dibuat oleh sesiapa pun lagi. Dan ianya sangat menarik untuk diketengahkan. Novel ini bukan novel fantasi, ianya kisah nyata dari fakta yang wujud. Namun, novel tentang nikah mut'ah ini memerlukan waktu yang lama untuk disiapkan kerana sampai ke hari ini kitab tentang syiah yang saya baca belum tamat. Ianya setebal 2200 muka surat yang terdiri dari 4 jilid. Namun, saya telah membaca 3 kitab nipis yang hanya membicarakan bab mut'ah. 4 jilid tersebut merangkumi semua tentang ajaran Syiah. Bab mut'ah adalah bab kecil sahaja.
d) Saya juga membaca banyak buku tentang sufi sebagai ilmu dan saya gunakannya fakta-fakta di dalam buku-buku tersebut di dalam novel Kelab Seks Isteri-isteri Solehah (KESIS).
e) Saya juga banyak membaca Kamus Dewan Perdana (KDP) untuk menambah atau mengingat kembali perkataan-perkataan Melayu baku, juga perkataan melayu klasik, juga perkataan loghat-loghat negeri dan daerah.
f) Saya juga membaca kamus peribahasa dan kamus simpulan bahasa dan terkadang saya akan masukkan dalam novel sebagai penambah seri.
g) Saya menulis selalunya pada waktu malam, ada kalanya pukul 4 atau 5 pagi. Pada waktu dinihari merupakan waktu yang paling sesuai untuk menulis kerana otak pada waktu itu lebih fresh. Tetapi, ada juga waktu yang tidak tetap iaitu saya akan terus menulis jika pada waktu ketika itu tiba-tiba idea datang. Untuk pengetahuan pembaca, idea yang datang itu takkan datang berulang kali. Jika anda mendapat idea, teruslah menulis supaya ianya tidak hilang. Selalunya idea yang datang secara spontan, adalah idea yang sangat bernas.
8) Kesimpulannya, jika anda berminat untuk menulis, pertamanya banyakkan membaca pelbagai buku. Buku fizikal adalah lebih baik daripada buku digital. Buku fizikal membuatkan kita lebih 'feel' untuk memahami apa yang terkandung dalam buku.
9) Jika anda ingin mencuba menulis, bacalah berulang kali apa yang anda tulis supaya apabila anda membacanya anda dapat rasakan plot yang anda tulis bagaikan air yang mengalir dengan tenang. Bermaksud, jika orang lain membacanya, mereka turut merasakan hal yang sama.
10) Ada sesetengah pembaca mengeluh saya jual novel dengan harga mahal katanya. Tentang harga novel, saya tak dapat nak mengurangkannya kerana setiap episod terdiri daripada 4000 hingga 10 000 perkataan yang saya tulis. Satu episod berharga RM 5. Adakah tidak sepadan? Saya pula tak menulis sambil lewa sahaja apatah lagi kebanyakan novel saya saling berkait dengan novel yang lain dan ini memerlukan waktu yang lama untuk disiapkan. Jika novel yang bertema seperti tema agama, ianya sangat perlukan perhatian dan tak boleh memetik fakta atau mereka fakta. Ianya perlukan rujukan. Walaupun novel erotik berunsurkan agama, jika pembaca ingin mendapatkan perasaan erotik, mereka akan dapat tetapi bagi sesetengah pembaca, secara tak langsung mereka didedahkan dengan ilmu. Itu terpulang pada masing-masing.
11) Cubalah menulis dan anda akan tahu betapa susahnya untuk menulis walau hanya 1 episod. Membaca memang mudah, sambil berbaring dan tangan di dalam seluar. Bagi yang menulis, terkadang perlu bersengkang mata sehingga ke pagi supaya burung anda dapat mengeluarkan air. 😂24Please respect copyright.PENANAeGGGXbzB3g
24Please respect copyright.PENANA7AZFD7ZuOI
PUAN SARA
24Please respect copyright.PENANAx3gdCpYg6D