Di sebuah perkampungan yang terpinggir, terdapat sebuah rumah kayu usang yang terletak berhampiran hutan tebal dan luas. Kiranya rumah itu rumah yang paling jauh sekali dari rumah-rumah yang lain. Rumah itu tinggalnya sepasang suami isteri yang sudah 7 tahun berkahwin tetapi masih belum lagi dikurniakan anak. Usia mereka hampir mencecah 40an. Walaupun belum dikurniakan cahaya mata, kasih sayang si suami tidak pernah pudar pada isteri kesayangannya.
638Please respect copyright.PENANAHkSj84cTxG
"Abang Clint, makanan dah siap. Mari makan." ajak si isteri penuh aura kelembutan. Suaminya tersenyum lebar sambil merangkul pinggang isterinya menuju ke meja makan. Mereka berdua hidup hanya berdua memandangkan mereka berdua anak yatim piatu dan saudara-mara mereka tidak pernah mempedulikan mereka.
638Please respect copyright.PENANALF7eokNW33
"Audra sayang..." seusai makan, Clint menarik lembut lengan Audra menuju ke kamar tidur mereka. Audra tersenyum.
638Please respect copyright.PENANA3wcCydC5Wp
"Abang ni kenapa?" Dia memukul lembut bahu sasa suaminya. Clint mengenyitkan mata ke arah Audra dan menolak lembut tubuh Audra baring di atas tilam. Tangannya mengelus lembut pipi isterinya kemudian rambut panjang milik isterinya. Audra ketawa kecil melihat kemanjaan suaminya yang semakin melarat-larat.
638Please respect copyright.PENANAGAmbGB2ZLc
Mereka berdua melayan sesama sendiri sebagai suami isteri dan mereka berharap dapat melahirkan seorang pewaris untuk mewarisi cinta mereka.
638Please respect copyright.PENANAuwXXpJ6s2y
ooooooooooooooooooooo THE POWER OF AMETHYST oooooooooooooooooooooo
638Please respect copyright.PENANAbQWYfWe8zV
Beberapa bulan kemudian...
638Please respect copyright.PENANAVLEIU9oGxw
Clint baru sahaja pulang dari rumah majikannya. Dia bekerja sebagai tukang kebun di sebuah rumah agam. Majikannya sangat baik dan prihatin tentang dirinya dan juga Audra. Mereka bagaikan saudara yang boleh diharapkan walaupun Clint tahu bahawa majikannya bukanlah manusia seperti mereka tetapi berketurunan Vampire. Vampire yang hanya mengamalkan darah haiwan sebagai makanan harian mereka. Wujudnya vampire sejak Clint dan Audra tinggal di rumah kebajikan anak yatim. Ketika itu suasana terlalu kecoh mengenai Vampire yang muncul di dunia manusia tetapi kemunculan mereka tidak menganggu ketenteraman kehidupan manusia malah mereka menjadi kawan kepada manusia yang boleh membantu dari semua aspek. Selepas setahun lebih, puak Vampire hidup di dunia manusia muncul pula puak Werewolf yang memerlukan bantuan dari manusia yang ingin menumpang tempat teduh di dunia manusia.
638Please respect copyright.PENANAIUzvR2kgrz
Clint sangat khuatir dengan keadaan Audra yang semakin menurun kesihatannya. Sering muntah dan demam berpanjangan. Malam itu, Clint sudah tidak dapat lagi menahan melihat isteri kesayangannya sakit lalu dibawa isterinya ke rumah majikannya itu untuk meminta bantuan.
638Please respect copyright.PENANAISHulGDLpV
"Kenapa Clint?" tanya Edward si ketua majikannya sebaik sahaja membuka pintu utama.
638Please respect copyright.PENANAsElQVpkgbu
"Eddy, tolong isteri aku dah dua minggu sakit teruk. Dia asyik muntah dan demam dia masih lagi tak kebah. Aku mohon bantuan kau. Kalau kau nak potong gaji aku pun, aku tak kisah." rayu Clint. Edward menggelengkan kepalanya lalu menyuruh Clint membawa Audra masuk ke dalam rumah mereka.
638Please respect copyright.PENANApc5u306aZF
"Eh! Clint pahal kau datang malam-malam ni?" tanya Hans dari puak werewolf yang merupakan kawan baik kepada Edward.
638Please respect copyright.PENANAInn3YCUGHH
"Isteri aku sakit." jawab Clint dengan nada suara risau. Hans segera membantu Clint memapah isterinya yang terkulai lemah itu ke atas sofa. Tak lama kemudian muncul isteri Edward, Sofhia dan isteri Hans, Cornelia dari dapur sambil membawa besin air dan ubat.
638Please respect copyright.PENANAn0bXxmy8Tt
Clint meninggalkan isterinya bersama Sofhia dan Cornelia.
638Please respect copyright.PENANAcNrmo0eVlH
"Papa..."
638Please respect copyright.PENANAccN5Rkt9Cj
"Daddy..."
638Please respect copyright.PENANAp5yrcCFOMf
Dua orang budak lelaki berlari mendapatkan Edward dan Hans. Ezra yang berusia 3 tahun anak kepada Edward dan Sofhia manakala Aland berusia 2 tahun anak kepada Hans dan Cornelia. Clint mengusap rambut Ezra dan Aland dengan reaksi wajah mereka yang mamai. Mungkin terkejut dari lena mendengar suasana kecoh di ruang tamu tadi.
638Please respect copyright.PENANASJMgrM0bOo
Beberapa minit kemudian, Cornelia keluar sambil membawa besin. Bibirnya terukir senyuman lebar. Clint mengerutkan dahinya pelik melihat Cornelia yang keluar membawa senyuman.
638Please respect copyright.PENANA6X4IMSNTvH
"Clint. Tak usah lah kau risau pasal Audra. Dia tak sakit teruk pun. Tak lama lagi kau akan jadi ayah. Sofhia periksa Audra hamil sudah 3 bulan itu semua alahan sahaja. Tak ada yang kronik." Clint terpana saat mendengar berita yang sangat menggembirakannya malam itu. Dia terus menerpa masuk ke dalam bilik, kelihatan Audra masih lagi terbaring di atas sofa sambil tersenyum.
638Please respect copyright.PENANA8sLxOhN13H
"Congratulation daddy." ucap Sofhia sambil tersenyum kemudian dia keluar dari bilik membiarkan dua pasangan itu berdua-duaan.
638Please respect copyright.PENANABGGEaLpiu6
Clint menangis teresak-esak. Dia menangis kegembiraan. Berita yang diterima ini sangat mengejutkan dan dia tidak sangka dia akan bergelar ayah tak lama lagi. Penantian selama 7 tahun akhirnya mereka akan mendapat cahaya mata.
638Please respect copyright.PENANADqrkjVXroQ
ooooooooooooooooooooo THE POWER OF AMETHYST oooooooooooooooooooooo
638Please respect copyright.PENANAzcGyYwFBTu
Saat kehamilan Audra sudah mencecah 8 bulan, negeri mereka menjadi kacau-bilau apabila satu kejadian berlaku apabila manusia, vampire dan werewolf bertelagah tanpa tahu apa puncanya tetapi persahabatan Clint bersama-sama Hans dan Edward tidak pernah putus walaupun apapun yang berlaku kerana mereka percaya keadaan ini tercetus berpunca dan mereka masih tidak tahu apa puncanya. Kerana terlalu risaukan keadaan Clint dan Audra yang tinggal di rumah yang agak jauh dari mereka, Edward mengajak mereka tinggal bersamanya dan Hans selalu datang ke rumah Edward memandangkan rumah mereka tidak jauh.
638Please respect copyright.PENANA3lceGsUPWa
Uweeekkkk...
638Please respect copyright.PENANAWOuFkFLggd
Uweekkkkk...
638Please respect copyright.PENANAShXYQpG0df
Uweeeekkk...
638Please respect copyright.PENANAaljQw56Qgm
Cornelia mengendong seorang bayi yang berlumurah darah kemudian dibersihkan dan dibalut dengan kain. Tangisan bayi itu bergema-gema di ruangan bilik Audra dan Clint. Hans dan Edward memeluk bahu Clint erat sambil mengucapkan selamat.
638Please respect copyright.PENANA1tM44G8LOe
"Baby girl." kata Clint dengan perlahan. Dikucupnya lembut dahi si isterinya yang terbaring lemah di atas katil. Bayi itu beralih ke pangkuannya.
638Please respect copyright.PENANAMg4BJdoN3P
"Ezra dan Aland dapat kawan baru..." kata Hans sambil memeluk tubuh anak lelakinya. Edward mengangguk sambil tersenyum.
638Please respect copyright.PENANAChIrnjpGd5
"Siapa nama baby tu?" tanya Aland. Ezra disebelahnya hanya berpeluk tubuh memerhatikan Clint dan Audra yang sedang melayan bayi perempuan mereka.
638Please respect copyright.PENANAu4GRx8UMPI
"Aurel." Clint yang terdengar soalan Aland memberitahu nama untuk bayi mereka.
638Please respect copyright.PENANAcNXGGq4wW3
"Nice name, bro." puji Edward. Clint tersengih.
638Please respect copyright.PENANAdOb0JxUEX8
Aurel lena tidur di dalam pangkuan ibunya sebaik sahaja diberi minum susu. Clint pula berbincang dengan Hans dan Edward mengenai negeri mereka yang semakin huru-hara. Mereka sangat risau dengan keadaan anak mereka yang masih lagi kecil itu. Cornelia dan Sofhia menjaga Audra yang masih lagi dalam pantang itu. Aland dan Ezra sentiasa mengikut kemana sahaja ibu mereka pergi.
638Please respect copyright.PENANAMOg9oTQQb0
"Aland, Ezra tolong tengokkan baby Aurel." pesan Sofhia. Audra sudah tidur sebaik sahaja diberi ubat. Aland dan Ezra akur dengan arahan Sofhia.
638Please respect copyright.PENANAgMzFvMxyYN
"Cantik kan baby Aurel ni?" puji Aland sambil mengelus lembut pipi Aurel yang tembam itu. Ezra hanya menganggukkan kepalanya. Tangannya ligat menyentuh jari-jemari Aurel.
638Please respect copyright.PENANAniZBOxmYjY
"Aku berjanji dengan diri aku yang aku akan melindungi Aurel dari orang jahat." janji Ezra. Aland memandang Ezra.
638Please respect copyright.PENANAn5JIrifF9n
"Aku pun sama. Kita akan jaga Aurel. Janji." jari kelingking mereka bersatu sebagai tanda perjanjian mereka untuk menjaga Aurel si bayi manusia itu.
638Please respect copyright.PENANAGvM9vhdhoT
ooooooooooooooooooooo THE POWER OF AMETHYST oooooooooooooooooooooo
638Please respect copyright.PENANA93PBajWZLh
Kesihatan Audra semakin membaik namun Aurel menunjukkan tanda-tanda yang agak mengkhuatirkan Clint dan Audra. Aurel jatuh sakit dan dia sering menangis tidak berhenti. Rambut halusnya gugur dan kulitnya pucat tidak berdarah. Suhu badannya tidak menentu. Sekejap panas dan sekejap sejuk bagaikan beku.
638Please respect copyright.PENANAzMLnOwTeZD
"Sayang, abang akan cari penawar untuk Aurel. Sayang jaga Aurel untuk abang." kata Clint sambil memeluk erat tubuh Audra kemudian mengucup dahi Aurel dengan lembut supaya tidak menganggu lenanya.
638Please respect copyright.PENANA9OsBWS1hnc
"Hati-hati abang. Audra sentiasa tunggu abang." Audra mengesat air matanya. Inilah kali pertama dia akan berpisah dengan suami kesayangannya demi mencari penawar untuk anaknya itu. Edward dan Hans akan menemani Clint untuk mencari penawar yang boleh memulihkan sakit Aurel.
638Please respect copyright.PENANAtZqeF4lQ92
"Bunga sakti itu ada disebuah hutan yang pernah kita pergi dulu." beritahu Sofhia kepada suaminya. Edward mengangguk.
638Please respect copyright.PENANAdki5UG0LBj
"Abang tahu. Harap bunga itu masih ada disitu tidak diambil orang lain. Hanya kita saja yang tahu tentang kewujudan bunga itu." Sofhia mengangguk kemudian dia memeluk tubuh sasa Edward dengan erat. Berat hatinya untuk melepaskan suaminya pergi jauh untuk membawa balik bunga sakti itu.
638Please respect copyright.PENANAEL6M3zzHiM
Cornelia dan Aland memeluk tubuh Hans dengan erat. Masing-masing terlalu berat hati meninggalkan keluarga mereka tetapi demi Aurel mereka sanggup. Kesihatan Aurel semakin menurun dan memerlukan bunga sakti itu sebagai penawar sakitnya. Sofhia sendiri tidak tahu apa penyakit yang Aurel hadapi sekarang. Kulitnya terlalu putih tidak berdarah. Rambutnya gugur dan bibirnya kering. Sekali sudah menangis langsung tidak mahu berhenti.
638Please respect copyright.PENANAJ1ebwXGRHK
ooooooooooooooooooooo THE POWER OF AMETHYST oooooooooooooooooooooo
638Please respect copyright.PENANAHNUp4GHXHl
Hari ini usia Aurel sudah mencecah tiga bulan. Hampir seminggu Audra menunggu kepulangan Clint begitu juga dengan Cornelia dan Sofhia. Sepanjang seminggu itu, hati Audra tidak keruan. Dia tidak senang duduk selagi suaminya tidak pulang ke rumah. Sepatutnya mereka sudah pulang semalam tetapi seharian mereka tunggu dengan harapan palsu.
638Please respect copyright.PENANAzsQxkCNpP9
Petang itu hujan turun dengan lebat diselang-seli bunyi dentuman petir. Aurel dari pagi sehingga sekarang masih lena tidak langsung menunjukkan dia akan bangun. Dikejut pun tidak bangun membuatkan hati Audra menjadi takut dan risau. Sofhia tidak berhenti memeriksa keadaan Aurel.
638Please respect copyright.PENANAFAogaldUqo
"Jantung Aurel lemah." tiga perkataan itu sungguh meluluhkan hati Audra. Dia berdoa agar Aurel diberi kekuatan untuk melawan sakitnya itu. Cornelia memeluk tubuh Audra yang sudah menangis teresak-esak. Aland dan Ezra juga kemurungan melihat Aurel yang sakit teruk itu. Mereka rindukan senyuman Aurel tiap kali mereka bermain bersama-sama.
638Please respect copyright.PENANA9GwwRuIdRY
TOK
638Please respect copyright.PENANADOoRbJWNfB
TOK
638Please respect copyright.PENANAzfDDOk8U2f
TOK
638Please respect copyright.PENANAYu0InDkdmp
Bunyi ketukan pintu bertalu-talu mengejutkan mereka di dalam rumah. Segera Aland dan Ezra berlari membuka pintu utama rumah. Audra yang sedang mengendong Aurel turut keluar bersama Cornelia dan Sofhia. Ezra terus mendapatkan bapanya yang cedera dipapah oleh Hans. Hans juga banyak luka dan calar-balar pada wajah dan lengannya. Namun kelibat Clint tidak kelihatan. Audra sudah menggigil ketakutan namun dia mengumpul kekuatan demi Aurel.
638Please respect copyright.PENANA5lzQsFofNG
"Abang!" Sofhia segera mendapatkan Edward dan dipapah masuk ke dalam rumah. Cornelia turut membantu suaminya. Aland mengunci semula pintu dan menghampiri bapanya. Audra bertindak untuk mendiamkan diri kerana melihat Hans dan Edward yang sudah tercedera. Mereka sanggup berkorban demi puteri kesayangannya.
638Please respect copyright.PENANAwmJK4PjaWd
"Audra..." panggil Hans perlahan. Matanya merenung Aurel yang lena tidur di dalam pangkuannya.
638Please respect copyright.PENANAoX06GtJcnN
"Aku dan Edward minta maaf. Clint.... dia ter-terkorban sewaktu dapatkan bunga ini. Kami terpisah. Edward hampir diserang dengan api dan aku dibelasah oleh sekumpulan manusia yang turut mencari bunga ini." sekuntum bunga berwarna biru diberikan kepada Audra. Audra terdiam seribu bahasa. Tidak tahu apa yang mahu dikatakan. Aurel sudah kehilangan bapanya dan dia turut kehilangan suaminya yang tersayang.
638Please respect copyright.PENANApXYvkxvSUF
"Aku dan Edward dah berjanji dengan Clint sebelum kami sampai di sana yang kami akan lindungi kau dan Aurel dari sesiapapun." akhirnya Audra tidak dapat lagi menahan esakkannya. Terhambur tangisannya teresak-esak. Sofhia mengambil Aurel yang sudah merengek-rengek.
638Please respect copyright.PENANAmaIBJtI6bZ
"Abang, Aurel sudah seminggu tidak sedarkan diri dan jantungnya sangat lemah. Sekarang baru dengar suara rengekkan dia." beritahu Cornelia. Hans dan Edward terkejut memandang sesama sendiri.
638Please respect copyright.PENANAwGKitUsW1X
"Ambil air sejuk dan cabut kelopak bunga itu dan diletakkan di dalam air itu." suruh Edward tersekat-sekat. Walaupun keadaannya sakit dia tetap mahu melihat Aurel sembuh. Hans mengendong Aurel yang sudah meraung nyaring. Edward mengelus lembut jari Aurel. Cornelia berlari ke arah Audra. Audra yang sudah terdiam dari tangisannya mencabut kesemua kelopak bunga itu dan dimasukkan ke dalam air itu.
638Please respect copyright.PENANAIQk0QFHhrr
Air itu bergelegak kuat saat kelopak bunga itu dimasukkan dan sejurus itu air itu bertukar menjadi warna biru berkilauan. Air itu dititiskan pada bibir Aurel sebanyak 7 kali dan lebihan air itu dicampur dengan air mandian untuk Aurel. Semakin kuat tangisan Aurel apabila Audra memandikannya. Mereka semua terkejut saat air di dalam besin mandian Aurel itu menyerap ke dalam tubuhnya dan terus dia berhenti dari menangis. Bulat mata Aurel melihat suasana disekelilingnya.
638Please respect copyright.PENANAcIG9ehoJG7
"Sayang..." Audra menangis sambil memeluk erat Aurel.
638Please respect copyright.PENANAuGhHwEVBxK
ooooooooooooooooooooo THE POWER OF AMETHYST oooooooooooooooooooooo
638Please respect copyright.PENANAZr2BxH2PNy
Masa berlalu dengan pantas dan usia Aurel sudah setahun. Aland dan Ezra rajin melayan Aurel yang aktif itu. Audra tersenyum gembira melihat Aurel membesar dihadapan matanya walaupun Clint tiada disisi. Hatinya terlalu rindukan suaminya itu. Wajah Aurel persis wajah Clint. Selepas Aurel sembuh dari penyakitnya itu, perubahan si kecil itu sangat mengejutkan. Rambutnya yang dulu halus berwarna coklat sekarang bertukar menjadi warna blonde dan anak matanya bertukar kepada biru terang berkilauan. Langsung tidak mewarisi Audra dan Clint. Sofhia memberitahu ianya efek dari bunga sakti itu.
638Please respect copyright.PENANA6DglE4zIXa
Edward dan Hans masih tidak berputus asa mahu mencari Clint. Hati mereka masih kuat mengatakan bahawa Clint masih hidup tetapi tidak dapat mengesan keberadaannya. Mereka berbincang sesama sendiri untuk berpindah dari sini supaya keselamatan Aurel terjamin tidak diketahui oleh orang lain yang masih lagi mencari bunga sakti itu. Mereka sendiri tidak tahu bagaimana bunga sakti itu diketahui oleh orang lain. Mereka memilih negeri yang agak jauh dari negeri mereka sendiri.
638Please respect copyright.PENANAiyIl6ahiGj
Aurel sentiasa dilindungi oleh mereka.
638Please respect copyright.PENANAbF56hiZ4ei
638Please respect copyright.PENANAKBSxePxz4x