Lagu ini dikenali sebagai lagu 'bunuh diri' oleh masyarakat Hungarian (Hungarian Suicide Song), dan digubah oleh seorang pemain piano dan juga komposer bernama Rezső Seress dan diterbitkan pada tahun 1933.
Lirik asalnya yang bertajuk “Vége a világnak” (The world is ending) yang mengisahkan tentang kesedihan dan luahan perasaan akibat ditinggalkan oleh sang kekasih dan berharap mereka akan bertemu semula selepas kematian. Penulis liriknya iaitu László Jávor telah menulis liriknya sendiri yang bertajuk Szomorú vasárnap(Sad Sunday). Pada tahun 1968 iaitu selepas 35 tahun lirik ini ditulis, komposernya didapati telah mencabut nyawanya sendiri setelah mendengar semula lagu tersebut.
Lagu ini telah dirakamkan buat kali pertama di Hungary oleh Pál Kalmár pada tahun 1935. Manakala, Hal Kemp telah merakamkan lagu ini di dalam versi Inggeris yang diberi tajuk Gloomy Sundaypada tahun 1936. Pada tahun yang sama juga, Paul Robeson turut merakam lagu ini dan ia menjadi hit apabila dinyanyikan oleh Billie Holiday dalam versinya yang tersendiri.
Dikatakan terlalu banyak kejadian bunuh diri dilaporkan setelah mereka mendengar lagu ini kerana liriknya yang terlalu mendalam dan sedih. Tiada sumber yang dapat mengesahkan sama ada kenyataan ini benar ataupun sekadar suatu kebetulan sahaja. Stesen-stesen radio tempatan dilarang untuk menyiarkan lagu ini atas sebab yang sama. Saya sertakan lirik lagu ini dalam versi inggeris seperti di bawah.
Setelah mengetahui kisah ini, adakah anda berani untuk mendengarnya?
Sunday is gloomy,My hours are slumberlessDearest the shadowsI live with are numberlessLittle white flowersWill never awaken youNot where the black coach ofSorrow has taken youAngels have no thoughtOf ever returning you,Would they be angryIf I thought of joining you?Gloomy SundayGloomy is Sunday,With shadows I spend it allMy heart and IHave decided to end it allSoon there'll be candlesAnd prayers that are said I knowLet them not weepLet them know that I'm glad to goDeath is no dreamFor in death I'm caressing youWith the last breath of my soulI'll be blessing youGloomy Sunday