Nama aku ahman bin yakot, aku kini sudah berumur 30 tahun dan menetap di bawah jambatan di tengah ibu kota . Aku kini hanya duduk berteduh di bawah jambatan yang kotor dan sarang penagih dadah dan gelandangan tinggal, aku yang tidak bekerja dan mempunyai rekod jenayah amat sukar untuk mencari sumber rezeki.Takdir aku yang malang dan di rosakkan oleh masa lampauku kini hanya menjadi ingatan yang pahit amat sukar untukku lupakan.Jika aku mampu untuk memutar semula waktu aku , pastinya aku akan cuba melawan takdir itu.
Aku kembali terkenang semula kejadian yang aku alami ketika masih remaja dan mahu menduduki peperiksaan PMR pada tahun itu.Aku telah diperangkap oleh ibu tiriku sendiri bersama dengan anak perempuannya yang tiada kaitan darah denganku.Mereka memerangkap aku dengan memberikan dadah yang membuatkan aku hilang kewarasan aku lalu merogol kakak tiriku sendiri.Atas tindakan tersebut , aku yang telah merogol kakak tiriku sendiri sambil dirakam oleh kamera yang disembunyikan oleh mereka terlebih dahulu menjadikan bukti yang kukuh dalam rangcangan jahat mereka.
Akibat itu, bapa aku yang telah mendapat tahu perkara tersebut telah menhalau aku dari rumah dengan sehelai sepinggang sahaja.Aku yang baru berumur 15 tahun dan tidak mengetahui kehidupan luar .Membuatkan aku terpesong dan mula mencuri untuk mendapatkan makanan. Aku akhirnya ditangkap polis dan dihantar ke sekolah henry gurney membuatkan kehidupan aku semakin hancur.Aku mula mengikut tindakan jahat rakan rakanku dan mula melakukan kejahatan dalam rompakan dan ragut selepas menamatkan persekolahan aku di sekolah henry gurney.Aku akhirnya ditangkap polis sekali lagi dan akhirnya hidup aku hancur sepenuhnya, aku cuba berubah selepas keluar penjara .Akan tetapi masyarakat yang ketika itu memandang serong terhadap bekas banduan membuatkan aku sukar untuk meneruskan kehidupan aku.
Aku pernah kembali kekampungku semula untuk mendapatkan kemaafan dari bapaku sendiri dan menceritakan perkara yang terjadi sewaktu itu.Akan tetapi bapaku telah meninggal dunia sebulan selepas pemergianku.Aku tercengang dengan kejadian itu, amarah aku pada ibu dan kakak tiriku meluap selepas mengetahui akan kematian bapaku sendiri.Aku cuba menyiasat akan keberadaan ibu tiriku selepas bertanya dengan beberapa rakan dikampung halamanku. Aku akhirnya mengetahui yang rupanya ibu tiriku hanya mempergunakan bapaku untuk membolot kekayaan keluargaku, aku sebenarnya sudah mengagak akan perkara itu.Akan tetapi ada sebuah berita yang membuatkan aku lebih terkejut mendengarkannya.
Haikhal, dia telah lari bersama dengan ibu tiriku dan kakak tiriku selepas kematian bapaku. Haikal merupakan remaja yang bermasalah dikampungku, haikhal diberhentikan sekolah atas kenakalannya disekolah .Haikhal juga merupakan kekasih kepada kakak tiriku ketika waktu itu, ada yang berspekulasi bahawa haikhal yang merangcang untuk perangkap aku dan merampas harta keluarga aku.Tidak aku sangkakan perkara itu, walaupun haikhal sememangnya jahat akan tetapi aku dan dia tidak pernah mempunyai apa apa masalah sama sekali.Aku hanya diam membatu mendengar kisah yang terjadi semasa ketiadaan aku, ramai orang kampung yang mengatakan haikhal sering keluar masuk rumah ku sesuka hatinya dan ada yang pernah melihat haikhal melakukan hubungan zina dengan ibu tiriku sendiri.
Jika benar apa dikatakan mereka , kemungkinan besar adalah haikhal sengaja mendekati kakak tiriku dan ibu tiriku membuatkan mereka menjadi hamba kepada haikhal.Setelah itu mereka merangcang menhalau aku lalu membunuh bapa aku kemudian melarikan diri dengan harta aku. Aku yang marah langsung meninggalkan kampung halaman aku lalu merantau mencari keberadaan mereka.Selepas berbelas tahun, aku yang duduk dibawah jambatan hanya mampu mengesat air mataku dan dendam amarah aku pada mereka sepanjang perantauanku.
Kembali pada masa kini...
Aku yang berteduh dibawah jambatan menunggu hujan reda untuk meneruskan rutin harianku dengan mencari kotak dan tin untuk dijual di tempat kitar semula.Hujan pun berhenti dan aku mampu meneruskan pencarian untuk mencari kotak, aku berjalan dari lorong ke lorong untuk mencari kotak dan ke tempat pembuangan sampah untuk mengutip tin dan barangan yang mampu dijual semula.
Sementara aku sedang membongkar sampah, terdengar sebuah jeritan meminta tolong . Aku yang berada disitu terus memalingkan wajahku dan melihat kearah jeritan itu. Aku mendapati ada seorang nenek tua terjatuh dan kelihatan seorang pemuda sedang melarikan diri membawa beg tangan di tangannya "tolong peragut!!" jerit wanita tua itu. Atas tindakan pantas aku segera menjulurkan kakiku ke arah peragut yang melarikan diri itu, peragut itu segera terjatuh katak selepas berlanggar dengan kakiku.
Aku segera menendang perutnya lalu memijak wajahnya sehingga peragut itu berdarah di mulutnya, peragut yang tidak tahan itu segera melepaskan beg tangan itu dan melarikan diri dari terus dibelasah olehku. Aku mengutip beg itu dan berjalan kearah nenek tua itu, nenek tua itu mengambil begnya dan mengucapkan terima kasih padaku sambil melihat ke wajahku dan kelihatan air matanya mengalir memandangku.
Aku tidak menendahkan wajah nenek tua itu, aku hanya bertanyakan akan keadaan nenek itu bagaimana adakah dia ada cedera atau terluka. Nenek itu menjawab tidak dan berkata padaku "sungguh perit perjalanan hidupmu cu", aku tersentak mendengar penyataan itu. Air mataku tidak semena mengalir membasahi pipiku, aku menangis tanpa berbicara apa apa. Tangisanku bagaikan kanak kanak kecil yang menangis teresak, nenek itu memelukku dan menyarungkan sebuah rantai dileherku.
Aku yang masih cuba mengawal tangisku bertanya "rantai apa nenek bagi ni" tanyaku pada nenek itu. Nenek itu hanya mengatakan" nanti kamu tidur ,kamu bakal dapat apa yang paling kamu inginkan" jelas nenek itu.Nenek itu hanya berlalu pergi meninggalkanku yang masih teresak-esak menahan tangisanku dari terus mengalir.Aku hanya membiarkan nenek itu pergi begitu sahaj tanpa menhalangnya.
Malam berkunjung tiba, aku tidur berlapiskan kain buruk buangan orang bersama dengan bantal buangan. Aku memegang rantai yang berada ditelapak tanganku dan melihat rantai itu, aku yang masih tertanya tanya akan siapakah nenek itu membuatkan aku tertidur dalam berfikir.
Hari sudah cerah aku membuka mataku,"wahh selesanya tidur harini"kataku selepas bangun dari tidur. Aku sedikit terkejut melihat kelilingku , tempat ini bukanlah bawah jambatan melainkan.......
BERSAMBUNG....
ns 18.68.41.179da2