"Adui " kataku kesakitan, aku segera memalingkan wajah dan melihat lan tersenyum sambil ketawa."hahaha ko menung apa sampai aku pun kau tak perasan"lan memulakan perbicaraan. Hatiku yang masih panas akan kisah laluku , segera terpadam api yang membara dihati aku selepas memandang lan "adui ko ni , tak fikir apa apalah"celotehku cuba menyembunyikan kemarahan aku yang mula reda. Kawan aku ini adalah lan, atau nama panjangnya ahlang dan merupakan rakanku ketika disekolah .Lan merupakan rakan baikku semenjak dari bangku sekolah rendah sehingga ke kini(zaman persekolahan). Aku masih ingat akan budi baik lan ketika aku dihalau semasa dahulu, beliau adalah salah satu yang membantu aku selepas dihalau oleh bapaku sendiri.
Lan merupakan pelajar yang nakal, akan tetapi setia kawan sifatnya. Lan sering membantu rakan rakan walaupun dia terkenal dengan kenakalannya. Walaupun lan sempat memberi bantuan tempat tinggal untukku dahulu, akan tetapi atas teguran ibubapanya yang tidak suka lan berkawan denganku membuatkan dia dan aku terpaksa akur untuk berpisah.
Sewaktu aku pulang ke kampung kisah aku sebelum kembali ke masa lampau, aku ada cuba mencari lan untuk bertanya khabar kepadanya. Akan tetapi, kisah tragis menimpanya dan lan meninggal kemalangan.Aku hampir menitiskan air mata melihat lan,kisah persahabatan kami seperti adik beradik tanpa hubungan sedarah. Aku merangkul bahu lan, "dah jom masuk sekolah, nanti rehat aku belanja kau makan"kataku yang ingin membalas budi pada lan walaupun kisah itu hanya aku sahaja yang tahu.
Lan matanya bersinar"wahh boss besar belanja , mimpi apa kau semalam hahha"kata lan menunjukkan senyuman sehingga terlihat gigi . Aku menggeleng dan berkata" saja nak belanja kau makan " balasku pada lan. Aku dan lan berjalan menuju ke sekolah, hatiku sungguh gembira dapat melihat rakan baikku semula selepas hampir berpuluh tahun berpisah dengannya.
Kami masuk ke kelas dengan riang gembira bagaikan kanak kanak riang gembira, aku segera mengambil tempat dudukku semula yang telah lama aku tinggalkan. Walaupun bertahun meninggalkan alam persekolah dalam memoriku, akan tetapi aku masih mengingati tempat aku didalam kelas. Guru yang mengajar pun masuk, guru akmal segera menyuruh semua murid membuka halaman 21 buku matematik dan memulakan pelajaran.
Aku ahman,seorang lelaki yang berjaya kembali ke masa lampau untuk membalas dendam pada usia 15, akan tetapi pemikiran otak dan memoriku seperti 30 tahun.JADI Macam mana!!!? aku nak ingat semula jalan kerja matematik yang telah aku tinggalkan 15 tahun yang lalu!!!. Dengan segala formula dan basic pengetahuan yang telah lama aku tinggalkan, otak aku panas memerah segala ingatan dan cara menjalankan tugas tugas diberikan.Aku bersyukur selepas kelas matematik guru akmal tamat, nasib baik cikgu akmal tidak bertanyakan soalan kepadaku.
Aku menarik nafas lega,melepaskan kepenatanku dan dapat merasakan otakku yang telah bersarang mula berfungsi semula. Jika mahukan gambaran, telingaku mungkin mengeluarkan asap selepas otak aku yang berkarat mula bekerja.Cikgu akmal keluar meninggalkan kelas, aku masih bersyukur yang beg sekolahku sudah tersiap susun dengan mengikut jadual harian. Aku yang dulunya sentiasa mengemas beg persekolahan diwaktu malam sudah menjadi tabiat kebiasaan aku sewaktu dahulu.
Aku melihat jadual waktu di dinding sekolah melihat kelas seterusnya apa, terasa mahu pengsan sahaja aku sewaktu melihat jadual waktu.
[rabu]=mt-mt-sains-sains-rehat-sej-sej-sej-kh-kh
jadual waktuku
Aku menangis tanpa air mata, sungguh kejam waktu yang dikasi kepadaku .Cikgu akamal yang berbadan besar sememangnya diketahui garang oleh kebanyakan murid, akan tetapi ada seorang guru yang lebih menakutkan lagi. Ya , guru paling menakutkan jatuh kepada guru kelas sains yang mengajar aku, cikgu suzy yang terkenal dengan sifat singa jadiannya.
Aku pasrah dengan apa yang bakal aku hadapi hari ini,rakan rakanku yang lain berdiri dan meninggalkan kelas. Aku yang melihat mereka segera menyusul tujuan mereka, ya mereka pergi ke makmal sains pada hari ini. Aku berjalan mengikuti mereka, apabila sampai kelantai 1 tempat makmal sains berada. Dengan serta merta mereka berlari , aku sedikit hairan dengan tindakan mereka walaupun begitu aku hanya berjalan santai sahaja menuju ke makmal sains yang tidak jauh sama sekali dari tempat aku berdiri.
Aku cuba mencari lan , dan mendapati dia sudah berada tepat dipintu masuk dan memasuki makmal sains itu. Aku yang baru sampai memberi salam dan masuk ke dalam makmal lalu menuju ke tempat dudukku.
"HEI ahman, tunggu apa lagi mari sinilah"jelas kedengeran suara cikgu suzy memanggilku. Aku hanya berjalan betemu dia dengan wajah tertanya tanya.Cikgu suzy memberiku pen marker kepadaku, aku tertanya kenapa dia memberiku marker itu. Cikgu suzy bergerak ke samping membuka laluan untukku, ya inilah alasan kenapa rakan rakanku yang lain berlari.Pelajar terakhir memasuki makmal sains cikgu suzy perlu menjawab soalan kuiz yang diberikan oleh cikgu suzy.Apalah nasib malangku, perkara yang paling tidak aku mahu lakukan akhirnya menjadi kenyataan buatku huhuhu...
bersambung......