
114Please respect copyright.PENANA0an713IlQv
BIDADARI NERAKA
114Please respect copyright.PENANAAD9pDTrppQ
“Apabila Allah menciptakan seorang hamba untuk neraka, maka Allah akan menjadikan orang itu melakukan amalan penduduk neraka sehingga dia meninggal dalam keadaan melakukan amalan penduduk neraka. Kemudian Allah memasukkannya ke dalam neraka.”[1]
114Please respect copyright.PENANAFxnVcnQ7Ac
Tahun 2010
114Please respect copyright.PENANA9b71CExnea
Aku tersedar dari lena lalu melihat jam di dinding, ternyata sudah pukul 7:15 pagi. Solat subuh pun terlepas tapi aku berhasrat untuk mengqadanya ketika sampai di rumah nanti. Pada pukul 10 pagi nanti, aku akan menghadiri kelas tafaqquh fiddin[2] di kampusku.
Aku memandang di sebelah. Seorang lelaki yang merupakan pensyarahku masih diulit mimpi. Lelaki setengah abad anak lima dan berperut buncit itu sudah dua kali melangganku. Dengan dua imbalan yang kutuntut iaitu imbalan wang dan dia akan meluluskan tesis usuluddinku. Imbalan wang sudah pun aku dapatkan dan wangnya lumayan.
Memang, aku jijik dengan lelaki bergelar ustaz seperti pensyarahku ini. Di luar atau dikampus, wataknya seperti malaikat yang bagaikan tiada dosa. Para pelajar dan masyarakat amat menghormatinya. Ucapan ceramahnya berdegar-degar. Bersilat mengeluarkan semua dalil Al-Quran dan Hadis tetapi pada hakikatnya golongan macam aku ini lebih tahu siapa mereka ini. Di saat ini di atas katil ini, tiada jubah mahupun kopiah atau songkok di kepala. Sekali tengok, ibarat broker si penarik kereta yang sedang memasuki usia senja. Uban pun hampur penuh di kepala. Aku mencebik. Aku tak pernah menghormatinya sebagai ustaz mahupun orang yang lebih tua. Malah diatas katil itu aku hanya memanggilnya Nasir.
Aku menyerahkan tubuhku padanya tidak secara percuma dan dengan tujuan lain yang lebih bersifat dendam kepada golongan agamawan seperti dia. Sejarah silamlah yang membuatkan aku menyimpan dendam sehingga ke hari ini. Sasaranku hanyalah golongan agamawan yang berjubah, berserban atau berkopiah yang tidak tahan dengan godaan nafsu syahwat. Usah menilaiku dengan nilaian buruk kerana yang menjadikan siapa aku pada hari ini kerana mereka semua. Mereka semua harus mendapat balasan dan menjadi seperti aku !
Aku bangun perlahan-lahan dan turun dari katil. Malas aku bercakap dengan si Nasir pagi-pagi begini jika dia terbangun, silap-silap ditariknya aku untuk morning sex. Kalau dia inginkan satu round lagi, aku akan kenakan cas tambahan. Malam tadi dua round aku melayan nafsu setannya. Dia tidaklah hebat mana. Ada lagi yang lebih hebat diranjang daripadanya. Ah, anunya pun taklah besar mana, harap nafsu saja yang besar. Aku melayan sebab aku ada kepentingan, bukan aku kemaruk sangat dengan layanan seks dari si Nasir.
Setelah membasuh muka dan berkumur, aku mengenakan jubah maroonku bersama tudung labuh dengan warna yang sama. Walaupun tak mandi, wajahku kelihatan menawan. Ah, siapa yang ingin melihat wajahku jika aku memakai niqab. Aku tersenyum sendirian. Sesekali aku melihat-lihat wajah dan tubuhku. Kedua-dua inilah modalku untuk menggoda golongan agamawan yang bertuhankan nafsu. Walaupun wajahku menawan berlesung pipit dan berkulit putih kemerah-merahan, aku tak perlu mendedahkan keseluruhan wajahku kepada umum. Sinaran mataku sahaja sudah cukup untuk menikam jantung ustaz mahupun imam-imam masjid. Tatkala mereka memandang mataku, mereka pasti menoleh dua kali. Itu petanda pertama mereka tertarik denganku.
Begitu juga dengan tubuhku yang berbalut jubah longgar. Tidak pun aku cuba mempamerkan tubuhku. Hanya saja, imaginasi para agamawan bernafsu setan ini telah menerobos jubahku dan membuatkan aku telanjang di dalam fikiran mereka. Jika mereka benar-benar menjaga diri, sudah tentu mereka tidak berfikiran begitu. Dan aku takkan menyerahkan diri kepada agamawan yang menundukkan pandangan dan benar-benar menjaga diri dan ikhlas menghambakan diri kepada Tuhan yang Esa.
Namun, tak dinafikan walaupun berjubah longgar, sesekali akan ternampak bentuk tubuhku yang mempunyai lekuk di sana sini. Aku akui, aku memiliki tubuh penggoda yang menyamai tubuh pelakon lucah. Tubuhku sederhana tinggi dan tidak gemuk, namun aku mempunyai bentuk punggung yang lebar, pinggang yang ramping dan buah dada yang besar serta montok. Seperti si Nasir katakan padaku, buah dadaku lebih besar dan pejal daripada isterinya. Si Nasir ini agak lucu bagiku, sudah tentulah apa yang ada pada isterinya yang sama umur dengannya tak sama dengan apa yang ada pada wanita muda sepertiku. Umurku pun sebaya dengan anak perempuannya.
Aku mencapai beg tanganku yang terletak di atas meja bersebelahan dengan Nasir. Dalam masa yang sama aku lihat handphone Nasir sedang dihubungi oleh seseorang. Tertera nama ‘Isteriku Tercinta’. Aku mencebik.
‘Isteriku tercinta konon’ [3]
Aku tak peduli dengan kecurangan Nasir atau sesiapapun yang pernah aku tiduri. Itu bukan urusanku. Walaupun isteri si Nasir seorang ustazah, aku tidak peduli. Aku meninggalkan Nasir dan turun dari hotel. Pemakaianku lengkap sempurna dengan hanya mata galak yang terlihat. Tiada siapa pun yang mengesyaki apa yang aku lakukan. Tetapi Tuhan mengetahui segala-galanya. Aku tahu Tuhan telah mengatur semuanya baik atau buruk, dosa atau pahala dan syurga atau neraka.
114Please respect copyright.PENANA86L4Kj9l2n
KALAU RASA BEST, NAK TERUSKAN EPISOD 1?
114Please respect copyright.PENANAifmRvpsGgu
[1] Hadis hasan sahih riwayat imam At-Tirmizi.
[2] Kelas agama yang berkait dengan ilmu Al-Quran, tafsir, hadis, fiqh dan lain-lain.
[3] Monolog dalam hati.