"Abang, hari tu kan ada seorang akak tu yang selalu datang ke butik Shima. Dia bagitau yang dia kenal dengan seorang bomoh tu, dia pandai mengubat orang yang ada masalah macam Shima ni. Cuma jauh sikit la kena pergi. Apa pandangan Abang kalau kita cuba cara ni pulak?" aku memohon agar suamiku dapat menerima cadanganku.
"Abang bukan apa, sebab yang nak merawat tu lelaki. Abang ikhlas cakap, Abang tak kisah sangat kalau dah macam-macam cara kita mencuba tetapi tak mendatangkan hasil. Apa salahnya kalau kita cuba cara ni pula. Biarlah duit kita habis pun, asalkan masalah yang Shima alami tu dapat diubati. Cuma itu lah, pandangan orang lain mesti berbeza daripada kita kan? Lebih-lebih lagi yang ada background agama, tapi mereka tak tahu masalah yang kita hadapi kan Sayang?" suamiku cuba meyakinkanku yang aku juga seia sekata dengan kehendaknya.
Aku bernama Nur Hashima, berusia 37 tahun lebih muda 10 tahun daripada usia suamiku. Aku mempunyai kelulusan di peringkat diploma dalam bidang perniagaan di sebuah kolej swasta di ibu negara. Aku juga merupakan seorang usahawan kecil-kecilan dengan membuka sebuah butik di pekan yang tidak jauh dari rumah kediamanku.
Aku mempunyai ketinggian 172 cm dan beratnya lebih kurang 53-55 kg. Jadi, akutidaklah termasuk dalam kalangan wanita yang agak chubby dan tidak juga terlalu kurus. Biasanya aku mengenakan baju kebarung yang fesyennya up to date sesuai dengan kerjayaku sebagai pereka fesyen di butikku.
Tudung yang dipakai aku tidak terlalu berfesyen tetapi bukanlah jenis yang terlalu tradisional. Mempunyai wajah yang agak cerah dan bentuk mukaku kata orang bujur sirih. Aku selalu mengenakan tudung yang sederhana labuh sekadar menutup buah dadaku yang bersaiz 36B.
Suamiku tak perlu meneka lagi saiz braku kerana suamiku selalu menemaniku bila membeli belah khususnya membeli pakaian dalamku. Justeru suamiku sering bergurau denganku apabila aku membelek-belek bra yang tergantung di rak dalam kedai pakaian.
Dengan ukuran ketinggian yang aku nyatakan tadi, aku boleh dikategorikan mempunyai ketinggian sederhana lampai. Aku lebih suka mengenakan kasut bertumit sederhana tinggi, dalam seinci setengah lebih kurang dan selalu berstokin nylon apabila keluar daripada rumah.
"Jadi Abang setujulah dengan permintaan Shima untuk cuba dapatkan rawatan alternatif ni?" aku mohon kepastian agar suamiku tidak tersalah membuat pilihan yang bakal mengundang perselisihan antara kami berdua.
"Abang rasa takde masalah dan Abang pun setuju. Cuma kosnya berapa Sayang?" suamiku cuba menmberi keyakinan kepada aku untuk meneruskan hasratku.
Suamiku juga sengaja bertanyakan pasal bayaran, bukan bermakna dia berkira-kira dalam soal kewangan apabila nak menjaga kesihatan orang yang disayangi, tetapi suamiku kadang terfikir kalau tanpa dikenakan bayaran, kemungkinan bomoh itu mempunyai tujuan lain dalam memberi khidmatnya kepada pelanggan.
"Alaaa Abang, bukannya mahal pun. Dia ikut jenis rawatan dan tempoh masa yang kita persetujui untuk menjalani rawatan, dan juga kekerapan kita hadir ke sesi rawatan yang dicadangkannya. Biasanya kalau kes macam Shima ni dia orang caj antara 100 hingga 150 ringgit untuk satu sesi, mungkin ambil masa sejam setengah hingga 2 jam macam tu. Lepas sesi pertama barulah cajnya lebih murah, kalau tak silap 70 ringgit satu sesi. Boleh ke Bang?" aku memberi penjelasan panjang lebar yang mana jawapannya sudah dapat dijangkakannya sambil meminta kepastian pasal keizinannya tadi.
"OK Sayang, Abang tak kisah pun pasal harga tu. Cuma untuk first time ni, kita ambil sesi permulaan dahulu. Kalau ada kesan positif, bolehlah kita cuba sesi-sesi seterusnya sampailah masalah Sayang tu dapat pulih sepenuhnya. Amacam, setuju tak Sayang?" suamiku memberi keyakinan kepada aku dan aku kelihatan begitu gembira sekali dengan keputusan yang berikan.
"Terima kasih Abang. Kita juga kena sentiasa berdoa Bang agar dipermudahkan usaha kita ni. Biar Shima lebih happy bersama Abang dan happy buat kerja kat butik Shima tu," aku meluahkan perasaan gembiranya dengan keyakinan yang dia berikan kepadanya.
"Jadi, bila Sayang nak mulakan rawatan tu? Jangan biarkan lama sangat, nanti lain pulak ceritanya?" suamiku minta dipercepatkan rawatan tu.
"Next week OK tak Bang?" tanyaku.
"Kalau next week Abang rasa OK juga, tapi hari kerja lah ye. Boleh kita pergi time anak kita pergi sekolah. Butik Sayang tu takde la sibuk sangat hari bekerja kan, so staff Shima boleh uruskan," suamiku bersetuju dengan cadanganku.
"OK Abang. Terima kasih banyak-banyak ye Bang," aku menghargai persetujuannya dan tangannya terus dikucupku sambil suamiku membalasnya dengan memberikan satu kucupan pada ubun-ubunku.
"OK Abang nak keluar dulu. Abang dah lewat ni. Nanti boss Abang bising sebab hari ni stok komputer baru akan sampai kat ofis Abang." suamiku terpaksa pergi kerja meninggalkan aku yang juga akan menuju ke butikku sekejap lagi untuk menjalankan kerja-kerja aku yang semakin banyak.
Dua orang anak lelakiku telah pergi ke sekolah dengan van seawal jam 7.00 pagi lagi. Suamiku bekerja di bahagian baik pulih komputer di sebuah syarikat perniagaan komputer.
Sebelum aku menuju ke bandar, aku sempat membelek majalah Wanita yang dilanggan secara mingguan. Namun aku tidak tahu apa yang aku baca kerana fikiranku kini terbayang tentang perbincangan antara aku dan suamiku tadi. Aku rasa begitu teruja dan terkejut apabila suamiku tidak mempunyai apa-apa halangan untuk membenarkan aku mendapatkan rawatan alternatif dengan seorang bomoh.
Aku bukanlah mempunyai penyakit yang begitu serius, tetapi sejak kebelakangan ini, hatiku kadang-kadang didatangi perasaan keluh kesah dan fikiran menjadi kusut. Keadaan ini bukanlah berpanjangan pun. Ia hanya datang sekali sekala sahaja. Tapi, kalau dah ada cara untuk mengatasinya, aku rasa elok juga aku mencubanya daripada membiarkan keadaan begitu berpanjangan.
ns 15.158.61.54da2