Aku tidak terfikir yang suamiku akan membuat andaian yang bukan-bukan terhadap hasratku untuk berjumpa dengan bomoh tersebut. Aku juga mengharapkan agar perasaan bimbang dengan cemuhan orang terhadap pilihanku ini tidak bermain dalam benak fikirannya, almaklumlah sebab kami berdua dah bersetuju dengan hasrat aku untuk mendapatkan rawatan daripada seorang bomoh lelaki.
Aku juga telah menasihatkan suamiku agar hal ini akan dirahsiakan daripada pengetahuan sesiapa saja lebih-lebih lagi ahli keluarga kami berdua. Dalam kenekadan kami menunggu hari untuk berjumpa bomoh tersebut, tiba-tiba suamiku memaklumkan aku yang dia terpaksa pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah pada hari Khamis depan kerana menguruskan beberapa buah komputer di pejabat tersebut yang telah diluluskan untuk digantikan dengan komputer baru yang telah dipesan melalui syarikat tempat dia bekerja.
Suamiku juga sudah merayu kepada bossnya supaya kerja-kerja tersebut ditukarkan kepada hari lain kerana dia telah berjanji untuk menemaniku berjumpa dengan bomoh yang bakal merawatku pada hari tersebut, tetapi malangnya permintaannya tidak diluluskan oleh bossnya kerana arrangement tarikh dan masa telah dibuat terlebih awal antara syarikat tempat suamiku bekerja dengan Pejabat Pendidikan Daerah tersebut iaitu pukul 9.30 pagi dan dijangka akan selesai semua urusan dalam pukul 12.30 tengahari.
Secara kebetulan tugasnya tidak boleh diganti dengan staff yang lain kerana hanya dia seorang sahaja yang tahu mengenai urusan tersebut dan mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut buat masa ini selepas kawannya yang sama-sama bekerja di bahagian tersebut telah berhenti kerja pada minggu lepas.
Setelah suamiku balik daripada kerja, dia memaklumkan kepadaku yang dia tidak dapat bercuti pada hari yang dijanjikan untuk menemani aku berjumpa dengan bomoh tersebut. Lantas aku memohon izin menggunakan telefon bimbitnya untuk menghubungi bomoh tersebut memohon untuk meminda tarikh rawatan supaya diawalkan sehari iaitu pada hari Rabu.
Selepas berbual ringkas dengan bomoh tersebut, aku memberitahu suamiku bahawa tarikh rawatan tidak boleh diawalkan kerana bomoh tersebut terpaksa pulang ke Kuantan sebelum itu dan hanya akan balik semula ke rumahnya pada petang hari Rabu tersebut. Kalau tidak dapat hadir pada hari Khamis tersebut, aku terpaksa datang pada hari Khamis sekali lagi memandangkan hari-hari lain sebelum itu bomoh mempunyai urusan lain.
Selepas berbincang seketika dengan suamiku, dia bersetuju menghantar aku berjumpa dengan bomoh tersebut terlebih dahulu sebelum dia pergi ke tempat kerja. Selepas selesai kerja pada waktu tengahari yang dijangkakan, dia akan datang semula menjemput aku pulang sebab aku menjangkakan proses rawatan tu akan selesai sebelum pukul 1.00 tengahari.
"Abang tak kisah ke tinggal Shima sorang-sorang kat rumah bomoh tu?" tanya aku cuba memohon kepastian dengan nada yang kebimbangan dengan keyakinan aku dalam membuat keputusan.
"Kan bomoh tu tinggal dengan isteri dia. Apa nak ditakutkan? Lagi pun bukannya lama sangat rawatan yang dijalankan kan? Setakat 2 jam lebih je kan? Boleh lah tu," balas suamiku cuba menenangkan jiwa aku yang mungkin rasa gundah dengan hasratku tersebut.
Dengan keputusan suamiku, hatiku rasa lebih tenang dan akan mempersiapkan diri untuk mendapatkan rawatan daripada bomoh tersebut. Tujuan aku tidak lain tidak bukan untuk menjaga kesihatan dan sentiasa membuatkan suamiku bahagia tanpa sebarang tujuan lain. Hari berganti hari aku menantikan saat yang ditunggu-tunggu dengan penuh kesabaran.
Di samping itu, aku cuba juga membaca majalah-majalah yang berkaitan dengan kaedah rawatan alternatif yang ditulis oleh pengamal-pengamal perubatan terkemuka. Ada yang mengenakan kos yang begitu tinggi, ada yang menjalankan rawatan di tempat yang agak jauh dan tidak kurang juga yang mengenakan syarat-syarat yang berbagai-bagai. Jadi, aku hanya nekad untuk mencuba dengan bomoh yang telah dicadangkan oleh kenalanku sendiri.
Setelah tiba hari Khamis seperti yang kami berdua telah sepakati untuk berjumpa dengan bomoh tersebut, kami bersiap sedia untuk pergi ke rumahnya yang letaknya lebih kurang 50 km dari kawasan perumahan kami. Mungkin kami akan mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai ke sana kerana jalanraya yang agak kurang elok.
Tepat jam 8.30 pagi, suamiku memulakan pemanduan kereta Toyota Vios yang dibelinya tahun lepas menuju destinasi kami yang pertama kali kami pergi. Pada hari tu, aku mengenakan baju kurung moden berwarna hijau muda dan bertudung menutupi paras dada. Aku sentiasa mengenakan sarung kaki nylon berwarna coklat dan kasut bertumit sederhana tinggi.
Kami berdua sampai ke perkarangan rumah bomoh tersebut jam 9.15 pagi dan suamiku telah menghubungi bossnya yang dia akan sampai lewat sedikit kerana terpaksa menghantar aku terlebih dahulu ke lokasi rawatan tersebut.
Kami berdua sampai di sebuah taman perumahan yang kami rasakan sudah lama didiami penduduk di sini. Mungkin usia taman perumahan ini melebihi 15 tahun memandangkan persekitarannya yang kelihatan kurang terurus dengan baik. Kebanyakan rumah yang dibina di situ ialah jenis rumah teres setingkat seperti rumah kos rendah dan kebanyakan penghuninya adalah dari keturunan India.
Setibanya kami di hadapan sebuah rumah yang bernombor seperti yang dimaklumkan kepada aku tempoh hari, suamiku mengucapkan salam beberapa kali. Sejurus kemudian keluarlah seorang lelaki yang berbadan sederhana besarnya dan berkulit sawo matang menjawab salam suamiku dan membuka pintu seterusnya mempelawa kami berdua memasuki rumahnya.
Sebahagian rambut tuan rumah itu kelihatan telah beruban dan lengannya diselaputi bulu yang agak lebat juga. Pagi itu, lelaki tersebut hanya memakai T-shirt pagoda dan berkain pelikat. Aku menjangkakan umur lelaki itu adalah dalam lingkungan 58 hingga 65 tahun. Kami berdua dipersilakan duduk di ruang tamu yang tidak seberapa luas.
"Pakcik, Mana isteri Pakcik ye?" soal suamiku sambil matanya menjeling ke arah dapur, mungkin sedang meninjau di mana isteri bomoh tersebut sedang berada.
"Alaaa, masa pergi rumah anak Pakcik semalam, menantu lelaki Pakcik kena pergi Sabah. Jadi anak Pakcik tu mintak tolong Maknya temankan dua malam. Pakcik terpaksa balik seorang lah ke sini," jawab bomoh tersebut.
"Ramai ke orang tinggal kat kawasan ni pakcik?" soal suamiku lagi.
"Dulu ramai juga, tapi sekarang ni dah ramai yang pindah ke kawasan baru lepas kawasan ni naik banjir tahun lepas. Yang ramai kat sini orang India. Kalau ada Melayu pun rumah lorong hadapan tu ada la. Kalau lorong ni, rumah yang hujung tu sebuah orang Melayu yang duduk," balas bomoh itu.
Aku tengok suamiku seakan terburu-buru untuk pergi dan terpaksa meninggalkan aku keseorangan untuk memulakan rawatan kerana dia risau nanti tertunggu-tunggu pula bossnya untuk memastikan semua dokumen yang akan dibawanya ke pejabat pendidikan nanti betul seperti yang diperlukan.
"Jadi, bolehlah kita mula berubat kat dalam bilik hujung tu. Pakcik pun dah sediakan semua bahan-bahan sebab Puan dah bagitau apa masalah yang kita nak berubat. Senanglah Pakcik siap-siapkan dari semalam lagi," ujar bomoh tersebut menunjukkan arah kepada kami berdua ke bilik rawatan.
Tanpa berlengah lagi, aku mengekori bomoh tersebut ke bilik yang ditunjukkan dan suamiku juga mengekorinya ke bilik tersebut. Bilik yang disediakan untuk menjalankan rawatan terletak bersebelahan dengan dapur dan kelihatan dalam bilik tersebut terdapat sebuah bilik air. Dalam bilik yang kosong itu terhampar sebidang tikar mengkuang yang kelihatan seolah-olah baru dibeli dengan kesan lipatan yang masih belum hilang.
Mungkin tikar tersebut dibeli khusus untuk tujuan rawatanku. Itu hanyalah tanggapanku sahaja. Aku juga mendapati terdapat sebiji bantal tidur yang bersampul rapi dan sehelai kain batik terlipat kemas atas tikar mengkuang tersebut.
Kemudian bomoh tersebut duduk bersila di ruang tengah tikar tersebut dan meminta aku duduk bersimpuh menghadapnya, manakala suamiku pula duduk bersandar pada tiang kayu di belakangku.
"Pakcik, boleh tak saya tinggalkan isteri saya dulu? Sebab saya kena masuk kerja pagi ni. Nanti tengahari lepas selesai berubat ni saya datang jemput," tanya suamiku meminta izin daripada bomoh tersebut untuk tinggalkan aku semasa mendapatkan rawatan sehinggalah dia datang semula selepas kerjanya selesai tengah hari nanti.
"Tak mengapa, cuma Pakcik nak tau, apa nama penuh kamu berdua ye? Nanti Pakcik kena baca nama kamu berdua dalam doa mukadimah," balas bomoh.
"Saya Zulkipli bin Mohd Kasim dan isteri saya ni Nor Hashimah binti Mohd Rusli," balas suamiku memaklumkan nama kami berdua dengan jelas supaya bomoh tersebut dapat menyebutnya dengan betul dan mudah-mudahan rawatan tersebut akan berhasil.
"Ooo, nama bapak kamu sama pulak dengan nama Pakcik," ujar bomoh tersebut seolah-olah terkejut dengan persamaan nama bapa mertua aku dengan namanya secara kebetulan.
Tapi itulah nama orang-orang dahulu begitu ringkas.
"Berapa umur kamu berdua?" tanya bomoh tersebut dan aku tengok macam suamiku dah tak sabar-sabar nak angkat punggung meninggalkan tempat bilik rawatan tersebut memandangkan masa terlalu lewat baginya untuk bergegas semula ke tempat kerja.
"Saya 48 dan isteri saya 38," jawab suamiku ringkas.
"OK itu saja yang Pakcik nak tau. Kalau ada apa-apa yang Pakcik nak tau lagi, Pakcik tanya isteri kamu nanti. Kalau dia tak tau jugak, dia telefon kamu nanti ye?" balas bomoh tersebut.
Bomoh Kasim tersebut berpuas hati dengan info yang suamiku berikan dan mengizinkannya untuk beredar terlebih dahulu sebelum memulakan rawatan ke atasku. Seterusnya, suamiku pun menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan bomoh tersebut dan kemudian aku menghulurkan tangan kepadanya untuk bersalam sambil mencium tangannya.
Itulah yang aku selalu lakukan apabila suamiku keluar pergi bekerja setiap hari. Selesai aku mengucup tangannya, dia terus berpusing ke belakang dan meletakkan handbag aku yang dipegangnya daripada tadi ke atas sebuah kerusi kecil yang terletak di penjuru bilik tersebut lalu keluar meninggalkan aku berduaan dengan bomoh dengan ucapan salam.
ns 15.158.61.20da2