Aku yang masih dibuai mimpi mendengarkan sebuah suara panggilan yang paling aku rindui "man bangun , siap pergi sekolah".Lantang suara itu memanggilku untuk dalam alunan yang aku rindui. Jika ini adalah mimpi , biarkanlah aku bermimpi buat selamanya, sungguh hatiku sayu mendengar jeritan yang memanggil namaku setelah bertahun tidakku dengari.Aku yang semakin mula menyedari yang suara itu semakin jelas, membuatkan aku membuka mata memandang ke langit menatap lantai atap rumahku. Aku sedikit terkelu melihat pemandangan itu, pemandangan itu adalah tempat yang sering aku lihat ketika waktu aku masih remaja.
Aku lantas bangun dari tempat tidurku dan berdiri di katil, aku yakin yang ini adalah bilik tempat tidurku waktu dahulu.Aku yang masih terpinga-pinga hanya berjalan keluar menuju ke tampat makan, realistis sungguh mimpiku ini sehingga aku dapat merasakan tombol pintu ketika aku keluar dari bilik. Aku yang masih tidak mampu berfikir hanya berjalan menuju ke ruang tamu.
Sosok pertama yang aku temui adalah bapaku sendir,"ayah" laungku sambil air mata mulai jatuh membasahi pipiku. Aku terus berlari memeluk badannya yang amat aku rindui, aku genggam erat tubuh bapaku . Aku masih lagi menangis teresak sambil pelukanku erat memeluknya, aku hanya mampu menangis dan mengangkat wajahku melihat wajah bapaku. Dengan tiba tiba bapaku mengetuk kepalaku"kau dah kenapa , tahulah malas sekolah tapi tak payah drama sangat haha" ketawa bapaku sambil membelai rambutku selepas memberi ketukan yang mampu benjol kepala hahaha.
"Aduik , sakit" kataku , aku sedikit terpegun dengan rasa sakit ini, tidak mungkin ini adalah mimpi jika mampu menyakiti diriku ini. Aku melepaskan pelukan dari bapa ku"dah pergi siap lepas tu sarapan" kata bapaku dan berjalan mendekati meja makan. Disitu aku dapat melihat 2 buah sosok yang paling aku benci seumur hidup ini, ya sosok itu adalah ibu tiri bersama dengan kakak tiriku yang amat aku benci.Aku yang marah ketika itu mahu sahaja memukul mereka, akan tetapi atas sebab aku tidak mahu itu menjadi masalah .Aku hanya mampu berjalan memasuki ke dalam bilikku.
Aku cuba mencubit peha kakiku dan dapat merasakan rasa sakit,"apa yang sedang berlaku , apakah aku sedang bermimpi atau berkhayal"banyak persoalan timbul dalam hatiku.Aku yang masih tidak tenang segera memakai seragam sekolahku tanpa mandi dahulu dan bersiap untuk ke sekolah. Aku yang masih merasa marah dan jijik terhadap dua beranak itu membuatkan aku kehilangan selera makan.
Aku segera meninggalkan rumah tanpa menegur sesiapa , aku masih keliru dan bengong akan perkara yagn sedang berlaku. Aku yang berjalan menuju ke sekolahku bertembung dengan 2 budak sekolah, 1 orang berbangsa melayu dan 1 lagi berbangsa cina sedang berborak mengenai anime. Aku sedikit terdengar tentang perbualan mereka.
M:weh ah meng kau dah tengok episod baru anime tu tentang dia kembali ke masa lampau dia supaya dia dapat balas dendam semula terhadap pembunuh yang membunuh keluarganya dahulu
C: aiyah, gua sudah tengoklahh, itu episod keluar saja gua terus layanlah, banyak best ohh
Perbualan 2 orang itu, aku yang mendengar terus berpendapat yang situasi ini seperti kisah anime yang dilayan oleh 2 budak nerd itu. Mataku terus bersinar, apakah ini adalah peluang keduaku. Jika ini adalah peluangku , maka bagaimana ianya boleh terjadi dan bagaimana boleh aku kembali semula ke masa lalu. Aku segera menolak pertanyaan itu, kini aku mempunyai matlamat yang baharu untuk aku , aku bakal membalas dendam terhadap ibu tiriku dan jugak kakak tiriku yang telah menhancurkan kehidupanku.
Tanganku digengam erat seperti penumbuk, mataku bagaikan seperti mempunyai api yang hangat membara membakar semangatku. Tidak akan aku sia siakan peluang ini, bakal aku hancurkan kehidupan dua beranak itu.....plakkk sebuah tamparan yang kuat menerpa belakang ku , adui sapa pulak pukul aku dari belakang kata dalam hatiku , kalau berani marilah by one seperti kes india bergaduh dengan cina tu ......
BERSAMBUNG......
8878Please respect copyright.PENANAc7lajy0nEI