Disebabkan kesempurnaan Lyana, umpama seorang model fesyen terkemuka, Lyana sering menjadi igauan ramai jejaka gersang dan berhidung belang di luar sana.
Namun, ada seorang lelaki misteri, sedikit berusia, sering mengintai Lyana. Walau pun telah berkahwin, lelaki misteri ini duduk berasingan, jauh dari isterinya. Isteri lelaki misteri tersebut adalah seorang penjawat awam yang ditugaskan di pedalaman Sabah, yang tidak mempunyai signal telekomunikasi dan hanya dapat menghubungi suaminya ketika keluar ke pekan pada waktu hujung minggu. Lelaki misteri ini agak kesepian. Lelaki misteri ini sentiasa singgah ke stesen minyak tempat Lyana bekerja, dan sering mengambil gambar/video candid secara jauh ketika Lyana sedang bekerja.
Hari silih berganti, lama-lama Lyana perasan akan kegiatan lelaki misteri tersebut. Lyana perasan yang lelaki misteri tersebut bukan datang untuk mengisi minyak, membeli barang atau pun menggunakan mesin ATM/CDM , tetapi berpura-pura bercakap atau bermain dengan telefon ketika Lyana memandang ke arahnya. Rakan Lyana, Amira turut perasan akan perilaku lelaki tersebut, dan nampak lelaki misteri tersebut mengambil gambar/video candid Lyana secara jauh sejak 2-3 hari lepas. Nampaknya hari ini, dia semakin berani, dan melakukan kegiatannya semakin dekat dengan Lyana.3814Please respect copyright.PENANAHRNrjXCUfd
Amira menjerkah lelaki tersebut, “Hoi... kalau tak ada apa-apa benda penting, tak payah datang ke XYZ ni.” “Tak lah dek, saya cuma nak tangkap legendary bird Zapdos Pokemon GO yang ada kat sini.”, kata lelaki misteri tersebut. “Tipulah... Ada ke orang main Pokemon GO lagi zaman sekarang ni?’, kata Amira. Lelaki misteri tersebut menunjukkan apps Pokemon GO, dengan bukti yang dia telah pun perolehi Moltres dan Articuno... Cuma belum dapat Zapdos. “Apa-apa lah”, kata Amira sambil berlalu pergi.
Dengan berlalunya Amira, lelaki misteri berkenaan menggunakan kesempatan yang ada untuk menghampiri Lyana. “Hai Lyana, I peminat you. I nak bagi bunga ros ni kat you”, kata lelaki misteri tersebut sambil menghulurkan sekuntum bunga ros tersebut pada Lyana. Lyana menyilangkan tangannya sambil berkata, “Kau siapa? Aku tak nak.”. Lelaki misteri tersebut tersengih dan berkata, “Nama I Arif. You boleh panggil I sayang.”. “Tak mau.. tak mau... tak mau lah!”, kata Lyana dengan nada yang lembut dan manja.
Belum sempat Lyana beredar menjauhkan diri, Arif menyelitkan sekuntum bunga ros tersebut di celah silangan tangan Lyana. Lyana berpusing balik dan cuba memulangkan semula bunga ros tersebut, tetapi dapati Arif telah pun melangkah pergi jauh ke motorsikalnya. “Benci!”, sempat Lyana jerit. Arif yang mendengarnya, senyum lebar ke arah Lyana. Arif terus memakai helmet dan memecut laju keluar dari stesen minyak tersebut.
Lyana kaku terkejut dengan perkara yang baru sahaja berlaku. Melihat rakannya berada di dalam keadaan tersentak membatu, Amira datang menghampiri. Lyana memberikan bunga ros tersebut kepada Amira. Amira mengambilnya dan membahan Lyana, “Secret admirer ke?”, sambil tersengih. “Secret admirer sangatlah tu”, kata Lyana sambil mencebikkan bibirnya. Sambung Lyana, “Ada ke dia suruh yana panggil dia sayang.” “Hehehe~”, gelak Amira. “Sayang.... hehehe~”, sambung Amira menganjing rakannya Lyana.
Berbagai-bagai perkara dan persoalan yang timbul di dalam fikiran Lyana. Namun, insiden gangguan yang dilakukan oleh Arif adalah suatu perkara yang baru dan belum pernah dilaluinya sejak Lyana bekerja di situ. Apa yang berlaku sebelum ini, gangguan hanyalah dari mata-mata nakal yang memandangnya, dan ini pertama kali ia telah dimanifestasi secara terang-terangan dan terbuka menjadikan gangguan berbentuk ucapan (verbal) dan perlakuan (action) yang tidak diingini.
Amira menenangkan Lyana, jangan fikir sangat apa yang dah berlaku dan kalau ada apa-apa pun, aku ada kat sini untuk back up kau. Sedikit sebanyak, Lyana terkesan dengan kata-kata rakan sekerjanya, berasa lega dengan jaminan tersebut dan kembali ceria meneruskan shift kerjanya.
ns 15.158.61.20da2