Dua tahun telah berlalu. Niza kini digelar ustazah.
Ustazah niza kini banyak melibatkan diri dengan berdakwah serata negara. Selepas di negeri pantai timur, ustazah menerima jemputan seorang sahabat lamanya untuk ke negeri dibawah bayu.
"niza, marilah datang ke sini, ada perkampungan di perdalaman ini, orang-orangnya baik, boleh cuba berdakwah sambil belajar juga. Orang kata imamnya bagus. Imam itu mencari ustazah untuk membantu dia berdakwah." Kata sahabatnya dalam mesej whatsapp.
***************
2 minggu selepas itu, ustazah niza tiba ke negeri tersebut. Dia berjumpa dengan ustazah fini. Mereka berbual panjang. Ustazah fini pula kerja dengan ngo di sana dan berdakwah di bahagian lain negeri tersebut.
Ustazah fini memperkenalkan salah seorang orang kampung tersebut, bernama Safuan.
"Encik Safuan ini orang kampung yang niza nak pergi itu, nanti dia bawa niza ke sana ya." Kata fini.
"Ok fini. Terima kasih banyak-banyak. 1st time saya datang sini. Nampak best." Kata niza dengan teruja.
"Semoga yang best-best je untuk awak. Hehehe" kata fini. Mereka berdua bergelak ketawa.
"Ustazah niza, kita harus pergi dulu, sebab perjalanan ke kampung jauh." Kata safuan.
"Oh, berapa jauh ya?"
"Memandu sahaja, dalam 6 jam perjalanan, kemudian perlu menaiki bot selama 30 minit, selepas itu, menaiki kereta semula lagi 1 jam. Selepas itu perlu menaiki motor selama 40 minit. Baru kita sampai ke kampung itu."
Jauh sekali perjalanan tersebut dan hanya ustazah niza dan safuan sahaja berdua.
******************************
Ustazah Niza akhirnya tiba di kampung itu, ketibaannya disambut mesra oleh warga kampung. Ustazah niza juga telah berjumpa imam kampung itu. Namanya imam Masri, berumur 60an. Dia menyatakan hasratnya kepada ustazah niza dan niza faham dan akan cuba sebaiknya memenuhi harapan imam.
**********************
5687Please respect copyright.PENANAcFBdVYwrTd