Namun setelah abangnya berpindah sekolah dan masuk ke sekolah agama berasrama penuh, hubungan niza dan abangnya tidak semesra dulu. Ini semua rancangan ayah dan ibunya untuk niza berhenti tidur bersama dengan abangnya.
Namun kesan itu jauh lebih teruk lagi. Niza kini sememangnya renggang dengan abangnya. Sehingga ke tahap bila ayah dan ibu ingin oergi melawat abangnya, niza tidak mahu ikut walaupun puas di pujuk.
Niza sedar akan perbuatan ibu ayahnya. Maka dia pun berubah. Malah jika abangnya balik, niza akan lengkap memakai jubah serta berniqab. Berbual pun tidak, apatah lagi makan bersama. Malah jika abangnya datang mengetuk pintu bilik kerana ingin berbual, dia tidak membuka pintu dan hanya menjawab disebalik pintu sahaja.
Setelah habis belajar, seperti mana abangnya, niza mendapat tawaran untuk ke mesir. Dia menerimanya. Namun dia sengaja memilih tarikh perginya ke mesir pada hari abangnya pulang dari mesir.
Abang niza bergegas turun dari kapal terbang untuk berjumpa adiknya tapi niza telah pun masuk ke tempat boarding. Memang dia sengaja tidak mahu berjumpa abangny walaupun ibu dan ayah memujuknya untuk tunggu.
Ayah dan ibu merasa sedih hati, tindakan mereka untuk elakkan niza tidur dengan abangnya sebelum ini kini berhasil. Namun tidak seperti diharapkan. Anak perempuannya kini menjauhkan diri bukan sahaja dari mereka tetapi abangnya.
**************
Beberapa tahun berlalu. Niza kini sudah selesai peperiksaan akhir tahun terakhirnya. Sepanjang tempoh itu, niza langsung tidak balik malah tidak bertanya khabar ibu, ayah dan abangnya. Setiap panggilan dari mereka, niza tidak jawab. Setiap mesej hanya dibalas ringkas dan selepas berhari-hari atau minggu. Ucapan rindu, harijadi hanya dibalas dengan emoticon thumbs up sahaja.
Di sana, ramai sekali lelaki yang menghampiri niza termasuk senior dan junior namun semuanya ditolak dan tidak dilayan. Niza fokus kepada pembelajarannya dan ingin menuai bakti kepada agama.
Setelah cukup lima tahun, niza pulang ke pangkuan ibu ayah dan abangnya yang kini bekerja di jabatan agama. Namun seperti sebelum ini, niza tetap mengekalkan jaraknya. Empat bulan setelah balik, niza mendapat panggjlan dari salah seorang pensyarahnya dari mesir.
Panggilan itu bakal mengubah hidupnya dan menjadikan dirinya seorang ustazah.
6498Please respect copyright.PENANAveVAjOUm8y