Arif semakin kerap datang ke stesen minyak XYZ setiap petang selepas waktu kerja, semata-mata mencari Lyana. Setiap kali balik kerja, Arif selalu singgah stesen minyak tempat Lyana bekerja. Bahkan pada hari hujung minggu, Arif pasti akan muncul untuk melepaskan rindunya untuk bersua muka dengan Lyana.
Berbagai-bagai jenis hadiah yang Arif cuba berikan pada Lyana, namun setiap kali Arif cuba memberi hadiah pada Lyana, pastinya Amira ada di situ sebagai penghalang atau penjaga tol. Hadiah-hadiah yang Arif berikan sebenarnya benda-benda yang mudah di dapati seperti coklat, buku, kacang dan apa-apa sahaja yang mampu dibelinya. Namun, hadiah-hadiah ringkas ini sentiasa “dirampas” oleh Amira, kerana Amira tahu yang Lyana tidak menyukainya. Jika Amira tidak mengambilnya, pasti Arif akan meninggalkan hadiah tersebut dengan sticky note “I love you, Lyana” tanpa segan silu di kaunter pembayaran.
Setiap kali selepas Arif beredar, pasti Amira akan memperli Lyana dengan secret admirer nya itu. Lyana sentiasa berfikir, apakah yang patut dilakukannya agar gangguan Arif ini segera berakhir.
Pada suatu hari, Amira tidak masuk kerja bertugas kerana tidak sihat dan telah mendapat pelepasan cuti sakit. Terpaksalah, Lyana bekerja berseorangan pada hari tersebut. Arif yang tiba ke stesen minyak tersebut, tidak melihat kelibat Amira dan merasakan inilah peluangnya untuk memujuk dan merayu “cintanya” agar diterima Lyana.
“Jom Lyana, jom kita nikah”, kata Arif selamba. Muka Lyana menjadi merah padam mendengar pelawaan daring untuk bernikah dari Arif. Lyana yang malu membalas, “Lyana tak nak sebab tak nak kena kecam penyondol”. Masa ini trending penyondol. “Lyana bukan penyondol, dan abang ikhlas nak memperisterikan Lyana.”, kata Arif tanpa rasa malu. “Apalah awak ni... Hidung tak mancung pipi tersorong. Orang tak sudi tetapi dia yang mahu,” kata Lyana. “Abang ada bawa nasi campur untuk Lyana, ni nanti Lyana makan ya?” kata Arif. Arif meletakkan bungkusan nasi campur tersebut di persilangan tangan Lyana.
Dalam stesen minyak ni, ada seorang laki tua India yang berbadan kurus kering yang dikenali sebagai Uncle Raju. Uncle Raju selalu saja duduk sebelah mesin ATM/CDM di dalam stesen minyak ini. Uncle Raju tidak kacau orang dan duduk saja tidur.3427Please respect copyright.PENANAhBdzYcrD99
3427Please respect copyright.PENANALKws7KEk3A
Arif, tanpa rasa malu, sekali lagi melamar Lyana. “Jom Lyana, jom kita nikah”, kata Arif selamba. Lyana berasa rimas dan serabut, walau pun lamaran Arif telah pun ditolak; tetapi Arif seperti tidak faham bahasa memaksa Lyana menerima lamarannya. Lyana terpaksa membuat tindakan drastik dan membawa bungkusan nasi campur yang Arif beri padanya, seraya pergi menuju ke Uncle Raju. Dengan bibir mungilnya yang terketar ketar, Lyana menggagahkan dirinya berlakon. Lyana memanggil Uncle Raju. “Sayang... bangun makan...”, kata Lyana sambil tersenyum kepada Uncle Raju. Terkejut Arif yang tidak menyangka muslimah seperti Lyana sanggup berbuat demikian.3427Please respect copyright.PENANAsMnmOiGwVy
Uncle Raju terbangun dan terpinga-pinga sambil menganga mulut. Lyana menyuapkan makanan ke dalam mulut Uncle Raju. Uncle Raju menyambut suapan dengan mengemam dan menjilat jari-jari putih gebu Lyana. Pada hakikatnya, Lyana berasa geli dan jijik terasa ingin muntah dengan tindakan sendiri. Namun, dia tetap tekad untuk melakukannya. Melihat perlakuan ganjil Lyana yang menyuapkan makanan tersebut ke mulut Uncle Raju, Arif berasa geli dengan apa dilihatnya dan berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.
Selepas peristiwa itu, Arif terus tidak datang ke stesen minyak XYZ sampai ke sudah. Lyana berasa lega dan rakannya Amira berasa pelik kerana tidak lagi melihat kelibat Arif. "Eh, secret admirer dah tak datang lagi ke?", tanya Amira. Lyana balas ringkas, "entah.".
Di sebalik peristiwa itu, sentuhan Lyana kepada Uncle Raju, secara diam-diam telah membuatkan Uncle Raju jatuh cinta dengan Lyana. Yalah, selama hidup berpuluh tahun, pertama kali dia disuapkan makan oleh wanita cantik, malah paling cantik dia pernah lihat dalam seumur hidup dia. Lyana tidak tahu yang peristiwa tersebut telah menyebabkan timbulnya perasan cinta Uncle Raju terhadapnya.
ns 15.158.61.48da2