"Abang siapa yang abang bawak balik ni?" zuraini kegelisahan melihat yang tetamu yang hadir bersama suaminya...
SEJAM YANG LALU...
Suami kepada zuraini sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.Kereta yang dipandu suami zuraini melalui jalan dikawasan perumahan yang gelap akibat lampu jalan yang rosak.Suami zuraini yang sedang memandu kereta menerima notifikasi mesej dari telepfon bimbitnya.Mesej dibuka dan melihat isterinya zuraini bertanyakan keberadaan beliau,suami zuraini yang sedikit leka melihat mesej itu terlanggar sesuatu dihadapan beliau.
"alamak!! aku langgar apa ni?"soal suami zuraini terkejut melanggar sesuatu ketika memandu. Suami zuraini terus keluar dari keretanya dan melihat ada seorang pak cik tua yang jatuh tersungkur di tepi jalan.Suami zuraini terus menhampiri lelaki tua itu.
"alamak pak cik maaf,saya tak sengaja terlanggar pak cik"kata suami suraini yang berasa bersalah atas kecuaiannya sendiri.
"tak apa nak,pak cik pun tak perasan ada kereta tadi"jawab lelaki tua itu.
Suami zuraini pun terus memapah lelaki tua itu dan mula melihat kecederaan yang dialami oleh lelaki tua itu.
"pak cik jom saya hantar ke hospital teruk luka pak cik ni"kata suami zuraini
"tak apa nak luka kecil je ni ,nanti sembuhlah luka ni"
"pak cik duduk mana,biar saya hantar kalau pak cik tak mahu pergi ke hospital"
"pak cik ni duduk berteduh dekat mana saja yang kaki pak cik ni mampu berjalan,kalau kaki pak cik ni berhenti dekat mana mana itulah rumah pak cik"
Suami zuraini paham makna tersirat dikatakan lelaki tua itu,lelaki tua itu adalah gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal.Suami zuraini yang rasa amat bersalah hanya melihat pak cik tua itu,fikiran suami zuraini sedih mendengar akan situasi pak cik itu.Suami zuraini pun berfikir sejenak sebelum mendapat sebuah idea bagi membantu lelaki tua itu.
"kalau macam tulah pak cik,apa kata pakcik tinggal bersama saya sampai pak cik pulih sepenuhnya"jawab suami zuraini menharapkan yang permintaan kali ini tidak ditolak oleh lelaki tua itu.
Lelaki tua itu mahu menolak bantuan yang diberikan oleh lelaki muda itu,akan tetapi atas sebab kesungguhan lelaki itu memujuknya dan keadaannya yang memang sakit membuatkan lelaki tua itu bersetuju atas cadangan itu.
Suami zuraini pun mula memapah lelaki tua itu masuk kedalam kereta lalu menelefon isterinya yang dia bakal pulang membawa tetamu.Mereka pun memulakan perjalanan mereka menuju ke rumah.
KEMBALI PADA ASAL...
"pak cik ni tadi kena langgar dengan abang sebabtu abang bawak balik nak rawat dia sampai sihat"jawab suami zuraini.
Zuraini pun terus mempelawa masuk lelaki tua itu sambil dipapah oleh suaminya.Zuraini mempelawa suami dan tetamu mereka makan bersama dengan hidangan yang telah tersedia. Suami zuraini mula meminta sedikit kisah yang dialami oleh lelaki tua itu sehingga menjadi begini , lelaki tua itu sedikit ragu untuk menceritakan kisah hitamnya.Seketika kemudian barulah lelaki tua itu mula memberanikan diri untuk menceritakan kisah hitamnya.
Kisahnya terjadi semenjak 5 tahun yang lalu ketika dia masih bekerja sebagai pegawai keselamatan di sekolah.Dirinya dahulu adalah seorang yang amanah dalam bekerja dan sentiasa menjaga disiplin dalam menjalankan tugas.Akan tetapi semenjak ada kejadian berlaku pada suatu hari apabila ,dia telah menangkap sepasangan remaja yang sedang melakukan hubungan bersetubuh yang haram disekolah .Pak cik itu pun mula menangkap mereka akan tetapi remaja itu berjaya melawan dirinya lalu dia dipukul,entah apakah nasibnya yang malang budak itu seperti mempunyai suatu kekuatan dan telah menyumpah dirinya menjadi orang gila.
Atas terkena dengan sumpahan itu,dirinya mula menjadi gila dan tidak mampu berfikir dengan waras.Dia diberhentikan kerja manakala isteri dan anak anaknya meniggalkan dia keseorangan di tepi jalan raya.Semenjak itu pak cik hanya berjalan berkeliaran tanpa arah tuju.
Pasangan suami isteri itu fokus mendengar kisah pak cik itu,mereka ada mempunyai soalan ingin ditujukan pada pak cik itu tetapi disimpan agar lelaki tua itu menhabiskan ceritanya.
Lelaki tua itu menangis dengan bersungguh menceritakan kisah pahit yang dialami dirinya,dia sedar yang atas sebab dia cuba untuk menhalang sesuatu yang salah .Dirinya menjadi mangsa situasi itu.Pasangan muda itu merasakan simpati mendengar kisah yang dialami lelaki tua itu, keheningan di meja makan tanpa ada seorang pun berbicara hanya mendengarkan tangisan lelaki tua itu.
Keheningan dipecahkan apabila mendengar tangisan dari bilik tidur,zuraini pun pintas bangun menuju kedalam bilik bagi menenangkan tangisan anak kecil didalam bilik tidur.
"sedih saya mendengar kisah pak cik,tidak apalah pak cik duduklah selama yang pak cik mahu dirumah ini.Pak cik anggap je yang kami ni macam anak pak cik"suami zuraini memecahkan kesunyian lalu dipeluk lelaki tua itu...
BERSAMBUNG....
13604Please respect copyright.PENANAUeC4QYO7mX