Nur Alya Irdina merupakan seorang graduan Sarjana Muda Pengurusan Hotel di sebuah institut pengajian tinggi. Alya yang baru berumur 23 tahun sedang berusaha untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan bidangnya. Setelah sebulan mencari, akhirnya satu iklan berkaitan jawatan kosong di sebuah hotel telah ditemui. Hasilnya, Alya bercadang untuk mencuba nasibnya di sana.
Menjadi kebiasaan Alya bangun awal waktu. 4.30 pagi jam locengnya akan berbunyi. Alya akan mandi terlebih dahulu sebelum menunaikan solat sunat dan solat subuh.
Memandangkan sesi temuduga itu bermula jam 8, Alya perlu bersiap awal. Alya telah memilih untuk memakai bra dan panties berwarna merah untuk dipadankan dengan baju kurung moden merah yang dipakai. Setelah menyarung pakaian dalam dan baju kurung moden merah, Alya menyarung pula anak tudung, kemudian menyarung tudung bawal labuh berwarna hitam. Ya, walaupun Alya bukan pelajar sekolah agama, Alya lebih selesa memakai pakaian yang labuh dan longgar. Lebih-lebih lagi Alya ingin melindungi buah dadanya yang semakin besar daripada dipandang atau dilihat oleh lelaki yang belum halal baginya. Setelah siap memastikan pakaian yang dipakai kemas, Alya keluar dari biliknya.
Sewaktu Alya di kampus, memang ramai rakan-rakannya pelik dengan cara pemakaian Alya. Mereka menganggap cara pemakaian Alya tidak sesuai untuk kos yang diambil. Pelajar wanita di kampus memang ramai yang tidak memakai tudung dan memakai pakaian yang ketat. Ada yang pakai tudung pun masih nampak bonjolan buah dada kerana tudung yang dipakai singkat. Ada juga yang memakai tudung paras bawah buah dada namun masih berpakaian ketat. Walaupun Alya selalu dikritik berkaitan pakaiannya, namun Alya tidak ambil hati malah membuktikan kepada pelajar lain bahawa dirinya juga boleh berjaya. Alya berjaya meraih dekan setiap tahun dan ada juga pensyarah yang memuji tentang pemakaian Alya yang dimana dalam bidang perhotelan sukar untuk melihat wanita yang memakai pakaian yang menutup aurat.
"Alya, nak pergi interview ye? Nak akak hantar tak? "
" Tak pe kak...Alya boleh pergi sendiri..lagipun akak kan ada mesyuarat sekejap lagi.."
" Ye tak ye juga...akak hampir terlupa...terima kasih ingatkan.."
" Sama-sama kak"
Sejak kematian ibu bapa, Alya dan kakaknya, Nurin dibesarkan oleh neneknya. Selepas Nurin mendapat pekerjaan di Putrajaya, Nurin mengajak Alya dan neneknya duduk di rumah kondominium yang dibelinya di Putrajaya, namun neneknya memilih untuk tinggal di kampung kerana neneknya lebih selesa tinggal di kampung.
Nurin yang sedar dirinya telah lewat mengucapkan kata-kata semangat kepada Alya sebelum dia bergegas keluar dari rumah.
Nurin yang berumur 26 tahun bekerja sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi di Kuala Lumpur. Nurin juga telah bertunang dengan pilihan hatinya yang juha merupakan pensyarah di tempat kerjanya. Cara pemakaian Nurin berbeza sedikit daripada Alya. Nurin lebih gemar memakai tudung shawl satin yang menutupi buah dada serta gemar memakai blaus. Sama seperti Alya, walaupun tudung yang dipakai tidak selabuh Alya, Nurin tetap akan memastikan buah dadanya dilindungi dengan melabuhkan sedikit tudung shawlnya.
Alya memilih untuk menaiki grab kerana dikawasannya mudah untuk mendapatkan grab dalam waktu yang singkat. Alya lega kerana individu yang menjemputnya seorang perempuan. Kalau lelaki pasti bau vape atau rokok akan dihidu sepanjang menaiki grab. Walaupun tidak semua pemandu lelaki sebegitu, tetapi kebanyakannya memang jenis merokok dan penghisap vape.
Setibanya di hotel tersebut, Alya terus pergi ke kaunter untuk bertanyakan lokasi untuk proses temuduga. Kemudian, Alya dibawa oleh seseorang ke pejabat.
Sewaktu tiba di pejabat, kelihatan beberapa orang telah hadir dengan tujuan yang sama sepertinya.
Pemakaian mereka berbeza dengan apa yang dipakai oleh Alya. Ada yang memakai baju kemeja ketat dipadankan dengan skirt. Ada juga yang memakai blazer dan pelbagai lagi. Alya dapat giliran terakhir. Sepanjang menunggu giliran, Alya banyakkan membaca doa penerang hati serta amalan-amalan lain yang dibuat ketika dia menghadapi SPM bagi menenangkan dirinya dan berharap dengan tawakal yang dilakukan dapat memudahkan urusannya.
Tidak dinafikan ada yang memandang pelik terhadap dirinya. Mungkin atas faktor pemakaiannya namun Alya terus fokus dengan perkara yang bakal dihadapi selepas ini.
" Nur Alya Irdina...boleh masuk" kata seorang wanita yang memakai kemeja disertakan dengan blazer.
Alya dengan membaca lafaz Bismillah Alya mula masuk ke bilik tersebut. Terlihat 3 orang dihadapannya. 3 orang inilah yang akan menemu duga Alya.
Tanpa Alya sedari, seorang lelaki yang berada di hadapannya yang juga merupakan pengurus hotel terpegun dengan wajah dan cara pemakaian Alya. Kali pertama bagi dirinya wanita yang bertudung labuh meminta pekerjaan di hotel ini. Sebelum ini ada juga pekerjanya yang memakai tudung, tetapi tidaklah selabuh pemakaian Alya. Sekali pandang seperti ustazah selebriti. Bagi lelaki itu, wajah Alya ada iras seperti Wani Syaz, penyanyi lagu Gemala.
Sesi temuduga berjalan dengan lancar, walaupun Alya berasa sedikit gugup namun Alya dapat atasi perasaan itu dengan baik.
"Baik, melihat kepada latar belakang awak...awak ni mempunyai pengalaman berkerja di hotel yang agak terkenal di Malaysia ini dalam bahagian pengurusan hotel tersebut sewaktu intern....boleh awak ceritakan sedikit pengalaman awak membuat intern atau latihan industri di sana?" Tanya lelaki yang tampan di hadapan Alya merangkap pengurus hotel ini.
Alya pun memberitahu pengalamannya bekerja di hotel tersebut yang di mana pengurus hotel tersebut memintanya untuk menjaga dan membantu dalam bahagian pengurusan. Lebih-lebih lagi pengurus hotel tersebut wanita yang sudah berkahwin, maka bantuan Alya diperlukan walaupun hakikatnya dia boleh menguruskan seperti biasa. Pengurus tersebut dapat merasakan Alya mempunyai kredibiliti dalam bidang pengurusan.
"Baik sekiranya saya tawarkan anda menjadi pembantu peribadi, adakah anda menerima jawatan tersebut?"
Kedua-dua penemu duga memandang ke arah pengurus mereka, mungkin terkejut dengan pertanyaan yang diutarakan oleh pengurus, namun dengan bersifat professional, mereka kembali fokus dalam sesi temuduga tersebut.
Alya pun menjawab dengan tenang dia akan menerima segala kerja yang ditawarkan asalkan tidak melanggar hukum syarak.
"Ok baik...terima kasih...keputusan akan dimaklumkan kepada anda sekiranya anda berjaya. Terima kasih kerana hadir. Selamat maju jaya " Kata perempuan yang menjemputnya masuk ke bilik tadi.
Alya mengucapkan terima kasih dan kemudian keluar daripada bilik tersebut. Alya redha dan berharap dia mendapat pekerjaan yang diminta.
" Afiq...are you sure you nak jadikan dia PA? Bukan ke kau suka buat kerja bersendirian tak nak diganggu...hahaha" Amar merupakan sahabat baik kepada Afiq pelik dengan sifat kawannya hari ni.
"Yup, aku dapat rasakan dia sesuai untuk jadi PA aku memandangkan dia pun bijak dalam bidang pengurusan...add-onz pandai multimedia juga...mungkin idea dia sangat bernas untuk kemajuan hotel kita. Dan aku nak makluman keputusan ini segera disampaikan kepadanya sebelum hotel sewaktu dia intern meminta dia untuk bekerja sana semula." Kata Afiq.
Afiq merupakan pengurus hotel ini. Sebelum ini Afiq hanya pekerja biasa, namun apabila pemilik hotel melihat Afiq yang bijak dalam pengurusan dan kredibilitinya dalam pekerjaan cemerlang, Afiq dinaikkan pangkat sebagai pengurus selepas pengurus yang lama telah tamat perkhidmatannya atas faktor umur. Menjadi sejarah di hotel tersebut mendapat pengurus muda dan tampan yang berusia 25 tahun. Dato' Azman merangkap pemilik hotel tersebut bersetuju dengan cadangan Afiq untuk memilih Amar sebagai penolong pengurus hotel sebaik sahaja penolong pengurus hotel yang lama telah berpindah ke tempat kerja baharu.
Sebelum ini Afiq menolak apabila pihak atasan hotel meminta Afiq mempunyai seorang PA untuk memudahkan urusannya. Namun, Afiq menolak kerana dia merasakan calon-calon yang dicadangkan belum sesuai untuk dirinya sehingga hari ini, insan bernama Alya muncul dihadapannya. Dia tertarik dengan personaliti yang ditonjolkan oleh Alya. Lemah lembut tapi mempunyai ketegasan. Itulah yang dapat dianalisis oleh Afiq melalui 'first impression' nya terhadap Alya. Naluri Afiq menyatakan Alya sesuai untuk membantunya dalam bidang pengurusan. Memandangkan penolong pengurus telah diisi, Afiq merasakan menjadi PA kepadanya adalah tugas yang sesuai buat Alya. Dengan menjadikan Alya sebagai PA, Afiq tidak ingin menjadikan Alya sebagai PA yang hanya mengingatkan dirinya tentang tugasnya, bahkan idea Alya juga diperlukan.
"Kalau macam tu...nak bagitau keputusan kat dia bila?" Tanya Amar merangkap penolong pengurus hotel tersebut.
" Minta setiausaha kita menyiapkan surat untuk Alya terlebih dahulu malam ini dan pastikan surat itu sampai di rumahnya minggu ini paling lewat. Yang 2 orang lagi yang berjaya boleh pastikan surat itu sampai minggu hadapan paling lewat." Kata Afiq. Afiq memang jenis yang membuat kerja pantas. Tidak suka bertangguh.
Amar yang memahami permintaan Afiq terus meminta Setiausaha untuk menyiapkan surat untuk Alya dan 2 orang lain yang telah berjaya hasil daripada temu duga tadi.
"Afiq, nanti nak keluar bilik 'cover' dulu...mau budak2 miang satgi dengan hang...hihihi...hang punya dah la besaq...tu pekerja2 kita tu dah berapa ramai try tackle hang...hang x layan...hihihi" bisik Amar kepada Afiq.
Baru Afiq sedar "syahwat"nya menegang disebalik seluar slagnya.
"Haih...ni sebab sejuk la ni...ke sebab...Alya?" Monolog Afiq....
ns 15.158.61.5da2