Namaku Nurleah Izzah. Aku berumur 15 tahun dan masih belajar di Tingkatan 3. Aku anak ketiga dari empat orang adik beradik, dan merupakan satu-satunya anak perempuan. Abangku yang sulung bernama Azizul dan aku hanya memanggilnya Abang Ijoi. Abang Ijoi berumur 18 tahun dan baru sahaja menamatkan peperiksaan SPM tahun lepas. Abangku yang kedua bernama Azri. Abang Azri hanya tua setahun dariku. Menurut ibuku, kami hampir-hampir sahaja menjadi *kembar tahun. Tapi apakan daya, aku hanya lahir setelah masuk tahun baru. Dan adikku pula, Azwan baru berumur 10 tahun.
4590Please respect copyright.PENANAMQcSI8GiXI
Ibuku merupakan seorang pensyarah yang bertugas di kolej swasta yang terletak di Kuala Lumpur. Manakala ayahku pula bertugas di pelantar minyak di Terengganu. Oleh kerana itu, aku dan adik beradikku tinggal dikampung bersama datuk dan juga keluarga pak long ku. Kami berempat memang tinggal disitu sejak dari kecil lagi. Jadi, aku sudah biasa berjauhan dengan ibu bapaku.
4590Please respect copyright.PENANAGSSU0tfxdM
Pak long mempunyai 5 orang anak. Dua sudah berkahwin dan tiga orang masih tinggal bersama kami, Abang Wan, Kak Ida dan Faiz. Abang Wan sudah berumur 27 tahun. Dia bekerja sebagai peniaga di pasar malam. Kak Ida pula berumur 23 tahun dan baru mula bekerja bersama pak long di pejabat pertanian. Faiz pula sebaya dengan aku.
4590Please respect copyright.PENANA8r42mxUlss
Begitulah sedikit sebanyak tentang latar belakangku.
4590Please respect copyright.PENANAzQcs7qzQpE
Note:
Ini adalah remake untuk cerita Izzah. Author akan ubah sedikit jalan cerita, tetapi tetap dengan konsep yang sama. So character Izzah takkan over push macam versi asal. Hope korang semua enjoy.
4590Please respect copyright.PENANA1Lu0wsQW3A