
"Dah. Yang penting, awak rahsiakan plan kita tadi. Ya?" pujuk cikgu Suhaimi lagi.
4163Please respect copyright.PENANAbm18gyETvG
Akma hanya mengangguk. Jauh didalam sudut hatinya, dia tetap rasa bersalah kerana menganiaya Izzah, tanpa dia sedari, dirinya turut dianiaya oleh kawan baiknya itu.
4163Please respect copyright.PENANA1GAp0708z5
#####
4163Please respect copyright.PENANAoMcMhbjL2g
Akma Fazeera, atau lebih mesra dipanggil sebagai Akma, berumur 16 tahun merupakan kawan baik Nurleah Izzah sejak dia berpindah kekawasan itu awal tahun lalu. Dia merupakan seorang gadis yang baik dan pemalu. Sebelum ini, dia tidak pernah didedahkan dengan persekitaran yang sosial kerana dari umur 6 tahun, dia tinggal bersama datuk dan neneknya dikampung.
4163Please respect copyright.PENANA02LCYScIUD
Sejak dia mengenali Izzah, banyak benda baru yang dia belajar. Jiwa mudanya yang sentiasa ingin melakukan perkara baru membuatkan dia senang berkawan dengan Izzah. Dari gadis kampung yang pemalu, Akma mula pandai bersosial.
4163Please respect copyright.PENANAdwZoHAIlNg
Kini, sejak dia kembali tinggal dengan ibu bapanya di Pangsapuri Seri Impiana, pelbagai kerenah manusia dia lihat. Dan semakin lama semakin sebati dengan dirinya.
4163Please respect copyright.PENANAA2FeZ8HqRu
Kerana pangsapuri itu sendiri, menyimpan pelbagai rahsia yang tersendiri.
4163Please respect copyright.PENANAMynRupto0u