
Malam ke-27 Ramadan. Langit pekat tanpa bintang. Angin sejuk berhembus perlahan, menelusup masuk ke dalam masjid melalui tingkap yang sedikit terbuka. Suasana di dalam sudah mulai lengang selepas solat tarawih dan witir. Jemaah wanita telah pulang sejak tadi, hanya tinggal beberapa lelaki yang masih berzikir di saf hadapan.
Di ruang solat wanita, Naimah sedang mengemas sejadah dan menyusun semula telekung di rak. Sejak kecil, dia diajar untuk menghormati rumah Allah dan tidak meninggalkan masjid dalam keadaan berselerak.
Malam itu, dia sendirian.
Sunyi.
Kipas siling berpusing perlahan, mengeluarkan bunyi halus yang hampir tenggelam dalam keheningan malam.
Saat Naimah hendak mencapai beg tangannya, dia terdengar bunyi tapak kaki. Lembut, tapi jelas menghampiri.
Dia berpaling.
Seorang lelaki berdiri di sebalik tabir pemisah antara ruang lelaki dan wanita. Dia berjubah kelabu dan berkupiah lusuh, tubuhnya tinggi dan kurus, mukanya separuh terlindung dalam cahaya malap.
"Naimah."
Naimah mengerutkan dahi. Dia tidak kenal lelaki ini.
"Ya?"
Lelaki itu melangkah ke depan sedikit. Cahaya dari luar menerangi wajahnya.
Dia masih muda, mungkin awal 30-an. Matanya sayu, tapi ada sesuatu di dalam renungannya yang membuat Naimah tidak selesa.
"Boleh saya bantu?" tanyanya lembut, cuba mengawal keresahan.
Lelaki itu tersenyum tipis. "Tak perlu. Saya cuma nak bercakap sekejap."
Naimah menggenggam tali begnya erat. "Maaf, saya dah nak balik."
Lelaki itu diam sejenak, lalu mengangguk. "Baiklah."
Dia melangkah ke belakang, perlahan-lahan menghilang ke dalam ruang utama masjid.
Naimah menarik nafas lega. Tetapi perasaan tidak enak mula merayap dalam hatinya.
Naimah melipat telekungnya dengan tergesa-gesa, tangannya sedikit menggigil. Suasana dalam masjid semakin sepi, hanya tinggal dirinya dan bayang-bayang yang memanjang di lantai marmar. Dia sepatutnya sudah keluar lebih awal, tetapi hatinya tadi terasa berat untuk meninggalkan tempat suci ini. Kini, dia menyesali kelewatannya.
Langkah kakinya pantas menapak ke pintu, berusaha untuk tidak menoleh ke belakang. Namun, setiap derapnya terasa bergema di dalam ruang kosong ini, seolah-olah ada sesuatu yang turut melangkah bersamanya dalam kegelapan.
Dada Naimah berombak. Tangannya meraba-raba pintu kayu di hadapannya, tetapi sebelum sempat jari-jarinya menggenggam tombol-
Tangannya ditarik ke belakang.
Jantungnya hampir terhenti. Sebelum dia dapat menjerit, tangan kasar menekup mulutnya, menenggelamkan suaranya ke dalam pekatnya malam.
"Mmmppphhh!!! MMMPPPHHH!!!" Naimah cuba berteriak, namun suaranya disekat. Nafasnya sesak. Tubuhnya meronta, cuba melawan cengkaman yang semakin erat.
"MMMFFFTTT!!! HHHMMMPPPHHH!!!!" rontaan Naimah semakin kuat, namun rintihannya semakin perlahan. Bau hamis dan peluh menusuk hidungnya. Kain yang membungkam mulutnya dibasahi cecair kimia yang begitu menyengat. Jari-jemarinya mencakar, kakinya menghentak lantai dalam usaha terakhir untuk melepaskan diri.
Tetapi semakin dia melawan, semakin kuat genggaman itu.
"MMM!!! Hmmm... Mm... m... ..." suara Naimah semakin perlahan. Dan akhirnya, segalanya menjadi gelap.
============
Kegelapan menyelimuti ruang imam. Dinding kayu tua masjid itu seakan menyerap sebarang bunyi, menjadikan suasana begitu sunyi hingga Naimah dapat mendengar degup jantungnya sendiri. Hanya cahaya malap dari lampu jalan yang menembusi tingkap kecil, memantulkan bayang-bayang yang bergetar seperti makhluk hidup di lantai marmar.
"Hmm... Emmm..." Naimah tersedar dengan kepala yang berpinar. Kesedaran mulai kembali padanya. "Eh? Apa dah jadi? Aku kat mana??" soal Naimah. Dia cuba menggerakkan tubuhnya, namun hampa.
Naimah terbeliak melihat keadaan dirinya. Tubuhnya terasa panas membara, setiap hela nafasnya berat dan tersekat-sekat. Dia kini dibaluti bukan satu, bukan dua, tetapi tiga helai telekung, menjerat tubuhnya dalam kepompong kain yang semakin lama semakin menyesakkan.
Lapisan pertama, telekung Siti Khadijah miliknya sendiri, terasa seperti peringatan terakhir tentang kebebasan yang pernah dimilikinya. Lapisan kedua, telekung lycra yang melekap erat pada tubuh, bahannya licin dan mudah renggang, membuatkan setiap pergerakannya terasa janggal dan terperangkap. Dan yang paling menyeksakan, lapisan ketiga, telekung satin yang bersinar di bawah cahaya malap, bahannya menyerap haba dan memerangkap peluh, menjadikan kulitnya melekit dan tubuhnya terasa seperti sedang terbakar dalam kepanasan.
Naimah terbaring di atas permaidani sejadah yang tebal, kedua-dua pergelangan tangannya terikat ke belakang. Tubuhnya menggeletar di sebalik ketakutan yang mencengkam.
Naimah mengerutkan dahi. Sesuatu terasa pelik.
Denyutan ketakutan menyusup masuk ke dalam dadanya. Di bawah tiga lapis telekung ini... dia tidak memakai sebarang pakaian lain!
Di hadapannya, lelaki tadi duduk bersila, membelakanginya. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.
Naimah cuba menelan ketakutan yang membahang dalam dada. "Siapa awak? Kenapa awak buat saya macam ni?" suaranya serak.
Lelaki itu masih membacakan sesuatu dengan nada perlahan tetapi mendesak.
"Ini untuk kebaikan kau," akhirnya dia bersuara. "Kau akan jadi suci."
Dada Naimah berombak.
Suci? Apa maksudnya?
"Apa yang awak nak?" soalnya lagi, cuba menahan getaran dalam suara.
Lelaki itu menghela nafas perlahan. "Nama aku Ikhwan. Aku dipilih untuk menyucikan mereka yang telah menyimpang dari jalan yang benar."
Naimah menggigit bibir.
Ikhwan.
Dia pernah mendengar nama itu-seorang lelaki yang pernah dihalau dari masjid ini bertahun lalu kerana ajaran sesatnya.
Dia masih ingat cerita jemaah lain tentang seorang lelaki yang percaya dirinya mempunyai tugas 'menyucikan' wanita-wanita yang dianggap berdosa.
Naimah tersentak.
Adakah dia akan dibunuh?
Tidak. Dia tidak boleh berdiam diri.
Jari-jarinya mencari simpulan kain yang mengikat pergelangan tangannya.
"Sabar, Naimah... Jangan melawan," bisik Ikhwan sebelum mengambil sehelai kain lalu dimasukkan ke bahagian mulut Naimah. Kain itu melingkari kepala Naimah, lalu Ikhwan mengikatnya dengan begitu erat.
"Mmpphh!!! Mmmppphhh!!!" Naimah berteriak di sebalik ikatan mulutnya.
Suaranya tenang, hampir mesra, tetapi jemarinya yang menegangkan simpulan kain di pergelangan tangannya menunjukkan sebaliknya. Naimah cuba menendang dan meronta, tetapi Ikhwan dengan mudah menekan bahunya, menundukkannya ke lantai.
"Wanita seperti kau tidak boleh dibiarkan terus dalam kejahilan," katanya.
Air mata mengalir di pipi Naimah. Dia mahu menjerit, tetapi suaranya tercekik oleh kain yang membungkam mulutnya.
Jantungnya berdegup kencang. Apa kerja gila yang akan dilakukan oleh Ikhwan?
"Inilah penyucian diri," suara lelaki itu masih terngiang di telinganya, seram dan bergaung dalam kegelapan. "Pakaian lain adalah dosa yang harus ditinggalkan. Telekung adalah lambang kesucian. Lebih banyak lapisan, lebih dekat kau dengan Tuhan."
Mual menjalar ke tekaknya. Apa yang Ikhwan fikirkan? Apakah kepercayaannya begitu sesat hingga dia sanggup melakukan ini?
Sebagai tambahan kepada lapisan telekung satin ketiga yang membaluti tubuh Naimah, Ikhwan mencapai sehelai purdah hitam dan menyarungkannya ke wajahnya. Kain itu kasar, tebal, menekan pipinya. Jemari Ikhwan dengan cermat tetapi tanpa belas kasihan mengikat tali purdah itu di belakang kepalanya, menjerut rapat sehingga ia melekap erat pada kulitnya.
Namun, Ikhwan belum selesai.
Dia mengambil sehelai tudung niqab dan menyarungkannya ke atas kepala Naimah, menutupi purdah tadi dengan satu lagi lapisan penghalang. Ikatan di belakangnya semakin kuat, menambahkan rasa ketat dan terperangkap pada tubuhnya. Udara terasa semakin nipis, setiap nafasnya terasa berat dan sesak.
Tetapi masih belum cukup.
Akhir sekali, Ikhwan mencapai kain terakhir-sebuah burqa hitam pekat. Lapisan ini menutup segala-galanya. Dia menyarungkannya ke atas kepala Naimah, menyembunyikan wajahnya sepenuhnya, meninggalkan hanya beberapa lubang kecil di bahagian mata.
Naimah kini sepenuhnya terperangkap!
"MMM!!! MMMPPPHHH!!!" Tubuh Naimah tenggelam dalam lapisan demi lapisan fabrik yang menyesakkan. Panas mula membakar kulitnya, peluhnya bercampur dengan rasa melekit dan lengas yang semakin bertambah di setiap detik. Di ruang yang tertutup tanpa kipas, udara terasa mati.
Dia cuba menarik nafas dalam-dalam, tetapi hanya rasa sesak yang memenuhi dadanya. Lapisan-lapisan kain ini bukan sekadar pakaian biasa-ia seperti belenggu, seakan-akan perlahan-lahan menelan dirinya, membungkusnya dalam kepompong kegelapan.
Tubuhnya rimas, mindanya semakin kacau.
"MMPPHH!! HHMMPPHH!!!" Tubuhnya menggigil, bukan hanya kerana marah, tetapi juga kerana rasa jijik yang menjalar ke seluruh tubuhnya. Naimah meronta, cuba menggerakkan badannya yang terikat ketat. Setiap gerakan menyebabkan telekung-telekung dan purdah-purdah itu melekap lebih erat, membuatkan peluh semakin melekit di kulitnya.
Udara di dalam bilik ini terasa semakin menipis. Kepalanya berpinar. Dia perlu keluar. Dia perlu lari dari sini.
"MMMHHH!!! MMMPPPHHH!!!!" Dengan segala daya yang ada, Naimah menarik lengannya ke belakang, menekan ikatan di pergelangan tangannya. Dia menggeliat, menendang, bergolek ke sisi, tetapi hanya bunyi desahan nafasnya sendiri yang bergema di bilik itu.
Peluh menitis dari dahinya, menyerap ke dalam lapisan-lapisan telekung yang mengekangnya. Setiap helaian kain terasa semakin berat, seolah-olah mereka bukan sekadar kain biasa, tetapi belenggu yang cuba menelan dirinya hidup-hidup.
Tidak!
Dia tidak akan menyerah.
"Kau kini seperti kepompong, yang akan dilahirkan semula," suara Ikhwan bergema di telinga Naimah, sarat dengan kegilaan dan kepercayaan songsang.
Naimah menggigit bibir, tubuhnya menggigil.
Setiap lapisan telekung dan kain yang membungkus tubuhnya terasa seperti dinding kubur yang semakin menghimpit. Dia hanya mampu bernafas melalui celah-celah kain yang sempit, udara panas memenuhi paru-parunya, membuatkan kepalanya berpusing.
"Sabarlah," Ikhwan meneruskan kata-katanya, suaranya penuh dengan keyakinan buta. "Sesungguhnya, api neraka jauh lebih panas daripada bahang yang kau rasakan sekarang ini."
Naimah mahu menjerit, tetapi suara itu tersekat di kerongkongnya.
Gila.
Ikhwan sudah benar-benar sesat.
Baginya, penderitaan ini adalah penyucian. Dia tidak melihat kejahatan dalam perbuatannya. Baginya, Naimah sedang 'diselamatkan'-dipaksa meninggalkan dosa dan kekotoran duniawi melalui seksaan ini.
Tetapi bagi Naimah, ini bukan penyucian.
Ini penyeksaan.
Ini kegilaan.
Dan jika dia tidak berbuat sesuatu... dia mungkin tidak akan keluar dari sini hidup-hidup.
Naimah menggeliat, meronta sekuat hati. Peluh membasahi tubuhnya, melekatkan kain-kain yang membungkus dirinya seperti lilitan kafan. Nafasnya pendek dan tersekat-sekat, dada terasa sesak dalam kepungan fabrik yang menyesakkan.
Namun, Ikhwan tidak peduli.
Dia duduk di hadapan Naimah, tangannya menadah ke langit, bibirnya terkumat-kamit melantunkan zikir yang semakin lama semakin keras. Matanya tertutup, kepalanya terangguk-angguk dalam keadaan separuh khusyuk, separuh mabuk keimanan songsang yang merasuknya.
Naimah menggigil.
Tangannya yang terikat cuba menarik, menolak, mencari sebarang ruang untuk meloloskan diri. Tetapi simpulan tali itu kuat. Setiap kali dia bergerak, geseran tali pada kulitnya semakin menyakitkan.
Dia mahu menjerit.
Mahu merayu agar Ikhwan berhenti.
Tetapi dia tahu... tidak ada kata-kata yang dapat menyentuh hati seorang lelaki yang sudah dirasuk kesesatan.
Lantunan zikir semakin lama semakin nyaring, menggema di ruang imam yang kosong. Semakin cepat. Semakin deras.
Hingga tiba-tiba, sesuatu berubah.
Satu bayang muncul di belakang Ikhwan.
Seorang lelaki tua.
Kehadirannya tidak disertai bunyi tapak kaki, seakan-akan dia muncul begitu sahaja dari kegelapan. Jubah putihnya lusuh, wajahnya berkedut dan tenang... tetapi matanya tajam menembusi ruang.
Ikhwan terhenti.
Zikirnya terputus di tengah-tengah.
Dia memandang lelaki tua itu, dan serta-merta wajahnya berubah.
Matanya membesar, mulutnya ternganga. Seakan-akan dia melihat sesuatu yang menakutkan.
"TIDAK! TIDAAAK!"
Jeritan Ikhwan memecah kesunyian.
Dia menekup kepala, tubuhnya menggigil ketakutan.
Naimah hanya mampu melihat-tercengang, keliru.
Apa yang Ikhwan nampak?
Kenapa dia begitu takut?
Namun, di saat yang sama, dia merasakan sesuatu yang aneh.
Ikatan pada tubuhnya... longgar.
Tali yang mencengkam pergelangan tangannya tiba-tiba terlerai. Simpulan di kakinya tidak lagi sekuat tadi.
Tanpa membuang masa, dia bertindak.
Tangannya pantas merungkai ikatan yang tinggal, merentap kain-kain yang membungkus tubuhnya. Satu demi satu lapisan purdah, tudung niqab dan burqa disingkap, sehingga hanya satu lapisan terakhir yang tinggal-telekung Siti Khadijah miliknya.
Hanya itu yang masih membalut tubuhnya. Kerana... selain itu, dia tidak memakai apa-apa.
Pakaian asalnya-baju, seluar, tudung-entah ke mana. Dibuang oleh Ikhwan. Dilenyapkan, sebagai sebahagian daripada 'penyucian' gila itu.
Naimah menelan liur. Namun dia tidak punya masa untuk rasa malu atau takut. Dia hanya mahu lari.
Di hadapannya, Ikhwan masih menjerit seperti orang histeria. Wajahnya bertukar pucat, tangannya menggapai-gapai ke udara, seolah-olah melawan sesuatu yang tidak kelihatan.
Dan kemudian, dia berpaling dan melarikan diri. Langkahnya tergesa-gesa, terhuyung-hayang, terjatuh bangun... seolah-olah dia dikejar sesuatu yang hanya dia sendiri boleh nampak.
Naimah tidak menunggu untuk memahami apa yang terjadi.
Dia juga berlari.
Dalam keadaan nafasnya masih tersengal, Naimah meneruskan lariannya keluar dari ruang imam. Lututnya terasa lemah, tetapi dia tidak peduli. Dia hanya mahu keluar dari tempat itu, keluar dari kegelapan yang hampir menelannya hidup-hidup.
Saat dia tiba di ruang utama masjid, suara-suara lelaki kedengaran dari pintu masuk.
"Allahu Akbar... kenapa lampu masjid masih terpadam?"
"Mungkin ada yang sedang beriktikaf."
"Mari kita hidupkan lampu dahulu."
Beberapa lelaki masuk ke dalam masjid. Imam, bilal, dan tok siak-mereka bertiga baru sahaja tiba untuk menghidupkan Qiamullail.
Naimah hampir rebah melihat mereka.
"Tolong... tolong...!"
Suara Naimah tersekat-sekat, tubuhnya menggigil. Dia cuba melangkah, tetapi kakinya terasa terlalu lemah.
Tok bilal segera melangkah ke hadapan dan menyambut tubuh Naimah sebelum dia jatuh.
"Subhanallah! Anak ini dalam ketakutan!" kata bilal, sambil memeluk dan menenangkan Naimah. Tangannya menepuk lembut belakang Naimah yang tersedu-sedu menangis.
Tok siak dan imam saling berpandangan, sebelum mata mereka jatuh pada keadaan Naimah. Telekungnya kusut, wajahnya cemas, dan jelas ada kesan ikatan pada pergelangan tangannya.
"Apa yang terjadi, nak?" soal imam dengan lembut.
Sambil mengatur nafas, Naimah menceritakan segala-galanya. Tentang Ikhwan, tentang penculikan, tentang 'upacara penyucian' yang gila... dan tentang lelaki tua yang muncul secara tiba-tiba.
Ketika mendengar kisah itu, imam mengusap janggutnya, merenung lantai sejenak sebelum berkata, "Dulu ada... seorang imam tua. Dia sangat alim. Mungkin... jelmaan salah seorang imam terdahulu yang masih menjaga rumah Allah ini. Dengan izin-Nya, dia muncul untuk membantumu, anakku."
Naimah memejamkan mata. Air matanya mengalir lagi, tetapi kali ini kerana rasa syukur.
Dia masih hidup.
Dia masih selamat.
Namun, di saat dia memanjatkan doa syukur itu, tok siak berbisik perlahan kepada bilal.
"Amboi, untung kau dapat peluk Naimah, ya."
Bilal hanya tersengih.
====================
EPILOG
Ikhwan menundukkan kepalanya, pipinya perit akibat tamparan yang baru hinggap ke wajahnya. Abuya berdiri di hadapannya, mata lelaki tua itu tajam menikam, penuh dengan kekecewaan dan kemarahan yang menyesakkan udara di dalam bilik suram itu. Abuya merupakan ketua ajaran sesat yang dianuti Ikhwan.
"Tak boleh harap." Suara Abuya dingin, namun penuh kekuatan. "Aku sudah beri kau peluang. Tapi kau gagal."
Ikhwan menggertap bibirnya, genggaman tangannya erat, tetapi dia tidak berani membantah. Dia sudah cuba, sudah merancang dengan begitu teliti-namun Naimah terlepas.
Abuya menarik nafas panjang, kemudian mengangkat tangannya. Salah seorang pengikutnya menghampiri dan membisikkan sesuatu ke telinganya. Senyuman tipis muncul di wajah lelaki tua itu.
"Tak apa..." katanya perlahan, matanya kini bersinar dengan rasa puas. "Nasib baik ahli lain berjaya mendapatkan seorang yang lain."
Semua yang berada di dalam bilik itu berpaling serentak.
Di tengah-tengah ruangan, seorang gadis duduk di atas lantai kayu. Telekung putih yang membalut tubuhnya tampak lusuh, berdebu, dan sedikit terkoyak di bahagian bawah. Tubuhnya diikat ketat-tangan dan lengannya terikat ke belakang, tali membelit tubuhnya hingga ke paha dan betis.
Mulutnya disumbat dengan kain, hanya mampu mengeluarkan suara rengekan kecil yang terhalang. Matanya berkaca, tubuhnya menggigil ketakutan. Dirinya berdoa agar segera diselamatkan.
Abuya melangkah mendekati gadis itu dan berlutut di hadapannya. Dengan perlahan, dia menarik kain yang membungkam mulut gadis itu.
Nafas gadis itu tercungap-cungap, bibirnya basah dengan peluh dan air liur yang sudah lama tersekat.
Abuya tersenyum tipis. "Siapa nama kau?"
Gadis itu menelan liur, suaranya terketar-ketar tetapi cukup jelas. "Ra.. Raudhah..."
Abuya mengangguk puas. "Baiklah, Raudhah..." jemarinya menyentuh dagu gadis itu, mengangkat wajahnya agar dia menatap tepat ke dalam matanya. "Kami akan bawa kau ke syurga abadi."
Raudhah menggeleng kuat, ketakutan meluap dalam matanya. "Ja... JANGAN!! TOLONGGG!!! JANG-"
Tubuh Raudhah mengesot ke depan, cuba menolak tubuh Abuya. Namun sebelum dia sempat menjerit lebih lanjut, kain kotor itu kembali disumbat ke dalam mulutnya dengan kasar.
"MMMPPPHHH!!"
Dia meronta, tubuhnya bergoyang ke kiri dan kanan, namun ikatan di tubuhnya terlalu ketat.
Pengikut-pengikut Abuya menyarungkan telekung lycra pada tubuh Raudhah, diikuti dengan sepasang telekung satin. Tidak cukup dengan sumbat kain kotor, mereka juga memakaikan sepasang khimar labuh. Sebuah purdah kecil dipakaikan pada mulut Raudhah, diikuti niqab separuh layer, niqab 1 layer, dan niqab 2 layer. Akhir sekali, lapisan burqa menutupi keseluruhan kepala Raudhah.
Keseluruhan tubuh Raudhah meronta-ronta seperti cacing kepanasan. Nafasnya terputus-putus, dadanya turun naik deras, seolah-olah paru-parunya sukar menerima udara yang cuba disedut.
Suara desahan tercungap-cungap Raudhah bergema di dalam ruangan itu.
Abuya bangun dan menoleh ke arah para pengikutnya. "Kita akan berzikir dari waktu Maghrib sekarang sehinggalah ke Subuh. Mari mulakan."
Serentak, mereka semua bersila mengelilingi Raudhah, bibir mereka mula melafazkan zikir yang tidak pernah diajarkan dalam mana-mana kitab.
Cahaya pelita berkedip-kedip, bayang-bayang mereka bergetar di dinding, seolah-olah ada sesuatu yang lain turut bersama mereka dalam ruangan itu-sesuatu yang lebih gelap dari sekadar manusia.
Raudhah cuba menjerit sekali lagi.
Tetapi suaranya tenggelam dalam kegelapan malam...
- TAMAT -173Please respect copyright.PENANAzMIiD9ei5I