Lagu ini dikenali sebagai lagu 'bunuh diri' oleh masyarakat Hungarian (Hungarian Suicide Song), dan digubah oleh seorang pemain piano dan juga komposer bernama Rezső Seress dan diterbitkan pada tahun 1933.
Lirik asalnya yang bertajuk “Vége a világnak” (The world is ending) yang mengisahkan tentang kesedihan dan luahan perasaan akibat ditinggalkan oleh sang kekasih dan berharap mereka akan bertemu semula selepas kematian. Penulis liriknya iaitu László Jávor telah menulis liriknya sendiri yang bertajuk Szomorú vasárnap (Sad Sunday). Pada tahun 1968 iaitu selepas 35 tahun lirik ini ditulis, komposernya didapati telah mencabut nyawanya sendiri setelah mendengar semula lagu tersebut.
Lagu ini telah dirakamkan buat kali pertama di Hungary oleh Pál Kalmár pada tahun 1935. Manakala, Hal Kemp telah merakamkan lagu ini di dalam versi Inggeris yang diberi tajuk Gloomy Sunday pada tahun 1936. Pada tahun yang sama juga, Paul Robeson turut merakam lagu ini dan ia menjadi hit apabila dinyanyikan oleh Billie Holiday dalam versinya yang tersendiri.
Dikatakan terlalu banyak kejadian bunuh diri dilaporkan setelah mereka mendengar lagu ini kerana liriknya yang terlalu mendalam dan sedih. Tiada sumber yang dapat mengesahkan sama ada kenyataan ini benar ataupun sekadar suatu kebetulan sahaja. Stesen-stesen radio tempatan dilarang untuk menyiarkan lagu ini atas sebab yang sama. Saya sertakan lirik lagu ini dalam versi inggeris seperti di bawah.
Setelah mengetahui kisah ini, adakah anda berani untuk mendengarnya?
Sunday is gloomy,
My hours are slumberless
Dearest the shadows
I live with are numberless
Little white flowers
Will never awaken you
Not where the black coach of
Sorrow has taken you
Angels have no thought
Of ever returning you,
Would they be angry
If I thought of joining you?
Gloomy Sunday
Gloomy is Sunday,
With shadows I spend it all
My heart and I
Have decided to end it all
Soon there'll be candles
And prayers that are said I know
Let them not weep
Let them know that I'm glad to go
Death is no dream
For in death I'm caressing you
With the last breath of my soul
I'll be blessing you
Gloomy Sunday