![](https://static.penana.com/images/chapter/530578/Yt_part40.jpg)
BB Part 3 (permintaan)
"Permintaan macam mana tu Pak Usop.." kataku lagi..
Pak Usop melihat muka aku dengan riak wajah macam laki hilang bini pula..
"Macam nie Abg Bear.. saya nak minta tolong sewakan bilik untuk pelajar saya.. dah merata saya cari tapi tak dapat... tolong lah Abg Bear kali nie je.." kata Pak Usop..
memandangkan keadaan terdesak sangat bagi mengurangkan beban Pak Usop aku bersetuju tapi dengan syarat baru..
"Baik lah Abg Bear.. terima kasih banyak-banyak.. petang nie saya bawa mereka ke rumah Abg Bear.." katanya lagi..
Seperti yang dijanjikan tepat jam 6 petang kedengaran bunyi motor Pak Usop.. sekali aku jenguk di pintu terdapat sebiji motor dan 2 biji kereta yg memakir dihadapan rumah.. kelihatan 7 orang bersama beg pakaian mereka dengan Pak Usop..
"Abg Bear nie saya bawakan budak-budak yang akan sewa bilik.." kata Pak Usop
tergamam aku sekejap dibuatnya sebab pelajar yang dibawa Pak Usop kali nie agak berbeza dari sebelum ini.. Pak Usop betul-betul dah buang tebiat agaknya..
"Biar betul Pak Usop.." kata ku dengan kepastian..
"Maaf Abg Bear sebab dorang nie je yang masih tak ada tempat tinggal lagi.." kata Pak Usop..
"Tapi budak-budak nie perempuan Pak Usop.." kata ku..
"tolong laa abg Bear.. kesian kan dekat budak-budak nie.." kata Pak Usop..
aku dah pening sebab kali nie Pak Usop bawa 7 orang pelajar perempuan.. Pak Usop bagi penerangan pada pelajarnya lalu menyerahkan deposit sewa bilik seperti mana yg dipinta sebelum nie... Pak Usop terus berlalu pergi setelah semua urusan selesai... sempat Pak Usop pesan agar aku jaga dan tengokan pelajarnya nanti..
Adoiiii... bentak hati aku macam mana boleh Pak Usop buat keputusan sebegini... lalu aku pun perkenalkan diri dan memberi penerangan dan peraturan rumah...
"Nie bukan Abg Bear ke..'' tanya salah seorang dari pelajar tersebut..
"Nak panggil Abg Bear pun boleh juga.." kataku..
adoiii macam mana budak-budak nie tahu pula.. selesai bagi penerangan aku meminta mereka memperkenalkan diri.. bermula dari hujung pelajar perempuan tersebut perkenalkan dirinya Nurul Naqia (nurul) umur 20 tahun berasal dari Kuala Lumpur.. orangnya berkulit cerah memakai tudung shawl manis wajahnya bertahi lalat di bawah mulut.. ukuran badan agak kurus dan tinggi sedikit berbanding pelajar yang lain.. Nurul memiliki kereta Bmw berwarna kelabu.. mungkin anak orang berada agaknya.. Nurul mengambil diploma perniagaan..
Pelajar sebelah Nurul pula mula memperkenalkan diri namanya Siti Sara (sara) berumur 19 tahun berasal dari Alor Setar, Kedah.. berkulit kuning langsat dan badan berisi sedikit berbanding Nurul.. Sara mengambil diploma perakaunan..
kemudian Syahirah (irah) memperkenalkan diri dia agak muda berbanding rakan2nya.. umurnya 18 tahun dan berasal dari Johor Bahru, Johor.. orangnya berbadan kecil comel berkulit putih bertudung bawal.. Irah mengambil diploma perniagaan..
pelajar seterusnya memperkenalkan dirinya Saleha (leha) berumur 19 tahun berasal dari Teluk Intan, Perak.. Saleha nie berbadan kurus sedikit berbanding Sara dan berambut pendek macam tomboi dah aku nampak.. berkulit cerah dan tuan punya kereta Myvi kuning diluar rumah.. Leha mengambil diploma teknologi maklumat..
Selepas Saleha kini giliran Dayang Fazura (zura) umur 19 tahun berasal dari Tanah Merah, Kelantan.. kulitnya putih gebu bertudung labuh.. Zura mengambil diploma perniagaan..
kemudian Ivy Wong (ivy) umur 19 tahun berbangsa cina berasal dari Ipoh, Perak.. bermata sepet kulit putih berambut paras bahu.. dari segi pertuturan nampaknya Ivy fasih berbahasa melayu.. Ivy mengambil diploma perakaunan..
sebelahnya pula Miesya (sya) berbangsa India berumur 19 tahun berasal dari Pulau Pinang.. mati2 ingat anak mami sebab berkulit coklat cerah muka macam model baju renang.. badan agak lebih kurus berbanding Ivy disebelahnya.. Sya mengambil diploma teknologi maklumat..
setelah selesai sesi perkenalan diri terus aku jemput dan membawa mereka masuk melihat keadaan dalam rumah.. dorang agak terkejut bila masuk kedalam rumah aku sebab tak sangka rumah bujang nie lain dari yang lain..
Dalam rumah nie semua cukup lengkap seperti diruang tamu terdapat set sofa dan tv lengkap dengan video player dan astro.. di belah tepi terdapat ruang meja makan.. kemudian ke ruang bahagian dapur kering terdapat peti sejuk, micro wave, dapur masak untuk kegunaan semua.. dibahagian dapur basah terdapat ruangan sinki, mesin basuh dah ruangan jemuran.. kemudian aku membahagikan bilik untuk budak-budak nie.. di dalam rumah nie terdapat 4 bilik sebuah di tingkat bawah dihuni oleh aku dan 3 bilik lagi dibelah atas.. untuk bilik master aku telah memilih Nurul, Sara dan Irah ditempatkan kerana bilik tu agak besar dan mempunyai tandas sendiri.. untuk bilik kedua Zura dan Leha.. bilik yang agak kecil sedikit mempunyai tandas kongsi dan bilik ketiga milik Ivy dan Sya.. dan mereka setuju dengan pembahagian bilik..
"Anggap lah abg nie seperti abg kamu dan jika ada apa-apa masalah bagitahu abg jangan segan-segan buat macam rumah abg kamu.." kataku..
setelah selesai pembahagian bilik mereka pun membawa beg ke bilik masing2 untuk berehat... malam tu suasana agak sunyi mungkin kerana mereka amat keletihan.. aku meneruskan kerja aku hingga jam 9.30 malam aku pun keluar jumpa Mael.. perut aku dah lapar sangat.. aku keluar berjalan kaki tanpa menggunakan motor..
"Adoiiiiiii.. Mael kantoii aku kali nie.." kataku..
"Dah kenapa Abg Bear.. budak-budak buat hal lagi ke.." tanya Mael..
"Bukan budak-budak tapi Pak Usop.. ada ke patut bagi budak perempuan duk kat rumah aku.." aku mengeluh panjang..
Mael hanya ketawa dan gelengkan kepala mengenangkan nasib ku.. setelah selesai makan burger di gerai Mail aku pun balik ke rumah sambil berjalan kaki.. setibanya di rumah aku mendengar tv terpasang.. setelah masuk aku dapati Sara, Leha, Sya dan Irah sedang menonton tv.. aku berlalu ke bilik tanpa menggangu mereka menonton.. tiba-tiba ruang tamu menjadi sunyi aku lihat jam menunjukkan jam 11.00 malam.. Rupanya dorang dah naik ke bilik masing-masing.. besok paginya aku dikejutkan dengan bunyi dorang mandi bersiap ke kolej.. setelah aku dengar pintu rumah dikunci baru aku sambung tidor balik..
Aku tersedar dari lena sebaik menerima panggilan dari pejabat yang meminta aku untuk masuk ke pejabat hari ini.. setelah bersiap aku segera membawa motor dan memakir di stesen keretapi Seremban.. aku lebih suka menggunakan perkhidmatan komuter untuk ke Kuala Lumpur.. kalau guna motor pehhhh patah pinggang dibuatnya... setelah selesai urusan di pejabat baru aku segera pulang ke Seremban.. setibanya dirumah aku terus rebahkan badan di atas katil merehatkan diri terlelap sehingga besok harinya tapi sebelum tu sempat aku singgah ke gerai burger Mael makan malam siap-siap kerana takut aku tak larat nak keluar lagi..
ns 15.158.61.16da2