Siapa sangka di sebalik niqab tersimpulnya senyuman yang cukup manis. Senyuman yang mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihat. Namun tiada siapa yang tahu di sebalik senyuman itu terdapat pelbagai kisah. Di sebalik niqab itulah dimana Amira menyimpan kisahnya yang suka, yang duka, yang manis, dan juga yang pahit. Adakah senyuman di sebalik niqab itu akan kekal tersimpul di dalam perjalanan hidup Amira?
"Assalamualaikum kepada semua hadirin. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir bagi mengikuti kuliah dhuha saya pada hari ini." Zainab memulakan bicaranya.
"Untuk hari ini, saya akan menyampaikan kuliah dengan topik manisnya bersuami." Tambah Zainab lagi.
Dari jauh, Amira hanya memerhati ustazah itu memulakan kuliah. Tidak disangka dia dapat menyaksikan sendiri ustazah yang popular di youtube di hadapan matanya. Wajah wanita itu jauh berbeza pabila dilihat di hadapan mata.
Wajahnya nampak lebih muda jika dibanding umurnya yang kini sudahpun berada di kelompok 40-an. Ia kelihatan seperti masih di dalam 30-an dengan wajahnya yang cukup manis dan cantik.
Bukan sahaja wajahnya yang manis, tutur katanya juga manis dan sangat lemah lembut. Jadi tidak hairanlah ustazah itu sangat disenangi dengan orang ramai. Amira sendiri gembira dapat menghadiri kuliah wanita itu.
Sedang dia merenung ustazah itu bagi mendengar setiap patah kata-kata, tiba-tiba mata mereka bertentangan. Ketika itu jugalah terlihat satu senyuman yang cukup manis di bibir ustazah itu.
Amira cepat-cepat menundukkan kepalanya di lantai kerana malu dan pipinya kemerahan. Dia tidak tahu sama ada wanita itu melemparkan senyuman kepadanya ataupun hanya perasaannya semata-mata.
Namun senyuman itu telah membuatkan hatinya berbunga-bunga. Tidak pernah dia melihat senyuman seorang wanita semanis itu. Terasa sungguh gembira dirinya dapat melihat senyuman itu secara langsung.
"Baiklah, saya rasa sampai di sini sahaja kuliah kita. Ada soalan?" Ujar Zainab setelah seketika memberi kata-kata. Kelihatan ada seorang wanita kini mengangkat tangan.
"Soalan apa yang puan nak tanya?" Soal Zainab.
"Ustazah menerangkan topik indahnya bersuami, tapi ustazah masih lagi janda dan tak bersuami. Jadi soalan saya, ustazah tak teringin ke nak merasai manisnya nikmat bersuami lagi?" Soal wanita itu.
"Sudah pasti saya juga inginkan nikmat itu, namun masih belum bertemu jodoh. Insyaallah kalau Allah mempertemukan saya dengan seseorang, sudah pasti saya tak akan menolak." Tegas Zainab.
"Ada apa-apa lagi soalan?" Persoalan Zainab dibalas dengan gelengan kepala oleh para hadirin.
"Kalau takde apa-apa, kita tamatkan majlis kita ni dengan bacaan Al-Fatihah." Hadirin sekalian kemudian bersama-sama dengan Zainab membaca surah Al-Fatihah.
Setelah kuliah sudahpun tamat, Amira seperti hadirin yang lain juga ingin beredar meninggalkan surau. Ketika kakinya baru mahu melangkah keluar daripada pintu surah, terasa bahunya dicuit.
"Hai." Ucap Zainab.
"Hai. Ustazah nak jumpa saya ke?" Soal Amira. Dia begitu teruja melihat Zainab kini betul-betul berada di belakangnya.
"Ya. Saya tak pernah nampak cik adik datang ke kuliah saya, ni kali pertama ya cik adik datang?" Soal Zainab.
"Haah ni kali pertama. Selalunya saya cuma dengar ceramah ustazah dekat youtube je. Gembiranya saya dapat tengok ustazah depan-depan mata." Terlihat senyuman lebar terukir di bibir Amira.
"Terima kasih sebab hadir. Tak ramai anak muda yang datang kuliah saya, selalunya yang berusia je. Saya rasa gembira sebab ada anak muda macam cik adik sanggup hadir." Ucap Zainab.
"Rugi diorang tak datang kuliah ustazah. Bagi saya ilmu ustazah sangat bermanfaat dan senang difahami." Ujar Amira lagi.
"Terima kasih. Boleh saya tahu nama cik adik?" Soal Zainab.
"Nama saya Nuramira Syafiqah. Panggil saya Mira je." Amira memperkenalkan diri.
"Sedap nama tu. Mira umur berapa sekarang?" Zainab menyoal lagi.
"Umur saya dua puluh tahun. Baru je lepas STPM." Balas Amira.
"So lepas ni Mira nak sambung belajar ke macam mana?" Soal Zainab lagi.
"Saya pun tak pasti lah. Kenapa ustazah tanya?" Amira berasa hairan, namun dia gembira dapat berbual dengan wanita itu.
"Saja nak tahu pasal diri Mira. Boleh tak kalau saya nak keep in touch dengan Mira lepas ni?" Zainab inginkan kepastian.
"Mestilah boleh." Amira merasa gembira mendengar.
"Kalau macam tu, boleh saya minta nombor telefon Mira tak?" Pinta Zainab.
Amira dengan berbesar hati memberikan nombor telefonnya kepada wanita itu. Selepas menyalin nombor telefon gadis itu, Zainab meminta diri untuk beredar. Amira hanya memerhati wanita itu berlalu menaiki kereta mercedes-benz E-series.
Tidak dia menyangka hari pertama dia menghadiri kuliah ustazah itu, mereka sudahpun bertukar-tukar nombor telefon. Terasa sungguh gembira dirinya dapat menjadi kenalan kepada ustazah popular itu.
===========================
"Angah tak pergi mana-mana ke hari ni?" Tegur Zainab sebaik melihat anak lelakinya sedang berada di ruang tamu menonton televisyen.
"Rasanya tak pergi mana-mana. Ibu ni siap-siap nak pergi mana, berceramah ke?" Soal Zaharul setelah melihat ibunya lengkap mengenakan jubah berwarna peach sedondon dengan tudung labuhnya.
"Eh tak lah, hari ni ibu tak ada kuliah. Ibu nak keluar sekejap." Zainab kemudian ingin beredar, namun secara tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
"Angah, ibu nak tanya sesuatu lah." Zainab kemudian melabuhkan punggungnya di sebelah anaknya itu.
"Ibu nak tanya apa?" Soal Zaharul.
"Apa perancangan angah lepas ni?" Soal Zainab.
"Perancangan apa? Maksud ibu?" Zaharul tidak mengerti.
"Yelah angah kan dah habis study, jadi apa perancangan angah?" Zainab menyoal dengan lebih detail.
"Buat apa lagi, tunggu konvo lah. Lepas tu tunggu dapat kerja." Jelas Zaharul.
"Ehmm, angah dah ada girlfriend?" Soal Zainab lagi.
"Ehh kenapa ibu tanya macam tu?" Zaharul berasa pelik.
"Angah ada perancangan nak kahwin dalam masa terdekat ni?" Soal Zainab lagi.
"Girlfriend pun takde, takkan tiba-tiba nak kahwin pulak." Jelas Zaharul.
"Ehmm, nak tak kalau ibu carikan calon untuk angah?" Zainab memberi cadangan.
"Awal lagi lah nak pikir pasal kahwin ni. Nanti-nanti lah ibu carikan ye." Zaharul menolak cadangan itu.
"Takpe lah kalau macam tu. Ok lah ibu nak keluar sekejap." Zainab kemudian mencium pipi anaknya dengan manja.
Dia kemudian bangun dan menuju ke luar rumah. Dia mendapatkan kereta mercedes-benz miliknya, lalu memulakan pemanduannya. Destinasi yang dituju adalah sebuah kondominium di pinggir bandar.
Setelah memandu kereta dalam kira-kira 20 minit, akhirnya dia tiba di destinasi yang dituju. Tanpa berlengah dia terus menuju ke rumah di tingkat tujuh. Setibanya tiba di rumah itu, dia terus mengetuk pintu.
"Kenapa lambat hari ni?" Soal seorang lelaki sebaik pintu rumah itu dibuka.
"Lambat ke? Rasanya macam biasa je." Balas Zainab lalu melangkah kakinya menuju ke dalam rumah itu.
"Kau tahu kan aku dah tak tahan sangat ni?" Ujar lelaki itu sebelum menutup pintu rumah.