"Tahu, tu lah sebabnya kak long nak datang rumah kamu. Angah minta tolong tengok-tengokkan kamu sebab takut nak tinggalkan kamu sorang-sorang." Jelas Zaila.
"Yeke, abang takde cakap pula. Kalau macam tu ok je kalau kak long nak datang." Balas Amira. Panggilan kemudian diputuskan.
"Siapa yang call sayang?" Soal Zaharul yang baru keluar daripada bilik mandi.
"Kak long. Kenapa abang tak bagitahu yangabang minta kak long tengok-tengokkan ayang?" Amira pula menyoal.
"Tak sempat nak bagitahu, kan abang baru balik." Zaharul kemudian berbaring di sebelah isterinya.
"Abang lama ke pergi seminar tu?" Soal Amira lagi.
"Sekejap je, dua hari." Zaharul kemudian mengusap-usap perut memboyot isterinya itu.
"Dua hari tu tetap dianggap lama. Ayang kalau sehari tak tengok muka abang, mesti rasa rindu sangat." Ujar Amira.
"Abang pun memang kalau boleh taknak tinggalkan sayang. Kalau boleh nak berkepit je 24 jam, tapi nak buat macam mana dah kena kerja." Ujar Zaharul sambil melentokkan kepalanya di atas perut isterinya.
"Sayang dah tak mengidam apa-apa lagi sekarang ni?" Soal Zaharul.
"Buat masa sekarang ni takde lagi." Jawab Amira.
"Alhamdulillah. Kalau tak, pening abang nak tunaikan permintaan-permintaan pelik sayang ni." Ujar Zaharul.
"Buat masa sekarang ni memang belum minta apa-apa lagi, tapi mana tahu nanti ayang akan mengidam benda lain pula." Ujar Amira.
"Aduh, ada lagi ke benda yang sayang nak minta?" Zaharul mengeluh.
Amira hanya tertawa melihat reaksi suaminya itu. Apa yang dia minta sebelum ini bukanlah kerana dia mengidam, namun untuk menebus silapnya. Dia sendiri tidak tahu sama ada akan meminta perkara lain selepas ini ataupun tidak.
Ini kerana selepas daripada apa yang berlaku tempoh hari, hatinya kini kembali tenang. Dia tidak lagi terbeban dengan kesalahan yang dilakukan. Diharap dia tidak lagi melakukan kesilapan yang sama.
===================================
"Assalamualaikum!" Kedengaran suara dari arah luar rumah.
"Waalaikumussalam." Balas Amira.
Dia kemudian bergegas menuju ke pintu rumah tanpa mengenakan tudung dan niqab kerana dia tahu yang datang hanyalah kakak ipar bersama anak tunggalnya. Ketika dia membuka pintu, dia merasa sungguh terkejut melihat Muzaffar bersama mereka.
Dia cepat-cepat menutup pintu rumah itu semula, lalu berlari menuju ke dalam bilik tidurnya. Muzaffar yang berada di luar rumah kini hanya terpaku dan tidak mampu bergerak. Ini kerana beliau melihat wajah birasnya buat kali pertama.
Tidak pernah selama ini beliau melihat wajah birasnya itu. Setelah melihat buat kali pertama, beliau terasa seperti terpukau. Kecantikan wanita itu sangat luar biasa dan seperti tidak percaya itu adalah manusia.
"Amboi abang tak berkelip langsung mata abang." Tegur Zaila yang berada di sebelah.
"Yang tadi tu Amira ke?" Muzaffar inginkan kepastian.
"Yelah, ni kan rumah diorang." Balas Zaila.
"Yang tadi tu manusia ke bidadari?" Muzaffar masih lagi tidak percaya.
"Mira tu manusia lah. Yang bidadari tu yang sekarang tengah berdiri sebelah abang ni." Zaila cuba berlawak dengan suaminya.
Namun Muzaffar tidak memberi reaksi memandangkan beliau masih terkedu dengan wajah Amira. Tiba-tiba kedengaran pintu rumah dibuka semula. Kali ini kelihatan Amira sudahpun mengenakan tudung dan niqab di wajahnya.
"Sorry kak long, tadi lupa nak pakai tudung dulu. Jomlah masuk." Jemput Amira.
Zaila dan Elly mula melangkah kaki mereka ke dalam rumah, namun Muzaffar masih lagi kaku di hadapan rumah. Zaila terpaksa berpatah balik dan menarik tangan suaminya itu dan memimpin ke dalam rumah.
Tanpa dipelawa, mereka bertiga kini sudahpun duduk di atas sofa. Baru sahaja Zaila ingin menyandarkan tubuhnya, dia didatangi oleh Amira. Adik iparnya itu menarik tangannya menuju ke dapur.
"Kenapa kak long tak bagitahu yang abang long ikut sekali?" Soal Amira setelah yakin mereka sudah jauh dari Muzaffar.
"Kak long pun tak tahu dia nak ikut. Masa kitorang baru nak masuk dalam kereta, tiba-tiba dia cakap dia nak join sekali." Tipu Zaila sedangkan itu sudahpun dalam perancangannya.
"Kenapa, Mira tak suka ke abang long datang sini?" Soal Zaila pula.
"Bukan tak suka, tapi tadi abang long dah nampak muka dan rambut saya." Jelas Amira.
"Kenapa kalau dia tengok muka Mira? Kita kan satu keluarga." Ujar Zaila.
"Memanglah satu keluarga, tapi dia tetap lelaki. Mira tak suka ada lelaki tengok muka Mira, sebab diorang akan angau dan gila bayang sampai ada yang jadi stalker 24 jam." Jelas Amira.
"Mira nak puji diri sendiri ke tu? Nak cakap yang Mira tu cantik sangat lah ye?" Perli Zaila.
"Bukan macam tu." Amira sendiri tidak tahu bagaimana mahu menerangkan.
"Hehe kak long faham apa yang Mira maksudkan. Kak long yang perempuan ni pun angau bila tengok kecantikan Mira. Rasa nak romen-romen je Mira ni." Jujur Zaila lalu mengusap pipi adik iparnya itu.
Pipi Amira kemerahan kerana malu setelah dipuji oleh Zaila. Dia kemudian memeluk pinggang kakak iparnya itu. Mata kedua-dua mereka bertentang, lalu kenangan aksi mereka tempoh hari berlegar di fikiran.
"Mama dengan auntie buat apa je dekat sini?" Tiba-tiba mereka ditegur dari belakang.
"Ehh kitorang tak buat apa. Elly dah makan malam ke?" Amira cepat-cepat melepaskan pelukan di pinggang Zaila.
"Belum lagi." Balas Elly.
"Kalau macam tu jomlah kita makan sekali. Auntie dah siapkan makan malam. Pergi panggil papa sekali." Arah Amira. Tanpa berlengah elly terus berlari menuju ke ruang tamu bagi memanggil bapanya.
"Kenapa susah-susah masakkan? Baru ingat nak ajak Mira keluar makan dengan kitorang kejap lagi." Ujar Zaila.
"Tak payahlah membazir. Makan dekat rumah sekeluarga kan lagi best." Balas Amira.
"Kalau macam tu yelah. Mira masak apa malam ni?" Soal Zaila lalu berjalan menghampiri periuk yang berada di atas dapur gas.
===============================
Amira masih lagi belum melelapkan mata. Dia tersenyum sendirian kerana merasa sungguh gembira dengan kehadiran keluarga Zaila. Selama ini rumah mereka selalu sunyi, namun tidak pada hari ini.
Teletah Elly membuatkan rumahnya menjadi agak ruah. Ditambah pula dengan Muzaffar yang pandai berlawak dan menghidupkan suasana. Dia sendiri tidak tahu bahawa birasnya itu seorang yang ceria.
Ini kerana selama berkahwin dengan Zaharul, jarang sekali dia bertemu dengan Muzaffar. Selalunya kakak iparnya hanya bertamu di rumahnya bersama Elly sahaja. Muzaffar pula jarang sertai mereka.
Ini kerana lelaki itu yang bekerja sebagai inspektor polis sangat sibuk dengan tugasannya. Jadi dia sendiri tidak berapa arif mengenai perangai lelaki itu. Suaminya juga jarang bercerita mengenai lelaki itu.
Sedang dia termenung sendirian, tiba-tiba kedengaran pintu biliknya diketuk. Apabila pintu dibuka, dia terkejut melihat Zaila tidak mengenakan secebis pakaian pun di tubuhnya.3581Please respect copyright.PENANAnkgIh0pMHg