"Yang tu nanti kita fikir lah macam mana, apa yang abang nak sekarang ni Mira tunaikan dulu janji Mira." Muzaffar semakin tidak sabar.
"Eyy abang long ni gatal lah. Apa yang abang long nak sangat tengok muka Mira ni? Muka Mira biasa-biasa jelah." Amira tidak mengerti.
"Selagi abang tak dapat tengok muka Mira, selagi tu hidup abang tak boleh nak tenteram." Jelas Muzaffar.
"Eyy yelah-yelah." Amira akhirnya mengalah dengan permintaan lelaki itu.
Dia kemudian menanggalkan niqabnya, lalu mendedahkan wajahnya kepada lelaki itu. Ketika itu jugalah Muzaffar seperti terkena renjatan elektrik. Beliau tergamam dan tubuhnya keras seperti batu.
Ini kerana kecantikan wajah Amira telah membuatkan dirinya seperti menerawang ke langit. Tidak beliau menyangka ada wanita secantik bidadari memang wujud di muka bumi ini. Malah wanita itu kini berada di hadapan matanya.
"Izinkan abang pegang pipi Mira boleh tak?" Pinta Muzaffar setelah fikirannya kembali mendarat ke bumi.
"Abang cuma cakap nak tengok je kan, mana boleh sentuh." Amira menolak permintaan lelaki itu.
"Pegang sikit je. Boleh lah ye." Muzaffar masih mengharap.
"Yelah-yelah." Akhirnya Amira mengalah.
Tanpa berlengah, Muzaffar terus memegang pipi Amira. Terasa sungguh lembut di tangannya tatkala kulit wanita itu bersentuhan di telapak tangannya. Kelembutan itu sukar diterjemah dengan kata-kata.
"Kan best kalau dapat cium pipi Mira ni." Muzaffar mencuba nasib.
"Tengok tu, nak minta lebih-lebih pula!" Amira mencebikkan wajahnya.
"Abang gurau jelah. Tapi boleh tak kalau abang nak tengok Mira senyum?" Pinta Muzaffar lagi.
Amira menuruti permintaan itu lalu menghadiahkan satu senyuman kepada lelaki itu. Ketika itu jugalah Muzaffar terasa seperti dirinya berada di syurga. Terlalu indah senyuman itu mengatasi segalanya.
"Dah lah abang, pergi balik dekat kak long. Nanti dia pikir apa pula kalau kita berdua-duaan lama sangat dekat dapur ni." Amira menolak lelaki itu supaya beredar dari situ.
Dia kemudian menutup semula mukanya dengan niqab tersebut. Dia sangat tahu perasaan Muzaffar setelah melihat senyumannya. Ini kerana setiap lelaki yang pernah melihat wajahnya sudah pasti menjadi tidak keruan.
Itulah sebabnya kenapa dia memilih untuk kekal berniqab sahaja sehingga kini. Biarlah senyuman itu disorokkan di sebalik niqabnya. Biar ia kekal misteri daripada pandangan mata sesiapa sahaja. . .
3985Please respect copyright.PENANAXqoaNom6By
T A M A T
ns 15.158.61.20da2