BAB 10
Setelah dua kali pusingan wajah Noorkumalasari Freddy Krueger, Ed Osmera dan kulit kaset Iron Maiden muncul silih berganti di fikiran, aku kian mendekati sebuah jambatan kayu menyeberang satu anak sungai, yang dahulunya semasa aku di sekolah rendah, digelar perpustakaan. Jambatan tu la kawasan yang paling seram dan dikatakan berpuaka bila malam hari, dan hal tu telah sepakat dipersetujui hampir semua kawan-kawanku.324Please respect copyright.PENANAEMnN6JR9aC
Aku melangkah seperti seorang Rambo yang merendah diri dan tidak mempunyai dendam kepada sesiapa. Namun ternyata aku kurang bernasib baik walaupun telah berusaha melakukan sesuatu yang seharusnya mendapat balasan baik.
Ada satu kelibat lembaga sedang berdiri di atas jambatan berambut panjang menggerbang. Tubuhnya kering. Tidak semena-mena bau agak harum juga muncul. Dada aku terus berdebar kencang.
Tapi bila terpandang helmet di tangan lembaga yang berdiri dengan kaki bengkok cukup rileks, dan bila otak aku cekap memproses bahawa bau harum tu bau Gam Cap Senapang, aku menjadi biasa.
" Aduhhh buat apa sini, Bakhtiar?"
Bakhtiar tersengih memandang aku, 'tak ada apa. Saja tengok ikan."
Malam tu aku berjalan dengan Bakhtiar seperti dua sekawan yang susah senang tetap bersama. Sebelum berpisah Bakhtiar sempat meminta aku seringgit. Aku memberinya dua ringgit.
BAB 11
Dari jauh bantuan lampu kuning jalan, kelihatan bendera Soviet Union berkibar megah pada sebatang buluh di halaman sebuah rumah sebahai lambang sambutan kemerdekaan bulan lepas dan lambang rumahku syurgaku. Sambil melangkah aku memandangnya dengan satu perasaan yang nyaman. Dalam dunia ni sebenarnya tidak ada perkara yang lebih menggembirakan selain balik rumah, tidak kira bagaimana cantik atau buruk rumah tu. Dan setiap orang pasti memiliki rumahnya yang tersendiri walaupun rumah tu bukanlah senuah rumah, bukan atas namanya atau rumah tu disewa teman wanita tersayang.
Balik rumah adalah satu kebahagiaan. Orang yang tidak bahagia bila balik rumah adalah orang yang masih belum bertemu rumahnya sebenar. Dan tu juga yang selalu aku fikir ketika di bangku sekolah walaupun selalunya aku tidak terus balik rumah. Pendapat aku ketika tu diterima baik oleh Akhbar yang memiliki satu lagi pandangan menarik ; sekolah adalah neraka. Aku menghormati pandangannya yang semasa tu baru keluar dari tong sampah setelah dihumban budak-budak yang gemar berkumpulan. Namun sehingga kini aku tidak mendapat apa-apa berita daripada Akhbar setelah dia menamatkan sekolah rendah dengan keputusan 4E.
Aku semakin tidak sabar mahu tiba dirumah. Dalam kepala aku hanya berfikir mahu cabut kasut but bermuncung besi di kaki, menaggal jeans yang berat dengan kotoran minyak serta debu dan baju t yang berbau disel bercampuran hangit minyak. Aku ingin mendapatkan satu mandian yang menyegarkan seterusnya aku mahu menyempurnakan misi untuk menjadi seorang pengarang.
Aku terus melangkah. Bandana di kepala aku buka dan ikat di leher. Aku kini seperti Clint Eastwood yang letih, lenguh kaki dan runsing yang hanya berfikir mahu mencabut but kulit, mandi buih dan bercukur.
BAB 12
Aku disambut dengan bunyi blender dari dapur, bunyi TV dan pintu yang terbuka luas. Tiada siapa di ruang depan selain set kerusi rotan yang sedia berkhidmat. Aku duduk dimuka pintu dan mula menanggalkan but. Oh hanya pemakai but sahaja yang tahu bertapa lega dan sedapnya kaki bila but ditanggalkan selepas memakainya hampir 12jam.324Please respect copyright.PENANAg81dDnubru
Aku masuk menjeguk ke dapur. Kelihatan di situ abang aku, seorang yang dihormati Bakhtiar dan semua kawanku, sedang sibuk mengurus supplement untuk kerja beratnya. Satu bekas aiskrim besar penuh daun kering yang telah menjadi serbuk. Cara dia melakukan cukup tekun dan teliti seperti seorang ahli sains yang bila masa akan dibawa ke balai.324Please respect copyright.PENANAMvlPSAGWT1
" Amboi kuat la lepasni." Aku menegur dengan gaya Mat Nor. Gaya yang masih berbekas dihatiku.
Abang aku menoleh sejenak dengan dahi berkerut dan menyambung kerjanya semula.
Aku tersengih dan kembali ke depan TV. Di situ aku berdiri bercekak pinggang melihat gajah berjuang menghadapi buaya selama beberapa minit sebelum melangkah masuk ke dalam bilik. Menikmati kekejaman bukanlah perkara yang aku gemari.
Tiada apa yang menarik untuk aku buat di dalam bilik. Aku duduk di atas kerusi dan merenung susunan kaset di atas meja. Agak sukar untuk aku membuat pilihan kaset yang sesuai sebelum aku ke bilik mandi. Jadi aku menyenarai pendek kepada tiga kaset.324Please respect copyright.PENANAaYkF5bgelC
Kaset pertama adalah Minor Threat. Kaset yang cukup bertenaga yang aku beli semasa dalam tingkatan 2. Jalurnya masih rock tapi lebih jauh ke dalam dan hardcore. Muzik dan liriknya serba ekspresif meningkatkan keupayaan dan keyakinan pendengar.
Kaset kedua adalah Foo Fighters. Sejenis kumpulan pemuzik rock moden yang mengangkat estetik dan faundamental rock ke tahap tinggi. Membolehkan lagu-lagu mereka diterima baik oleh semua golongan termasuk orang pencen di barat.
Kaset ketiga adalah....................Aku memilih kaset yang ketiga. Aku membuka kotaknya dan masukkan ke dalam radio kompo. Tidak lama setelah aku menekan butang play, intro dram yang mantap kedengaran.
'This romeo is bleeding..But you can't see his blood....'
Aku tersenyum syahdu dan mancapai tuala di jaring tingkap.
ns 15.158.61.23da2