BAB 7
Impian aku untuk memakan rojak ayam telah pun tercapai. Aku berpuas hati dan memandang tulang-tulang ayam di dalam pinggan plastik merah yang telah kualih jauh sedikit, dengan satu senyuman malas. Benarlah kata pepatah barat, 'if you can dream it, you can do it.'
" Amboi habis licin rojak ayam."
Aku menoleh kebelakang. Mat Nor tersengih di tempat membasuh pinggan melihat aku. Aku cuma mengangkat kening sahaja kepada Mat Nor, seorang belia peramah yang berwajah mahasiswa. Juga satu contoh belia yang tekun. Setiap hari berjalan jauh berbatu-batu untuk membasuh pinggan dan kemudian berjalan kaki untuk balik ke rumah berehat, kerana esok ada lagi pinggan untuk dibasuh. Tuhan tu maha adil, Maha adil tu kepada sesiapa pun hamba-Nya termasuk Mat Nor. Untuk Mat Nor, Tuhan bayar cash dengan mengurniakan tubuh badan yang mantap.
Aku menyeluk kocek seluar dan mengeluarkan rokok. Aku bukak kotak rokok dan melihat ke dalamnya. Ada dua batang, aku ambil sebatang lalu menyalakannya.
Dalam asap yang berkepul-kepul, aku teringat iklan suratkhabar yang aku simpan dalam kocek belakang. Aku berhasrat mahu mengeluarkannya dan membaca semula, tetapi tidak jadi bila memikirkan Mat Nor ada di belakangku. Kalau aku keluarkan, aku boleh bayangkan suara Mat Nor;
" Amboi cari kerja kosong ke?"
BAB 8
Aku termenung jauh memikirkan iklan tu. Aku cuba mengigati semula baris-baris ayat iklan tu di dalam kepala. Ringkas dan padat, tapi berupaya membuat aku mengelamunjauh sehingga aku tidak peduli bila melihat Azmin Putri menyuap nasi ayam ke dalam mulut makwenya, diikuti satu renungan dengan mata yang begitu redup terhadap makwenya, seperti renungan Awei terhadap Erra dalam satu tayangan gamba. Makwenya pula menjadi tersipu-sipu dan sesak bila merasakan Azmin Putri memberi renungan sedemikian.411Please respect copyright.PENANAb6Qwu8dnpt
" Bolehkah aku menjadi seorang pengarang?" Aku bertanya kepada diriku. di dalam hati yang cukup dalam dan penuh harapan.
" Boleh...."
Suara Mat Nor kedengaran dibelakang aku.
" Tidak ada hal la, makcik. Meh periuk tu meh." Sambung Mat Nor berkata kepada makcik Umi, mak kepada Din Aircond, kawanku ketika di sekolah menengah yang separuh masa persekolahannya digunakan untuk bertempur. Kebetulan dia pernah memandatkan Azmin Putri ke dalam longkang sekolah tepi padang. Sekarang Din Aircond cerah masa depannya di Pusat Latihan Polis.
Semasa tu, walaupun aku tidak menoleh ke belakang, ke arah Mat Nor, aku boleh bayangkan aku belasah Mat Nor dan melemaskan kepalanya dalam besen basuh pinggan.
BAB 9
Malam semakin malam. Jalan ke rumah masih jauh. Aku berdiri memandang kedai cermin Ah peng di sebelah mini market. Kedai tu sudah gelap dan tertutup rapat, langsung membuat aku hampa. Aku buka bandana di lutut, lalu mengikatnya di kepala dengan gaya berbeza, tidak seperti di bengkel Ah Seng. Kali ni aku memilih gaya Rambo.411Please respect copyright.PENANA0AehGDo1gt
Aku melangkah menyusuri deretan pintu kedai. Sampai di kedai yang terhujung aku belok ke kanan dan terus melangkah melintas rumah-rumah teres lama di sebelah kananku, manakala kubur di sebelah kiriku. Aku hanya memandang ke kanan.
Aku cuba-cuba menjenguk ke dalam pagar rumah-rumah teres yang masih terang juga riuh dengan bunyi kanak-kanak, warta berita dan kuali. Nothing spectacular. Tiada anak gadis tersenyum berkemban basah menyidai baju, tiada ibu tunggal menyapu losyen pelembab selepas mandi di sebalik langsir terselak. Yang ada cuma salakan anjing penjaga rumah yang tidak berpuas hati melihat seorang Rambo. Mungkin nasib aku bukan di bidang tu.
Aku mula memasuki jalan yang tidak bertar. Di depanku duduk sebuah kebun getah yang gelap-gelita dan kelihatan seperti agak gembira menyaksikan kedatangan aku.
" Babi, Padeli." Bisik aku dalam hati.
Padeli kawan aku yang berkerja di kedai cermin Ah Peng dan tinggal berhampiran rumahku. Sepatutnya aku pulang bersama dia membonceng RXZ lima kelajuannya. Tapi harini di ke Kuala Lanar memasang cermin tingkap sekolah yang baru dibina.
" Aku out station harini. Pasang cermin naco kat Kuala Lanar. Kau pandai-pandai balik sendiri layan kebun getah. " Jerit Padeli atas motor pagi tadi.
Cara dia menyebut 'naco' yang ditekankan sedikit tu seolah-olah sudah mengetahui perkataan tu bertahun lamanya. Tapi aku percaya Padeli baru mengetahui semalam. Dan ejaannya pun dia belum tahu.
ns 15.158.61.48da2