BAB 4
Aku menuruni bas sambil melambai tangan kepada Panther dan Brader Cincin. Panther membalas dengan satu hon nipis yang dengar tidak dengar, yang aku fikir hanya mampu dilakukan pemandu bas yang benar-benar bersatu dengan bas. Brader Cincin pula membalas dengan gaya yang istimewa menunjukan dia berada di kelas yang tersendiri. Dia memberi satu kenyitan mata dengan mulut yang sedikit terbuka diakhiri satu senyuman lentok, sejenis senyuman ala mengantuk yang hanya boleh dilakukan ahli rock yang sejati.
Aku tersenyum sendirian. Tiada desiran,tiada sang bayu, tiada remang-remang petang, mahupun lamunan tersentak sepanjang perjalanan aku seperti yang sering tertulis di dalam novel-novel melayu. Aku fikir mereka sengaja mencipta kata-kata begitu untuk melemahkan jiwa rock yang ada dalam diri setiap insan dimuka bumi ni. Jauh disudut hati aku bejanji kepada diriku bahawa tangan ni akan menghapuskan penindasan dan pembodohan tu.
Aku berjalan menuju warung rojak Pak Abu Bajak, salah seorang pembuat rojak berpenyakit parkinson yang sedikit-sebanyak menonjol jiwa rocknya, kerana dia membuka warung rojaknya ikut suka hati dia jam berapa dia mahu. Aku suka semangatnya, dan aku suka rojak ayamnya.
Aku terus melangkah pantas. Sepantas hering menyambar bison di Taman Negara Yellowstone.
BAB 5
Biasa?"
Tanya Abu Bajak bila melihat aku. Tangannya terketar-ketar memegang sudip mahu beraksi menggoreng mi goreng bangsanya. Keadaannya mengingatkan aku kepada Muhammad Ali yang memegang obor di Olimpik Atlan. Ya mereka berdua melakukan dengan cermelang.
Aku mengangguk mesra. Abu Bajak terus menyampaikan hasrat aku kepada isterinya dalam bahasa yang tidak aku fahami. Kemudia dia mula menggoreng. Mantap.
Aku duduk di meja yang agak hujung tetapi mempunyai pemandangan sederet bangunan kedai tua. Dalam kepalaku bermain lagu berjudul Mat Rock dendangan Search. Aku mula mengetuk meja dengan gabungan jari terlunjuk dan hantu mengikut rentak lagu tu.
'Mat rock! Mat mat rock! Tene nene nene neneee...'
Abu Bajak menggoreng sambil tersenyum seolah-olah telah menjadi line-up aku. Aku balas senyumannya sambil mengangguk seperti seorang pemuzik profesional. Aku henjut rolling dram satu kali.
'Mat rock! Mat mat rock! Tene nene nene neneee...'
Agak lama kami berganding hingga aku tersedar rojak ayam aku agak lambat sampai. Aku cuba bersabar dan menganggapnya sebagai satu cabaran rock. Jadi aku menukar sedikit liriknya.
'Ro jak! oh ro jak! Tena nene nene neneee....'
Abu Bajak masih menggoreng di bahagiannya. Penuh tanggungjawab. Penuh perasaan.
BAB 6
Dalam aku masih menunggu rojak ayam sampai, aku ternampak Wan Spek Hitam keluar dari kedai snuker. Di depan pintu kedai snuker Wan Spek Hitam berdiri hebat mengira not seringgit dengan cara klasik dan reliable. Satu tangan memegang sekekup duit, dan satu tangan lagi menarik duit satu-persatu sambil sesekali jari yang menarik duit tu dicolek ke lidah. Hanya satu round, Wan Spek Hitam telah mendapat tahu keuntungannya sebanyak mana.
Wan Spek Hitam really a nice guy. Di mana-mana dia seorang yang kemas. Baju kemejanya bergosok dan tidak pernah tidak masuk ke dalam seluar. Seluar jeans-nya bersih, biru pekat dan bertali pinggang besar. Kakinya sentiasa bersarung kasut kulit hitam. Dan mustahak dia pasti memakai kaca mata hitam berbingkai agak petak tidak mengira masa atau tempat.
Aku pernah bertanya kepadanya kenapa dia sering memakai kaca mata hitam?
" Aku menjaga mata." Jawab Wan Spek Hitam tenang, separuh badan meniarap di atas meja snuker. Bola yang dibidiknya masuk ke dalam lubang tanpa ragu-ragu. Kemudian dia berdiri, mengambil kapur, lalu menggosok-gosok hujung cue sambungnya.
Wan Spek Hitam berjalan menghala ke kirinya menuju sebuah mini market yang memakan tiga pintu kedai. Dia masuk ke dalam mini market dan pergi ke satu bahagian. Di situ dia mengambil susu formula bayi yang terbaik dan terus membawanya ke kaunter.
Saat tu aku melihat Wan Spek Hitam sebagai Seorang yang perjuangan. Dan dengan lafaz bismillah aku menggelarkan Wan Spek Hitam sebagai 'snukeris demokrat.'
Dan dengan lafaz bismillah juga aku memakan rojak ayam yang baru tiba.
ns 15.158.61.48da2