BAB 1
Ia bermula satu petang di bengkel Ah Seng, seorang lelaki dalam usia 50-an yang bermata sepet, botak dan menganut Buddha. Semua yang datang ke bengkel tu memanggilnya Botak. Tapi aku tidak. kerana Ah Seng boss aku. Setiap bulan dia membayar aku sebanyak 700 ringgit.
Ketika tu aku baru menukar drive shaft Proton Saga milik Haji Wahab, seorang Tok Empat yang melantik dirinya sebagai Tok Empat di Mukim Tempoyang. Dan dalam kalangan Tok Empat seluruh daerah Lipis, Haji Wahab melantik dirinya sebagai ketua Tok Empat-Tok Empat. Kata orang, Haji Wahab tu gila bersurat dan ada ubatnya yang wajib dimakan mengikut jadual.
" Drive shaft lama tu aku bawak balik. Kau jangan harap nak dapat barang aku."
" Boleh, Haji. takda hal punya."
Haji Wahab memberi aku suratkhabar dari dalam bonetnya bungkus drive shaft yang sudah jahanam.
" getah ni sekali ke Haji? " Aku bertanya sambil menunjuk boot drive shaft yang sudah koyak dengan gris tugas berat bercampur pasir merata-rata.
" Hah bungkus sekali. Tu boleh guna buat nyala api bakar ayam."
Aku ambil beberapa helaian suratkhabar dan kumpulkan segala barang yang diganti dari kereta Haji Wahab. Dua batang drive shaft dengan CV joint bahagian dalam yang masih melekat, dua biji CV joint yang sudah lingkup, satu boot getah rabak, dua keping pengikat aluminium putus bersepai, pin kunci bengkok dan setempek gris lama yang berbau tengik. Kemudian aku bungkus semua seperti membungkus lemang dan campak ke dalam bonet keretanya. Haji Wahab tersenyum riang seperti mendapat kemenangan.
" Okee aku nak balik. Masjid dah tunggu aku. Kalau kereta aku tak sedap, kau tunggu."
Haji wahab terus masuk ke dalam keretanya. Sebaik duduk perutnya terlekat pada stereng dan dia cepat-cepat menarik pelaras tempat duduk dan menghenjut tempat duduknya ke belakang . Bila sudah lega posisinya, dia memulas kunci menyebabkan gigi motor penghidup berlaga dengan roda kuasa lalu terhasil bunyi yang entah apa-apa.
aku menggeleng kepala dan berharap Haji Wahab masuk syurga.
Pinnnnnnnn!!!!!
Haji Wahab menekan hon panjang. Aku terkejut. Satu terkejut disebakan bunyi hon dan yang kedua terkejut mengapa Haji Wahab begitu bangang. Dari luar kereta aku dapat lihat Haji Wahab mengomel sendirian.
" Nasib baik hon aku elok. Kalau tak bunyi tadi sah budak ni tak pandai bela."
Lagi sekali aku menggeleng kepala dan berharap Haji Wahab masuk syurga.
Krukk!
Haji Wahab masuk gear undur.
Sejak Haji Wahab keluar dari bengkel, fikiran aku menjadi tenang. Jam sudah hampir pukul 6. Aku sudah malas mahu melakukan pekerjaan lain. Hari sudah lewat untuk aku memasang semula kotak gear Proton Wira yang baru ditukar klac milik satu brader askar yang suka menggunakan perkatan 'sempoi' dalam setiap ayat percakapannya. Kalau aku memasangnya juga maka akan pulang lewat dan bengkel Ah Seng ni tidak mengamalkan sistem bayar overtime.
Jadi aku memutuskan untuk berehat di atas bonet subuah Triple S yang sudah lama tersadai di sebelah tempatnya aku menukar drive shaft Haji Wahab. Empat tayar kempis. Barang-barang luar dan dalamnya entah kemana. Kereta tu telah berada disitu sebelum aku bekerja dengan Ah Seng. Mungkin juga telah berada disitu semasa Ah Seng masih berambut. Pernah sekumpulan budak muda datang berjumpa ah Seng untuk membeli kereta tu, tap Ah Seng enggan menjualnya.
Di sebelahku ada lebihan kertas suratkhabar Haji Wahab. Aku mencapainya dan mencari hujung pangkal untuk aku mula membaca. Dan membunuh sedikit masa yang ada sebelum sampaikan waktu untuk pulang.
Pinn Pinn Pinn!
Sekali lagi haji Wahab masuk ke perkarangan bengkel dengan hon bertalu-talu. Aku turun dari bonet Triple S sambil sempat mengerling jam di dinding ofis Ah Seng. Keadaan ni ternyata satu keadaan yang paling dibenci mana-mana pomen. Apakah yang tidak kena dengan kereta Haji Wahab?. Aku yakin Aku sudah menyiapkannya cukup sempurna.
" woi budak " Laung Haji Wahab dari tingkap kereta dengan siku terkeluar. " Sedap kereta aku sekarang. Sedap! kau memang power. Aku doakan kau menjadi orang berjaya dalam 1000 tahun lagi. Sedap kereta aku. Sedap! Aku rasa macam nak pergi Kolumpooo!
krukk!
Lagi sekali Haji Wahab masuk gear undur. Kemudian dia masuk gear 1 dan memecut keluar dari perkarangan bengkel dengan kepala teleng memandang lurus ke depan dan hujung lidah terjelir keluar di tepi mulut. Proton Saga Haji Wahab segera hilang meninggalkan debu-debu berterbangan liar.
Aku menggeleng kepala dan kali ni aku betul-betul berdoa dalam bahasa melayu agar haji Wahab masuk syurga.
BAB 2
Aku akui bahawa aku gemar membaca suratkhabar. Sehingga usia aku 23 tahun harini, aku telah membaca tidak terkira banyaknya suratkhabar. Kalau semua suratkhabar tu disusun ke dalam rak, aku tidak akan membeli rak di IKEA.
Aku menyelak satu-persatu helaian suratkhabar dengan gaya pembaca suratkhabar yang paling unggul iaitu duduk sambil menyilang kaki. Suratkhabar tu suratkhabar bulan lepas namun tulisannya masih ada jiwa suratkhabar. Aku membacanya penuh khusyuk hingga terlupa untuk berfikiran bebas dalam sesetengah topik yang disiarkan.
Paling seronok adalah ruangan iklan. Banyak peluang pekerjaan yang bagus dan gaji yang ditawarkan juga lebih baik daripada apa yang aku terima daripada Ah Seng. Aku cuba membayangkan diri aku sebagai seorang eksekutif jualan yang bergaji 2500 ringgit. Tentu aku menjadi seorang yang ceria. Tapi bila aku berfikir panjang, dengan gaji aku sekarang pun mampu pergi ke Kuala Lumpur bersama kawan-kawan sekampung untuk menyaksikan persembahan terakhir Search di Backhroom sebelum mereka lenyap. Aku juga mampu membeli seluar Lee Cooper. Apa lagi yang aku mahu?
Aku menyambung kembali pembacaan.
Ketika tumpuan aku masih belum betul-betul kembali kepada roh suratkhabar, aku terpandang satu iklan kecil bertajuk: Pengarang/Wartwan diperlukan. Yang membuat dada aku berdebar. Seolah-olah jawatan tu ada chemistry denganku. Aku membaca iklan tu selanjutnya.
Jika berminat sila hantar resume lengkap berserta contoh karangan, esei atau laporan anda ke alamat berikut: M Kassim, No.333 Wisma Central, jalan Ampang 50088 Kuala Lumpur.
Bila Jam di dinding sudah melepasi angka 6, aku terdengar muzik rock, yang semestinya bukan Wingsi. ia memberi satu tenaga. Tanpa aku peduli sama ada tu kerja iblis atau malaikat, aku cargas menurun dari bonet kereta. Helaian suratkhabar yang terdapat iklan tadi aku ambil, lipat lima dan isi dalam kocek belakang seluar Lee Cooper. Aku tunjuk FUCK pada Ricky, rakan sekrja aku dari Estet Budu yang sudah selesai mencuci diri dan tertonggeng menyikat rambut dan sikat sarung mrngadap cerimin sisi Tripl S. Kemudian aku melangkah ke tempat cuci dengan satu impian, satuarah, satu tujuan iaitu makan rojak ayam.
Aku mulakan dengan mangairkan tangan. Kemudian aku seluk sabun serbuk bercampur serbuk kayu dari dalam baldi Castrol dan aku gosok ke seluruh jari jemari hingga membawa ke pangkal lengan. Bila aku sudah yakin benar kesan minyak melemah, aku bilas dengan air secukupnya.
Bandanan merah putih di kepala aku bukak dan aku basuh muka beberapa kali hingga aku rasa seperti seorang lelaki yang perlukan cinta. Aku merapikan rambut dengan jari dan bandana tadi aku ikat di lutut.
' Taukeeee, saya balik duluuuu!"
Aku melaung pada Ah Seng yang sedang bercakap dengan telefon di dalam ofis. Aku fikir mungkin dia bercakap dengan Bulu Hidung, tauke kedai alat ganti di bandar. Ah Seng hanya membalas ibu jari kepada aku tanda restu.
Aku terus melangkah perlahan-lahan hingga sampai ke jalan besar. Di seberang jalan besar tu aku duduk di atas satu batu iaitu longkang terbalik dengan muzik rock masih kedengaran dari langit.
Lama aku duduk di situ menunggu bas LIng Siong. Selepas 15 minit bas masih tidak kunjung tiba. Aku juga mula menyedari muzik rock dari langit sudah hilang. Kini aku seperti bangang duduk menunggu bas.
Tidak banyak wujud pepatah atau mutiara kata mengenai bas. Boleh jadi orang yang hidup pada zaman lepas tidak berkesempatan melihat bas. Oarang yang hidup pada harini pula tidak berkesempatan mencipta pepatah kerana terlalu sibuk makn gaji dan menguatkan agam.
Begitu pun aku pernah mendengar satu pepatah Belanda yang menyatakan,' sebuah bas tu pasti hadir jika kau menyalakan rokok.'
Aku menyeluk kocek seluar dan mengeluarkan kotak rokok yang sudah kemik dan comot dengan kesan minyak hitam. Kotak tu aku buka dan kira jumlah batang rokok yang ada. Tinggal 3 batang. Aku ambil sebatang dan letak di mulut. Kemudian aku seluk kocek belakang seluar belah kiri mengambil pemetik api lalu aku nyalakan rokok.
Tidak sampai 3 pam aku menghisap rokok, sebuah bas merah putih susu muncul dari balik selekoh. Aku bangun dari longkang terbalik dan berdiri merapat ke bahu jalan. Panther, drebar bus sudah tersengih di sebalik cermin bas yang besar dan luas.
" Aduhhh Apahal lambat?"
Panther tarik gear normal dan lepas klac di kaki kirinya. Bangle timah sebesar rantai basikal di pergelangan tangannya kelihatan mau terlucut, tapi tidak.
" Ada budak terberak dalam bas. Aku berhenti dulu di Benta kasi cuci kah kah kah!"
Aku tersengih, dan membayangkan juga betapa pahitnya pengalaman budak tu. Bagaimanakah dia akan menempuh hari-hari yang mendatang.
Panther seperti biasa. Tiada apa yang boleh membuat dia marah kecuali jika ada sesiapa yang mempertikaikan kekuatan motosikalnya.
BAB 3
Bau bas masih seperti bau bas . Tidak ada bezanya dengan bau bas semalam atau bas yang aku mula-mula naiki ketika bersekolah dalam darjah 2. Aku memadang Panther dari belakang. Dia memang betul-betul buat kerja. Kadang-kadang Panther mengigatkan aku kepada Paul Edgecomb dalam The Green Mile, seorang warden penjara yang betul-betul buat kerja.
Kebetulan Panther juga pernah menghidap batu karang . Aku masih ingat wajah Panther ketika meluahkan perasaannya kepada aku satu ketika dahulu.
" Drebar apa-apa pun macam gini la. Ancaman nombor 1 mesti batu karang. Dah banyak drebar yang aku kenal kena. Aku ingat aku terlepas, rupanya dapat juga, he he he."
Aku tidak pandai memberi reaksi lain selain berkata, " rileks, Panther, rileks."
" Kau jaga, Said. Banyak minum air masak. Kencing jangan tahan." Sambung Panther kepadaku.
Aku dengar Panther ke Melaka selepas tu untuk mengubat batu karang. Lusanya dia sudah boleh memandu bas sambil menyanyi lagu Amuk sepenuh jiwa.
" Betul ke Din Search nak masuk Wings?"
Panther tiba-tiba bertanya dengan suara agak menjerit kepadaku dalam keadaan tubuhnya terhuyung-hayang mengawal stereng bas. Kadang-kadang boleh dengar bangle timahnya berlaga-laga dengan stereng.
Soalan Panther agak berat bagi aku. Ya agak berat kerana di dalam bas nyata masih ramai penumpang. Ada satu brader penuh cincin, berambut panjang separa putih melepasi bahu dan berkasut sport potongan tinggi seperti menjeling aku dan menanti jawapan yang akan keluar dari mulutku. Boleh jadi dia berasa soalan tu sepatutnya diajukan kepadanya, bukan kepada aku. Saat tu aku akan ...
" Entah la. Aku pun tak tahu."
Aku cuba jawab selamat. Dalam hati aku menjawab, " gila apa Din Search nak masuk Wings? dia tahap main dengan Ozzy kot."
Panther memang betul-betul menduga aku. Aku terasa mahu menekan lonceng dan turun dari bas. Atau menangis.
Tuhan rock datang tepat pada masanya memberi aku apa yang dikatakan ilham. Aku dapat rasakan sesudah Tuhan rock memberi aku ilham, dia mengenyit mata kepadaku dari luar tingkap bas dan terus terbang menuju langit Zabarjad, sejenis langit yang sukar ditembusi mana-mana orang bersayap kerana langit tu sendiri adalah permata dan nilam.
Aku mengenyit mata kepada Brader Cincin, " macam mana, bang? betul ke Din Search nak masuk Wings?"
Brader Cincin tersenyum. Senyumannya begitu redup dan menenangkan. Terpancar sejalur cahaya imam rock yang kuat dari matanya.
" Abang pun tak tahu sangat betul ke tidak.." katanya dalam suara yang parau. Dia sempat menyelak rambutnya ke belakang sebelum menyambung kata-katanya lagi.650Please respect copyright.PENANAAfXbQY83dM
Panther di depan memasang telinga menggunakan cermin pandang belakang.
" Tapi bagi abang..Din Search kualiti dia begini," Brader Cincin menaikan tangannya melepasi paras kepala." Wings pula kualiti dia begini," nampak?" Tanya Brader Cincin mengangkat kening beberapa kali.
Aku lekas mengangguk.
" Jadi takpayah la Din Search masuk Wings. Lebih baik dia buat album solo. Lepastu panggil Yantze ke nyanyi, Zinal, Rahim, Nasir, Ella, Iwan Fals ke, Ari Lasso ke..silap-silap Ozzy pun boleh ajak ha ha ha! Tak gitu, bero?"
Aku mengangguk sambil ikut ketawa. Secepat kilat juga aku bagi satu ibu jari bergegar kepada Brader Cincin. Brader Cincin membalas dengan ibu jarinya. Kemudian kami sama-sama bercalit ibu jari.
Ketika ibu jari kami bersentuhan, aku dapat merasakan bahawa Brader Cicin adalah malaikat penjaga rock.
ns 15.158.61.20da2