Dari jauh aku menguntum senyum. Satu minggu lebih aku tak berjumpa dia. Rindu yang mencengkam bakal menghilang. Aku melihat seorang anak kecil diagah oleh lelaki yang semakin putih rambutnya.
"Assalamualaikum," ujarku. Salamku dijawab lantang. Aku menyalami ayahku, lalu bergerak di tempat pembaringan Qayyyum.
"Anak mama, sayang," ujarku lembut. Rindunya! Wajah Qayyum yang putih, mata sepet ala cina, bibirnya yang terbelah. Cukup untuk aku rindukannya saban hari.
"Adik, bila sampai?" soal ibu.1572Please respect copyright.PENANAOyTflo6LTZ
"Baru je bu," jawabku.1572Please respect copyright.PENANAcbif7yXp9E
"Ibu ada masak ayam masak kari dengan sayur kangkung belacan. Nanti makan," pesan ibu. Aku mengangguk faham.1572Please respect copyright.PENANAmqbe3CBeLv
Aku memeluk, mencium Qayyum sepuas hati. Entah, hatiku merasa lain kali ini. Seperti taknak tingal anakku.
Sehari suntuk aku memangku Qayyum, makan juga aku mengendong anakku. Telefon bimbitku juga dipenuhi dengan telatah dan senyuman Qayyum.
"Adik tidur sini ke?" soal ayah.1572Please respect copyright.PENANAB73xDpvmHY
"Haah," jawabku sepatah.1572Please respect copyright.PENANAHimAS2TmqI
"Esok tak kerja ke nak tidur sini?" soal ayah lagi.1572Please respect copyright.PENANAp4OnacIT9g
"Kerja. Tak tahu la, tiba-tiba rasa nak tidur sini. Nak tidur dengan Qayyum," ujarku. Ayahku mengangguk lalu keluar ke beranda untuk menghisap rokok.
Seawal jam 9 aku dan Qayyum sudah tidur. Aku memeluk Qayyum seeratnya, seperti tiada hari esok.
"Kenapa lambat?" soal Mog.1572Please respect copyright.PENANAsmDY1onP9D
"Sorry, I dari rumah ayah I," balasku.
Benar, aku terlambat satu jam bukan kerana aku lambat bangun. Aku menguruskan Qayyum mandi, memberi susu dan bermain sebentar dengannya.
"You tak pernah macam ni tau," ujar Mog.1572Please respect copyright.PENANAzZOlxLNha1
"Yes, I mintak maaf. I rindu sangat dekat anak I," jawabku perlahan.1572Please respect copyright.PENANARtt8eXIQXA
"Anak you dah berapa bulan?" soal Mog.1572Please respect copyright.PENANAWSHaMiZeXa
"Lima bulan," aku tersenyum menjawab.1572Please respect copyright.PENANAgS8ZCUFirJ
"Duit setiap bulan kita orang bagi cukup ke?" soal Mog. Aku mengangguk.
RM1500 setiap bulan aku dapat, semestinya cukup. Tapi aku tak pernah guna untuk belikan sebarang keperluan anakku. Aku was-was dengan hasil duit itu. Segala keperluan Qayyum aku beli hasil gajiku. Pemberian mereka, aku habiskan membeli barang selain makanan.
Kami bekerja seperti biasa. Hal hari itu, hari yang sepatutnya aku bersama Ben, Mog dan Keith sudah aku terangkan kepada mereka. Aku memberitahu aku ada hal lain hari itu.
"Afiqah, bila nak repeat?" soal Mog. Mendekatkan mukanya di mukaku.1572Please respect copyright.PENANAY1KB9Hze38
"Hmm, nanti lah Mog. I balik rumah ayah I lagi hari ini," aku memberi alasan. Aku tiba-tiba rasa tak mahu dengan mereka. Mungkin aku lebih memikirkan Qayyum dan Elhan. Eh?1572Please respect copyright.PENANAnHSxC9gVnz
"Nanti esok you lambat lagi," ujar Mog tak puas hati.1572Please respect copyright.PENANASkDOEtz1eG
"Janji tak. I rindu dengan anak I berapa hari ni," aku membalas.1572Please respect copyright.PENANA7DxUg0vhDg
"Kalau you lambat, you kena denda okay?" ujar Mog mengenyitkan mata. Aku tersenyum tawar.
Habis kerja aku memandu pulang ke rumah ayahku. Perjalanan yang memakan masa satu jam setengah membuat aku sangat keletihan. Tapi demi Qayyum, aku kuatkan badan.
Aku melihat Qayyum sudah tidur di ruang tamu rumah. Aku bergegas membersihkan diri, tak sabar nak peluk cium Qayyum.
"Jangan dipangku saje dik. Nanti sampai besar nak kena dukung," pesan ibu.1572Please respect copyright.PENANA7L1wbk25xm
"Sekejap je bu. Adik rindu," jawabku.1572Please respect copyright.PENANAziNMwKhmr4
"Mana sekejap, semalam sehari suntuk gendong budak tu. Dia tidur pun kau sibuk gendong," ujar ibu lagi.1572Please respect copyright.PENANASra5WrLOEj
Aku terdiam. Aku membawa masuk Qayyum ke dalam bilik. Aku memeluknya erat.
"Qayyum, bagi mama masa. Mama janji akan berubah. Mama nak jaga Qayyum sendiri, dengan kudrat mama sendiri," aku memberi pesan. Aku mengenggam jari kecilnya.
Perasaan aku berkecamuk hari ini. Aku tak nak buat kerja kotor lagi. Aku nak jadi mak yang terbaik untuk Qayyum. Aku nak berubah! Tekadku sebelum aku terlena.1572Please respect copyright.PENANA4roH8a3awK
1572Please respect copyright.PENANAXMeuXQXyXU