"Hi, saya Hanna. Saya dari pusat Confinement Centre yang bertugas menjaga puan selama dua minggu," ujar gadis bernama Hanna. Orangnya rendah, berkaca mata dan manis senyumannya.
Pagi-pagi sekitar jam lapan pagi dia dah menekan bel rumah. Nasib lah aku dah bangun kerana ada cik misi datang untuk melihat keadaanku dan Qayyum. Aku memjemput masuk ke rumahnya.
"Tugas apa Hanna kena buat kat sini?" soal ibuku.2673Please respect copyright.PENANAPHqXlN9yvi
"Jagakan baby, urut, tungku, urut baby," jawab Hanna. Aku yang sedang dilakukan pemeriksaan oleh cik misi hanya pasang telinga saja.2673Please respect copyright.PENANA4B9u8mVJBn
"Masak tak ada?" tanya ibuku lagi.2673Please respect copyright.PENANA2I1to4PrbF
"Tak ada cik. Yang ada pun, buatkan minuman herba dan buat rendaman air garam jelah," Jawab Hanna sopan. Ibuku mengangguk.2673Please respect copyright.PENANAb2AQLgfDQj
"Jadi, jagakan baby tu Hanna kena tidur sini ke?" masih belum puas lagi ibuku menanya.2673Please respect copyright.PENANAUQvpk0vFym
"Tak lah cik. Malam lepas baby tidur, saya akan balik. Saya kerja sini dari pukul 8 pagi-8malam. Tapi kalau baby belum tidur pukul 8 malam saya kerja lebih masa lah," panjang huraian Hanna. mungkin dia geram? Ibuku sekadar mengangguk dan meminta diri.
Cik Misi memberitahuku anakku tidak ada penyakit kuning, tapi masih perlu dipantau sekiranya ada. Syukur Qayyum tidak banyak meragam. ', semoga jadi anak yang soleh Qayyum!' doaku dalam hati.
"Tawar la ibuuuu," rungut aku. Makanan dalam pantang sungguh tidak menarik selera. Ikan rebus, ikan bakar, sayur rebus. Ahhhh bosan! Ada tambahan bawang putih goreng pula, asyik terkentut aku makan.2673Please respect copyright.PENANAn4AUTd10zk
"Memang la, nak makan sedap-sedap tunggu habis pantang," ujar ibuku malas layan. Baru satu minggu aku berpantang, satu minggu aku merungut. Tak ada selera! Tapi kalau tak makan, lapar pulak. Haih!
Hanna di sebelah tersenyum kambing. Setelah makan aku diurut oleh Hanna. Tangannya memang lembut, tapi rasanya sakit yang teramat. Nasib baik aku hanya berurut 5 kali sahaja, itu pun kali terakhir bila aku habis pantang nanti. Mungkin juga aku yang tak pernah berurut.
Usai urut, aku ditungku. Batu yang dipanaskan dahulu di atas api, sebelum dibalut kain tebal. Lalu diletakkan atas perutku dengan cara yang betul. Gulp! Darah beku keluar sendirinya. Lega!
Ada masa aku akan buat rendaman garam, minum herba. Tapi tak kerap, nasib baik lah! Tapi aku masih berpuas hati dengan servis jagaan Hanna. Seluruh badanku lega dan kurang sakit. Selain itu, dia juga menyapukan param dan pilis di seluruh tubuh serta dahiku. Pakaikan bengkung juga, fuhh! Lengkap penjagaan pantang aku, tak sia-sia lah Mog membayarnya.
Selesai semua, aku berehat sambil melihat Qayyum di sebelah. Masih tidur lena, Qayyum juga diurut oleh Hanna. Katanya bayi pun lenguh juga, duduk dalam perut lama-lama. Entah betul atau tidak, aku iakan saja.
Aku mencapai telefon bimbit. Lama aku tidak memegang nya. Aku membuka satu persatu chat di whatsapp.
Semua tak menarik minatku kecuali satu. Dari aku bersalin sampai aku berpantang seminggu dia masih chat aku.
UNKNOWN
hi awak, macam mana hari pertama pantang?2673Please respect copyright.PENANAwuIoSaUopn
hi awak, baby okay? macam mana rupanya?2673Please respect copyright.PENANATNhDxITs2w
hi awak, boleh kita jumpa lepas awak pantang. rindulah!2673Please respect copyright.PENANApVJD30KBfC
hi awak, tak tahu nak cakap macam mana, saya happy sangat bila dapat semula nombor awak. tapi awak taknak reply pulak. tapi its okay, saya faham awak dalam pantang. Take care
Aku tersengih sendiri, entah siapa gerangan. Aku mencuba dail nombornya.
"Hello awak," ujar gerangan disana. Aku terdiam. Aku cam suara ni, bukan Naufal. Aku matikan panggilan. Jantungku berdetak laju. Mana dia dapat nombor aku ni?
Laju aku mendail kakakku, Maria.
"Hello," kedengaran suara Maria di talian.2673Please respect copyright.PENANAyV1Ha0n9UM
"Hello, aku nak tanya," ujarku.2673Please respect copyright.PENANAQMwCdu62Hx
"Apa dia?"2673Please respect copyright.PENANABshPM3Jkru
"Kau ke yang kasi nombor aku kat dia?"2673Please respect copyright.PENANAylWuNketK2
"siapa dia?"2673Please respect copyright.PENANAiiay71NUja
"Dia lahh,"2673Please respect copyright.PENANA2K6loTidEh
"Oh, ye aku. kenapa? dia yang bersungguh nak nombor kau.." belum sempat dia habiskan perbualan, aku matikan. Dah agak dah!
Ye dia, aku dah lama tidak memanggil namanya. Aku pernah terluka sebab dia. Aku pilih jalan salah ni pun sebab dia. Ceh! ayat lapuk kan? Takdenya salah dia aku pilih jalan beromen dengan laki sana sini, ni kehendak aku, salahkan dia pulak! Hahahaha
Mata aku berkaca, suka tapi sedih!2673Please respect copyright.PENANAihBUOieYMs
'Jangan perasan sangat Afiqah, dia saje je tu. Nak main dengan kau la tu,' aku gumam sendiri sambil gelengkan kepala.
Hampir sebulan aku berpantang, kini masa aku mengajar Qayyum belajar minum susu tepung menggunakan botol susu.
"Adik tak kesiankan Qayyum ke?" soal ibu.2673Please respect copyright.PENANAngRmOwOiVh
"Adik nak kerja, lagi dua minggu adik kena naik kerja. kalau adik tak ajar, macam mana adik nak kerja?" soalku semula.2673Please respect copyright.PENANAddDJBbJnyu
"Ibu nak cakap sesuatu," tidak pedulikan pertanyaanku, ibuku menukar topik.2673Please respect copyright.PENANAArf7qUDHkG
"Apa dia?"2673Please respect copyright.PENANAIeqOsY2Hs2
"Ibu nak jaga Qayyum, ibu nak bawak Qayyum balik," ujar ibu. Aku tersentak.2673Please respect copyright.PENANAecliJunfNU
"Kenapa?" soal aku.2673Please respect copyright.PENANAHhYIfJSRBN
"Adik tak payah lah hantar pengasuh, pengasuh pun okay ke tak. Biar ibu jaga, ayah pun kasi. Ayah dah tak marah dah. Nanti adik cuti adik datang lah. Takpun adik rasa rindu, adik datang lah," ujar ibu panjang lebar. Aku diam tak berkutik. Walaupun aku sendiri tak sangka aku ada anak umur sebegini, tetapi nak membiarkan anak tiada depan mata buat aku sedih. Naluri sebagai seorang ibu kan.2673Please respect copyright.PENANAlpjAlXZ7Zy
" Nanti adik fikir lah," aku menjawab sedih. Ibuku mengangguk.
Hari ini aku keluar ke pasaraya. Mencari susu yang 'ngam' dengan anak aku. Haritu aku beli susu jenama anmum dia tak mahu. Kali ni aku cuba beli susu S26. Harga lebih kurang, taktahu lah anak aku nak ke taknak. Aku dah bebas dari hari berpantang, aku gembira sangat-sangat. Tamatlah perjuangan sedihku menghadap makanan yang tidak enak di tekakku. Tapi sebelum tu? Cuci mata dulu! Lusa dah naik kerja.
Sedang aku berjalan memilih baju-baju cantik, aku terpadang satu jenama susu lactogen. Entah hati aku kuat mengatakan anak aku akan minum susu tu, aku pula jenis percaya kata hati. Aku ambil sekali 2 tin, susu S26? letak balik lah.
Sesampai aku di rumah, aku bancuhkan susu untuk Qayyum. Yes! Dia nak. Aku gembira sangat, naluri hati ni tak pernah salah! Aku menyanyi didalam hati.
"Adik," senyum aku hilang. Aku menoleh.2673Please respect copyright.PENANAv0ArDbWroZ
"Ayah," panggilku. Ayahkymu datang mendekat. Aku memeluk ayahku. Hiba bila melihat wajah tua berdiri di hadapanku.2673Please respect copyright.PENANASR83RuZz8n
"Ayah, adik nak mintak maaf," ucapku.2673Please respect copyright.PENANA2i1fscthWv
"Takpelah, benda dah jadi," inilah seorang ayah, disudut hatinya kecewa, punah dengan sikap memalukan anaknya. Tapi masih menerima dengan hati terbuka.2673Please respect copyright.PENANAY6D9MtcpJs
"Bila ayah sampai?" soalku. Esakan ku makin reda.2673Please respect copyright.PENANANmyDzOj9GC
"Baru je, esok kan ibu nak balik. Ayah nak ambiklah," ujar ayah tenang.
Aku diam. Benar, esok adalah hari aku berpisah dengan anakku. Aku teringat perbualan ku dua hari lepas.
"ibu," panggilku2673Please respect copyright.PENANAAB7nAjWSZl
"ye," ibu menoleh. lembut cakapnya.2673Please respect copyright.PENANA8y3BVIM8En
"adik dah fikir," terdiam sejenak.2673Please respect copyright.PENANAGAlJclYaP5
"ibu bawalah Qayyum balik. Ibu jagakan dia. Tapi ibu kena janji, ibu tak pukul dia. Tak marah dia," sambungku.2673Please respect copyright.PENANA5LAcLMz5Fn
"Ye, ibu janji. kenapa ibu nak pukul. kan cucu ibu, ibu sayang dia. tapi kenapa adik bagi pulak ni?" soal ibu.2673Please respect copyright.PENANAPhfWPUemb1
"entahlah, rasanya lebih baik ibu jaga. ibu boleh didik dia soal agama. boleh bagi perhatian dekat Qayyum sebab ibu dah tak kerja. kalau adik yang jaga, taktau la dia terjaga ke tak. setiap bulan adik bagi ibu upah jaga Qayyum, barang dia semua adik yang akan beli. ibu dengan ayah tak perlu susah-susah," jawab aku panjang lebar sambil memegang tangan ibu. ibu sekadar mengangguk faham.
Aku sebak sendiri. Tak apalah, untuk kebaikan Qayyum juga.2673Please respect copyright.PENANAIuQiZkCeU0
2673Please respect copyright.PENANA8YOl6r3ebe