"Abang... Nanti bila ayang dah takde, abang jaga Fiqa baik-baik tau. Dia jelah satu-satunya harta yang kita ada." Pesan Saffiya.
"Apa yang sayang merepek ni? Jangan risau, sayang mesti sembuh punya. Kita jaga Fiqa sama-sama sampai dia kahwin nanti." Ujar Brahim sambil mengusap-usap dahi Saffiya.
"Ayang bukan budak kecil lagi. Ayang tahu condition badan ayang macam mana. Ayang tahu yang ayang dah tak lama lagi." Sayu kedengaran suara Saffiya ketika ini.
"Janganlah cakap macam tu. Belum apa-apa lagi dah nak mengalah ke? Sayang kena kuat, kena lawan. Abang akan ada di sisi sayang setiap masa." Pujuk Brahim.
"Kalau ayang dah takde nanti, abang janji abang akan bahagiakan Fiqa boleh? Jangan bagi dia kecewa, jangan bagi dia terluka. Itu je permintaan ayang." Tutur Saffiya.
"Abang janji abang akan jaga Fiqa sebaik mungkin. Dah jangan risau, yang penting sekarang ni sayang kena fokus pada rawatan sayang." Ujar Brahim.
Dialog itu terngiang-ngiang di telinga Brahim ketika ini. Siapa sangka itu adalah perbualan terakhir beliau bersama isterinya. Kini tubuh wanita itu sudahpun berada di dalam tanah di hadapan matanya.
"Fiqa, jom balik nak. Esok Fiqa dah start exam PMR." Ujar Brahim kepada anak yang berada di sisinya.
"Fiqa dah takde semangat nak ambil PMR dah. Apa yang Fiqa nak cuma ibu ada di sisi Fiqa sekarang ni." Sayu kedengaran suara gadis itu.
"Janganlah cakap macam tu. Apa sekalipun terjadi, jangan sesekali abaikan pelajaran. Kalau ibu masih hidup, mesti dia kecewa dengar Fiqa cakap macam tu." Jelas Brahim.
"Lepas ni dah takde siapa nak kejut Fiqa bangun tidur untuk pergi sekolah. Dah takde siapa nak sediakan sarapan sebelum Fiqa pergi sekolah. Dah takde siapa nak kemaskan meja study Fiqa." Kedengaran suara anak gadis itu teresak-esak.
Brahim sangat mengerti apa yang dirasai oleh Afiqah kerana beliau juga rasa begitu. Beliau kemudian terus sahaja memeluk tubuh gadis itu. Kedua-dua mereka kelihatan berpelukan dalam keadaan berlinangan air mata.
Kembali ke masa kini :-
"Tuk..tuk..tuk.." Kedengaran bunyi pintu rumah diketuk dari luar.
Brahim menjadi musykil gerangan siapakah yang datang lewat malam seperti ini. Beliau kemudian terus menuju ke pintu utama rumah. Apabila dibuka, kelihatan wajah anak tunggalnya sedang berada di situ.
"Fiqa, kenapa datang lewat-lewat malam ni?" Soal Brahim kehairanan.
"Fiqa nak mintak abah jagakan Hanis malam ni boleh?" Pinta Afiqah yang sedang menggendong anak kecil di dakapannya.
"Boleh tu boleh, tapi Fiqa nak pergi mana? Kenapa hantar tengah malam, kenapa tak hantar esok pagi je?" Brahim berasa pelik.
"Fiqa kena outstation. Tak sempat nak hantar esok pagi, tu yang Fiqa hantar sekarang. Sorry ya abah kalau Fiqa susahkan abah." Ujar Afiqah sambil menghulur anaknya kepada Brahim.
"Takde apa lah. Fiqa pun jaga diri elok-elok tau." Ucap Brahim sebelum menyambut cucunya itu.
"Fiqa..." Baru sahaja Afiqah ingin beredar, Brahim memanggil anaknya itu.
"Ada apa abah?" Soal Afiqah.
"Takde apa lah. Jaga diri tau, abah sayang Fiqa." Ucap Brahim.
"Fiqa pun sayang abah, selamat malam abah." Ucap Afiqah sebelum beredar.
Brahim hanya memerhati kelibat anak tunggalnya berlalu pergi meninggalkan rumah. Ingin sahaja beliau meminta maaf ke atas gadis itu atas segala dosa yang dilakukan olehnya, namun tiada keberanian untuk melepaskan kata-kata.
"Siapa yang datang tadi?" Tiba-tiba kedengaran suara Zalika dari arah belakang.
"Fiqa, dia mintak kita tolong jagakan Hanis." Balas Brahim.
"Kenapa dia hantar tengah malam? Kenapa tak hantar esok je?" Zalika berasa pelik.
"Entahlah. Ayang tolong tidurkan Hanis ya." Brahim kemudian menyerahkan cucunya itu kepada Zalika.
"Abang, Fiqa mana? Dah seminggu dia tinggalkan Hanis dengan kita. Sampai hari ni tak ambek-ambek lagi." Soal Zalika sambil menyusukan anaknya iaitu Danish .
"Abang pun tak tahu dia kat mana sekarang ni. Abang call tak angkat. Abang pergi rumah diorang pun tak de sape." Jawab Brahim.
"Tak call Amir ke?" Soal Zalika lagi.
"Dah, tapi tak dapat-dapat pun. Abang pun risau sangat ni. Tak tahu nak cari mana lagi." Ujar Brahim.
Tiba-tiba telefon Brahim yang berada di atas meja berbunyi. Tanpa berlengah, Brahim mencapai telefon tersebut lalu disambung panggilan. Kelihatan wajahnya agak serious ketika berbual dengan seseorang di dalam panggilan.
"Siapa yang call?" Soal Zalika setelah Brahim selesai berbual di telefon.
"Kawan abang yang call. Dia cakap dia ada nampak Amir kat satu tempat ni. Abang nak pergi cari dia kejap, sayang tengok-tengokkan Danish dengan Hanis ya." Pinta Brahim.
"Yelah. Abang pun hati-hati ya." Ucap Zalika.
Brahim kemudian mencapai kunci kereta, lalu keluar dari rumah. Zalika hanya melihat sahaja kelibat suaminya hilang dari pandangan. Tidak tahu kenapakah hatinya berasa tidak sedap semenjak dua menjak ini.
Amir berjalan ke hulur ke hilir tanpa arah tujuan. Beliau menanti panggilan dari Aboi untuk mengetahui tentang Afiqah. Sedang beliau berlegar-legar di lorong tersebut, tiba-tiba bahunya dipegang oleh seseorang.
"Ehh abah. Apa abah buat kat sini?" Amir sangat terkejut melihat wajah ayah mertuanya yang sedang berada di hadapan matanya ketika ini.
"Abah call kau tak dapat, abah pergi rumah kau takde orang. Kau pergi mana sebenarnya? Fiqa Mana?" Soal Brahim.
"Pi..Fiqa kena kerja abah." Amir tergagap-gagap untuk menjawab.
"Kerja apa sampai tengah malam ni? Takkan lah sampai seminggu kerja tak balik-balik? Anak kau kat rumah abah tu menangis rindukan mak dia. Baik cakap mana Fiqa?" Desak Brahim.
"Betul Fiqa ada kerja. Dia kena outstation." Amir berdalih.
"Kalau outstation sekalipun, takkan phone dia off. Takkan tak boleh tanya pasal anak sekalipun? Baik kau jujur dengan abah, mana Fiqa pergi sebenarnya?! Brahim mendesak. Amir kelu lidah tidak tahu apa lagi yang cuba dibohonginya.
"Kawan abah ada bagitau dalam seminggu ni kau keluar masuk kat hotel pelacuran. Kau buat apa kat sana? Baik kau bagitau perkara sebenar." Brahim masih lagi mendesak.
Kerana tidak tahu apa lagi yang mampu dibohongi, akhirnya Amir membuka mulut dan menceritakan perkara sebenar. Selesai beliau bertutur, tiba-tiba satu tumbukan kuat hinggap di mukanya sehingga membuatkan beliau terjatuh.
"Kau memang lelaki tak guna! Kalau aku tahu jadi macam ni, memang aku takkan benarkan kau kahwin dengan dia dulu!" Brahim menyambung kembali menumbuk muka menantunya itu.
"Tolong abah, saya minta maaf banyak-banyak." Amir merayu supaya ayah mertuanya itu menghentikan pukulan tersebut.
"Bagitau aku, kat mana Fiqa sekarang ni?!" Bentak Brahim. Akhirnya Amir memberitahu keberadaan Afiqah ketika ini.2667Please respect copyright.PENANAJdtIqjf1LX
2667Please respect copyright.PENANAUQyyP0hAAU