"Tolong abah, saya minta maaf banyak-banyak." Amir merayu supaya ayah mertuanya itu menghentikan pukulan tersebut.
"Bagitau aku, kat mana Fiqa sekarang ni?!" Bentak Brahim. Akhirnya Amir memberitahu keberadaan Afiqah ketika ini.
Tanpa berlengah, Brahim terus sahaja menuju ke keretanya. Tidak pernah beliau menyangka anak kesayangannya kini terpaksa melacur demi kesalahan menantunya. Beliau tidak dapat membayangkan apa yang dilalui oleh Afiqah ketika ini.
Kelihatan Afiqah sungguh seksi dengan mengenakan leather clubwear berwarna hitam. Terdengar bunyi ketukan pintu dari luar. Afiqah menuju ke pintu tersebut dan membukanya kerana dia mengagak pelanggan telahpun tiba.
"Abah! Ab..abah buat apa kat sini?" Afiqah sungguh terkejut melihat ayahnya kini berada di depan matanya.
"Kenapa Fiqa pakai macam ni? Apa yang Fiqa buat kat sini?" Soal Brahim.
"Pi..Fiqa.." Afiqah tidak dapat menyambung kata-kata. Tidak tahu apa yang hendak dijawab kepada ayahnya.
"Jom, kita keluar dari sini." Brahim kemudian menarik tangan Afiqah.
"Tak boleh abah. Kalau Fiqa lari, diorang akan apa-apakan abang Amir." Afiqah menarik semula tangannya.
"Lantaklah apa jadi dekat dia. Dia yang buat hal, kenapa Fiqa pula yang kena tanggung. Dah jom ikut abah kita tinggalkan tempat ni." Brahim menarik keras tangan anaknya. Afiqah tidak mampu lagi membantah.
"Woi, kau nak bawak pergi mana perempuan tu hah?!" Tiba-tiba suara garau seorang lelaki kedengaran di koridor.
Lelaki itu yang ditugaskan untuk menjaga kawasan tersebut terus sahaja meluru ke arah dua beranak tersebut. Beliau cuba menghalang kedua-duanya pergi, namun secara tiba-tiba satu tumbukan kuat hinggap di mukanya.
Lelaki itu jatuh berguling di atas lantai. Ketika beliau cuba untuk bangun, satu tendangan kuat pula hinggap di perutnya. Sebelum lelaki itu dapat bangun, Brahim terlebih dahulu menyerang lelaki itu bertubi-tubi.
Setelah yakin lelaki itu tidak dapat lagi untuk bangun, Brahim mengambil kesempatan membawa Afiqah lari dari situ. Dalam keadaan kesakitan, lelaki itu sempat mengeluarkan telefon bimbit dan mendail nombor seseorang.
"Aboi, perempuan baru tu dah lari dengan sorang laki." Ujar lelaki itu setelah talian disambung.
Kini Brahim dan Afiqah sudahpun jauh meninggalkan lelaki terbabit. Kedua-dua beranak itu berlari menuju ke kereta Brahim yang diparkir di hadapan hotel tersebut. Setelah kedua-duanya masuk ke dalam kereta, Brahim terus memecut keretanya.
"Abah, kalau kita lari sekarang nanti diorang akan cari abang Amir. Fiqa taknak pape jadi dekat dia. Baik kita patah balik sebelum terlampat." Rayu Afiqah sambil menggoncang tangan Brahim yang sedang memegang stering kereta.
Namun rayuan anaknya itu tidak diendah oleh Brahim. Bagi dirinya, maruah anaknya lebih penting dari nyawa menantu keparat itu. Beliau sama sekali tidak peduli apa akan terjadi kepada lelaki itu.
Sedang beliau memandu kereta, tiba-tiba beliau perasan ada sebuah kereta dengan laju menghampiri dari arah belakang. Kereta itu kemudian memotong kereta beliau lalu menghimpit mereka ke tepi.
Brahim mengelak himpitan itu lalu memecut keretanya. Namun kereta terbabit berjaya mengejar mereka dan menghimpit lagi. Kali ini Brahim tidak dapat lagi mengelak lalu keretanya hilang kawalan sehingga jatuh ke parit.
"Fiqa tak apa-apa?" Soal Brahim sambil melihat keadaan anaknya itu.
"Fiqa ok." Kelihatan wajah Afiqah ketika itu sungguh ketakutan.
"Jangan risau, abah ada. Jom kita keluar." Brahim kemudian keluar dari kereta yang kini berada di dalam parit.
Beliau kemudian menuju ke pintu kereta di sebelah kiri, lalu membantu Afiqah untuk keluar. Setelah kedua-dua beranak itu berjaya keluar, mereka terus berlari meninggalkan kereta. Kelihatan tiga orang lelaki sedang menghampiri mereka.
"Woi, kau nak lari mana hah?!" Jerit Aboi.
Beliau bersama dua orang lagi rakannya terus mengejar pasangan terbabit. Brahim cuba melajukan lariannya, namun apakan daya Afiqah tidak mampu berlari dengan pantas disebabkan oleh kasut dan bajunya yang sungguh ketat.
"Kau nak lari mana hah? Kau ingat senang-senang je ke aku nak bagi kau blah macam tu je?" Aboi dan dua orang rakannya kini mengepung dua beranak itu.
Salah seorang daripada lelaki itu kemudian cuba menarik tangan Afiqah, namun dengan pantas kaki Brahim hinggap ke mukanya. Lelaki itu tergolek di atas tanah. Rakannya kini pula datang untuk membantu.
Namun tumbukan satu-dua daripada Brahim membuatkan lelaki itu terpelanting ke belakang. Aboi pula cuba membantu dengan menyerang Brahim, Namun setiap serangannya berjaya dipatahkan oleh Brahim.
Brahim pula membalas serangan dengan menyiku muka Aboi. Akibat daripada hentakan kuat siku itu, mata Aboi mula berpinau. Belum sempat beliau melakukan apa-apa, satu lagi tendangan melayang ke mukanya.
Kini Aboi bergolek di atas tanah. Brahim mengambil kesempatan ini untuk menyerang Aboi lagi. Namun ketika menghampiri lelaki itu, tiba-tiba tubuhnya dipeluk dengan erat dari arah belakang oleh salah seorang rakan Aboi.
Aboi mengambil peluang tersebut dengan mengeluarkan pisau di poketnya. Beliau kemudian terus berlari meluru ke arah Brahim. Pisau itu kemudian ditusuk di perut Brahim yang masih dipegang oleh rakannya.
"Abahhhhh!" Teriak Afiqah setelah melihat apa yang terjadi kepada ayahnya.
"Woi, tunggu apa lagi jomlah blah!" Arah Aboi kepada rakan-rakannya. Ketiga-tiga lelaki itu kemudian berlari meninggalkan dua beranak itu.
"Abah..Abah..Tolong!" Jerit Afiqah sambil menangis teresak-esak melihat keadaan ayahnya. Dia kemudian membaringkan kepala ayahnya ke atas pehanya.
"Fiqa, abah nak mintak maaf dekat Fiqa sebab abah gagal jadi ayah yang baik untuk Fiqa. Abah sepatutnya mendidik Fiqa jadi orang yang baik, tapi sebaliknya abah ajar Fiqa melakukan dosa." Ujar Brahim dalam suara yang lemah.
"Jangan macam tu. Abah adalah ayah yang terbaik dan Fiqa bersyukur ada seorang ayah macam abah." Tersekat-sekat suara Afiqah akibat tangisannya.
"Fiqa tolong maafkan segala dosa-dosa abah pada Fiqa ya. Tolong cakap dekat mama supaya dia juga maafkan segala dosa yang abah dah buat pada dia." Pinta Brahim.
"Abah gagal tunaikan janji abah pada arwah ibu untuk bahagiakan Fiqa. Sebab kegagalan abahlah telah buatkan Fiqa menderita sekarang ni. Abah takut nak bersemuka dengan arwah ibu." Sambung Brahim lagi.
"Apa yang abah cakap ni? Jangan risau, abah pasti selamat. Fiqa call ambulance jap." Afiqah cuba mengeluarkan telefon bimbit di dalam begnya.
Ketika dia cuba menghubungi ambulance, tiba-tiba mata Brahim mula tertutup. Afiqah menggoncang tubuh lelaki itu sekuat hati. Air matanya berjujuran tidak henti-henti dan membasahi pipinya.
Suasana di tanah perkuburan semakin lengang tatkala hadirin mula beransur pergi. Kini tinggal lah Afiqah yang memangku Hanis, dan Zalika yang memangku Danish. Mata kedua-dua wanita itu kelihatan sembab.
Mereka hanya memerhati kubur yang masih basah tanpa berkata apa-apa. Tidak mereka sangka lelaki yang paling dicintai mereka kini sekelip mata sudahpun meninggalkan mereka buat selama-lamanya.2811Please respect copyright.PENANAMxB1HE2GYI
2811Please respect copyright.PENANAHSfRJWPL2m