Setelah kelibat anak gadisnya itu hilang, Saffiya kemudian terus sahaja masuk ke dalam bilik mandi. Di dalam bilik mandi, dia menanggalkan seluar dalamnya. Tuala pakai buang yang berada di celah kangkangnya dikeluarkan.
Kelihatan tompok-tompok darah melekat di tuala pakai buang tersebut. Saffiya hanya mampu mengeluh dan tidak tahu apa lagi yang perlu dibuat. Dia kemudian membuka pintu bilik mandi tersebut.
"Ehh, abang buat apa kat sini?" Saffiya sungguh terkejut melihat suaminya kini berada di hadapan pintu bilik mandi.
"Ayang ok tak ni? Kenapa abang tengok kerap sangat masuk toilet semenjak dua menjak ni?" Brahim menyoal pula.
"Ayang ok je. Biasa lah kalau dah berumur keluar masuk toilet tu." Balas Saffiya.
"Ye ke ok? Dah tu kenapa dengan pad sayang tu?" Brahim menuding jarinya ke arah tuala pakai buang yang berada di tangan Saffiya.
"Kenapa pulak dengan pad ayang? Biasa lah tu perempuan period." Ujar Saffiya.
"Perempuan kalau period selalunya sebulan sekali je, tapi kenapa sayang kerap sangat? Baik sayang berterus terang je dengan abang, apa masalah sayang?" Desak Brahim.
"Perempuan ni ada masa period dia tak menentu. Benda biasa lah tu." Saffiya tidak selesa dengan desakan oleh Brahim.
"Betul ke ni? Lagi satu, sejak bila awak kunci laci dalam bilik tu? Awak sorokkan apa dalam tu sampai nak berkunci bagai?" Brahim semakin ingin tahu.
"Mana ada sorokkan apa-apa. Abang ni banyak tanya lah. Dah lah, ayang nak masuk bilik!" Saffiya kemudian beredar dari situ dan terus sahaja menuju ke dalam bilik tidur.
Setibanya di bilik tidur, dia cepat-cepat membuka laci yang terkunci itu. Kelihatan pelbagai ubat-ubatan berada di dalam laci itu. Dia kemudian mengeluarkan salah satu ubat, dan cuba menelannya.
Namun belum sempat dia menelan, kepalanya terasa pening dan penglihatannya menjadi semakin kabur. Dia tidak tahu kenapakah tubuhnya berasa berat sekali. Tanpa disedarinya, tubuhnya sudahpun terbaring di lantai.
Saffiya membuka matanya perlahan-lahan lalu memandang sekeliling bilik. Terasa begitu asing melihat persekitaran di sekelilingnya. Namun melihat akan peralatan di situ, tahulah bahawa dia kini berada di hospital.
Dia tidak mampu mengingati apakah yang terjadi kepada dirinya sehingga dia kini berada di dalam hospital. Tiba-tiba kedengaran pintu bilik wad dibuka dan kelihatan wajah Brahim bersama-sama dengan Afiqah muncul.
"Eh ibu dah bangunlah." Afiqah terus sahaja mendapatkan Saffiya, lalu memeluk erat tubuh wanita itu.
"Dah berapa lama ibu dekat sini?" Soal Saffiya setelah dakapan kedua-dua beranak itu terlerai.
"Dah dua hari dah. Ibu kenapa, ibu sakit ke?" Soal Afiqah dengan matanya sudah berkaca.
"Ibu tak sakit pun, cuma letih sikit je. Lepas rehat nanti, baik lah ibu." Saffiya cuba menenangkan anaknya itu.
"Tak kan lah cuma letih sampai pengsan dua hari kot?" Afiqah tidak mempercayai kata-kata ibunya itu.
"Betul lah, ibu cuma letih je." Tegas Saffiya.
"Fiqa, boleh tunggu dekat luar sekejap tak? Abah nak berbincang sikit dengan ibu." Pinta Brahim.
Walaupun keberatan, namun Afiqah akur dengan permintaan ayahnya itu. Dia kemudian bangun dari katil ibunya, lalu beredar dari dalam bilik itu. Brahim kemudian duduk di kerusi yang bersebelahan dengan katil.
"Kenapa tak beritahu abang?" Brahim membuka bicara.
"Beritahu apa?" Saffiya pura-pura tidak mengerti.
"Yang sayang ada kanser rahim." Ujar Brahim lagi.
"Ayang taknak abang dengan Fiqa risau. Lagipun bukan teruk sangat pun sakit ayang ni." Jelas Saffiya.
"Bukan teruk apanya? Doktor dah bagitahu yang sayang dah stage 3 dah pun. Kenapa tak bagitahu awal-awal masa sayang just stage 1? Kalau dari awal lagi sayang buat rawatan, maybe tak teruk macam ni." Brahim mula memarahi isterinya itu.
"Ayang taknak susahkan abang." Jelas Saffiya.
"Apa yang susahkan abang pulak? Kenapa, sayang takut abang tak mampu nak cari duit untuk rawatan sayang ke?" Soal Brahim.
"Bukan macam tu..." Saffiya tidak tahu apa yang perlu dia katakan ketika ini.
"Abang ni ketua keluarga, mestilah tanggungjawab abang untuk pastikan kesihatan sayang terjamin. Ke selama ni sayang rasa abang tak galas tanggungjawab dengan sempurna?" Soal Brahim.
"Apa melalut sampai ke situ pulak? Dah lah ayang letih, ayang nak rehat." Saffiya kemudian memalingkan wajahnya ke arah bertentangan.
"Sayang, abang belum habis cakap lagi." Namun kata-kata Brahim tidak diendah oleh Saffiya, malah wanita itu menyelubungi dirinya dengan selimut.
Brahim tidak tahu bagaimana lagi hendak diperkatakan kepada wanita itu memandangkan beliau faham benar akan keras kepala isterinya itu. Beliau akhirnya mengalah, lalu meninggalkan bilik tersebut.
"Fiqa, malam ni Fiqa jaga ibu dekat wad ye." Pinta Brahim setelah melihat anaknya itu berada di luar pintu bilik wad.
"Yelah. Abah taknak tunggu ibu sekali ke?" Soal Afiqah.
"Abah ada kerja sikit. Nanti dah settle, abah datang semula ye." Brahim mengusap-usap rambut anaknya sebelum berlalu pergi.
Ketika berjalan meninggalkan perkarangan hospital, beliau mengeluarkan telefon bimbitnya. Dicari nama Hadi, lalu membuat panggilan kepada pemilik nama tersebut. Seketika menunggu, akhirnya panggilan itu bersambung.
"Hello abang Em, ada apa telefon malam-malam ni?" Soal Hadi.
"Hello Adi, abang nak tanya lah business kau macam mana sekarang ni?" Brahim pula menyoal.
"Alhamdulillah business saya makin maju semenjak dua menjak ni. Kenapa tiba-tiba je abang tanya ni?" Hadi kehairanan.
"Macam mana ya abang nak cakap, kakak kamu masuk hospital." Ujar Brahim.
"Lah yeke? Hospital mana? Sakit apa?" Hadi menjadi terperanjat mendengar perkhabaran itu.
"Tu lah sebabnya abang telefon kau ni. Kau boleh tolong pinjamkan duit sikit tak untuk buat rawatan kak Saf. Nanti dah ada duit, abang ganti semula." Pinta Brahim.
"Kita jumpa dekat mana-mana ye bang. Kalau bab-bab macam ni susah sikit nak bincang dalam phone." Ujar Hadi.
"Yelah, nanti kita jumpa." Brahim kemudian memutuskan panggilan.
Enam bulan sudah berlalu semenjak Saffiya dimasukkan ke dalam hospital. Walaupun sudah meminjam duit Hadi untuk melakukan rawatan Saffiya, namun segala usahanya hanya sia-sia. Takdir sudahpun tertulis hanya di situ pengakhirannya.
Kini Brahim dan Afiqah berada di tanah perkuburan terduduk melihat tanah yang masih lagi merah itu. Terasa begitu sakit dan sukar untuk ditelan apabila orang yang paling mereka cintai kini sudah pergi selama-lamanya.
Apa yang mereka mampu lakukan kini hanyalah menitipkan doa kepada arwah supaya perjalanan wanita itu dimudahi di alam sana.2667Please respect copyright.PENANAUxn72obCR5
2667Please respect copyright.PENANAJzAACUWYJa