...berjalan kearah seorang gelandangan yang sentiasa menumpang tidur di tepi mesin ATM didalam stesen minyak.
Gelandangan itu seorang lelaki india lingkungan umur 45tahun, bertubuh kurus kering dan keadaannya tidak terurus.
Lyana nekad berjalan sambil membawa nasi yang dibeli oleh Ewan kearah lelaki india tersebut. Lyana menyentuh bahu Uncle India tersebut untuk mengejutkannya, saat membuka mata Uncle itu terkejut Lyana duduk bersila diatas lantai dan terus menyuapnya makan menggunakan tangan walau Lyana sendiri merasa geli dan jijik.
Amira, Jue dan Ewan yang melihat tindakan Lyana agak terkejut dan tercengang sahaja. Ewan tidak berpuas hati lalu mendekati Lyana.
"buat apa ni Lyana? siapa dia?" tanya Ewan.
"kalau awak nak tahu, dia lah suami saya. dia ni sengaja menyamar jadi gelandangan hanya kerana nak pantau saya bekerja. dia ada business dekat luar sana, dia risaukan saya sebab saya cerita dekat dia tentang awak selalu ganggu saya. sekarang awak nak cakap apa? carilah perempuan lain" kata Lyana.
Uncle india mendengar semua perbualan Lyana dan cuba untuk menyampuk, tetapi Lyana terus menerus menyuapkan nasi kedalam mulut Uncle india itu menyebabkan uncle itu tiada peluang untuk bercakap. Maka dengan itu, uncle itu menikmati sahaja suapan dari tangan yang putih dan lembut milik Lyana.
"abang tak percaya ni suami kamu, kamu sengaja buat macamni kan?" kata Ewan.
"tak percaya sudah tapi inilah hakikatnya" kata Lyana terus menyuap Uncle itu.
"kalau betul ni suami kamu, apa nama dia ? hah jawablah" kata Ewan.
"nama dia Narden, tapi saya panggil dia baby.. kan baby kan alololo comotnya makan" kata Lyana walau dalam hatinya seperti ingin termuntah kerana geli menyuapkan lelaki itu makanan.
"aah.. kau tipu.. kau reka nama dia kan?" kata Ewan.
"mau.. air..." kata Uncle Narden
"alololo baby kita haus ya, sian sian nya dia.. nak air ni je ke? cukup?" Lyana menatap muka Uncle Narden mengabaikan kata-kata Ewan walaupun dia sangat geli dengan tindakannya sendiri.
Uncle Narden tersenyum gembira sambil menganggukkan kepalanya.
"aku tak percaya, aku akan perhatikan kau hari-hari lepas ni. tengok betul ke jantan ni laki kau." kata Ewan agak bengang dan keluar meninggalkan kawasan stesen minyak.
Sebaik saja kelibat Ewan tidak kelihatan, Lyana bangun berjalan ke arah kaunter dan meninggalkan Uncle dalam keadaan terpinga-pinga. Uncle bangun untuk mengikuti Lyana, tetapi dihalang Lyana.
"mau pergi mana Uncle, sambung tidurla" kata Lyana.
"mau ikut u la sana pigi" kata Uncle itu.
"duduk situ lah uncle, saya mau kerja. tadi saya kasi makan saja, itu nasi kasi habis la. saya tak boleh suap habis, saya ada kerja faham kan?" kata Lyana
Uncle itu duduk kembali dan makan bungkusan yang ditinggalkan oleh Lyana.
________________________________________
Keesokkan hari..
Lyana melihat jam menunjukkan 5.15pm waktu kebiasaan Ewan datang ke stesen minyak. Lyana bergegas mendekati Uncle Narden dan mengejutkan Uncle Narden.
Ewan yang baru sahaja sampai dihadapan pintu kaca stesen minyak, memerhati dari luar. Lyana sangat mesra menyuap Uncle Narden. Lyana sempat menoleh sedikit, Ewan sedang memerhatikannya. Lyana merapatkan mukanya ke pipi Uncle Narden supaya pandangan Ewan seolah-olah Lyana sedang mencium Uncle Narden.
Ketika itu,
Lyana berbisik pada Uncle Narden.
"uncle berapa lama dah takda mandi, cuba mandi lah baru wangi. baru semart hensem, ini macam saya takboleh dekat lama-lama. mau muntah, kasi mandi la oke?" kata Lyana
Uncle Narden yang salah faham tersenyum gembira sambil ketawa. Dari sudut pandangan Ewan, agak kecewa melihat keadaan itu seperti Lyana sedang mencium pipi suaminya dan suaminya amat gembira dapat ciuman ikhlas dari isterinya.
Ewan tidak masuk kedalam stesen minyak terus meninggalkan kawasan stesen minyak. Jue dan Amira memerhati sahaja tingkahlaku Lyana dan Ewan.
_______________________________________
Keesokkan harinya lagi, jam 10 malam. Sewaktu Lyana bertugas shift malam kerana terpaksa menggantikan rakan sekerjanya yang cuti sakit. Lyana berjalan menuju ke tandas dibelakang stesen minyak untuk mencuci tandas.
Kawasan sekitar agak sunyi membuatkan Lyana berasa seram sejuk dan ingin menyelesaikan tugas mencuci dengan segera. Sebaik tiba dihadapan pintu tandas, tiba-tiba lengan Lyana ditarik dengan kuat dan ditarik ke tepi tandas.
Lyana menjerit "aaaaaaaa" dan cuba meronta, tetapi gagal akibat pegangan kemas oleh tangan yang memegang lengan Lyana. Lyana memejamkan matanya akibat ketakutan dan hanya mengomel "jangan jangan apa-apakan saya. to.. tolong.."
Tubuh Lyana ditolak rapat ke dinding, Lyana mula menangis sambil membuka mata memandang apa yang ada didepannya. Alangkah terkejutnya dia, Ewan berada dihadapannya sambil memegang kuat lengannya.
"apa awak nak ha!?" kata Lyana tegas sambil meronta.
"aku tak percaya, lelaki tua pengemis tu suami kau. aku nak kau cakap dia bukan suami kau" kata Ewan
"dia suami aku! dia suami aku! lepaskan aku! pergi!" kata Lyana
"hahaha.. aku tak percaya. mana lelaki kau yang tua tu? tak mampu tolong bini dia ke? hahahaha" kata Ewan
Ketika itu, kebetulan Uncle Narden berjalan perlahan menuju ke tandas untuk melihat Lyana. Uncle Narden terdengar suara Lyana dan Ewan lalu mempercepatkan langkah ke arah suara mereka.
"oii!" teriak Uncle Narden.
Ewan terkejut dan tergamam melihat Uncle Narden, lalu Lyana berlari ke sebelah Uncle Narden.
"u suda gila ka?" kata Uncle Narden.
Ewan kehilangan kata-kata, menyedari dia sudah melampaui batasnya.
"aa..aaku minta maaf Lyana.. a..aku tak sengaja." kata Ewan lalu meninggalkan kawasan stesen minyak tersebut.
"sudah, pergi cuci tandas sana. Saya duduk sini luar tunggu" kata Uncle Narden.
"te..terimakasih Uncle." kata Lyana segera mencuci tandas dalam keadaan masih terkejut.
2102Please respect copyright.PENANAx5EkTT1XLt