Keesokkan harinya..
Seperti biasa lelaki yang memerhatikan Lyana datang ke stesen minyak.
"haii.. awak.. macam biasa air mineral satu, berapa ye?" tanya lelaki itu pada Lyana
"dua ringgit setengah encik." jawab Lyana
"alaa.. ber encik encik sangat, panggil abang jela." kata lelaki tersebut
Lyana hanya mendiamkan diri sahaja.
"okey terimakasih, senyumlah sikit. mesra sikit dengan pelanggan, bergurau sikit apalah salahnya." kata lelaki itu lalu duduk dimeja sebelah kaunter.
Lyana hanya menundukkan wajahnya dan melayani pelanggan yang lain.
Jue dan Amira duduk dikaunter berdekatan dengan meja yang diduduki oleh lelaki tersebut.
"bang, saya tengok abang ni hari-hari datang sini beli air mineral. pastu jajan, abang takde rumah ke? rumah takde air? rajin betul pastu melepak dalam ni macam rumah abang pulak. ni stesen minyak bang, bukan restoren." kata Jue
"abang ni sunyi dik, bosan lepas balik kerja dekat rumah takde orang pun. baik duduk sini, aircond pun sejuk boleh pandang si adik manis tu" kata lelaki itu sambil menunjuk arah Lyana
"laa.. kenapa pula sunyi? duduk sorang ke? cari lah kawan bang oi dari duduk kat sini" kata Amira.
"abang dah kawin dah, tapi pjj. isteri abang duduk jauh sebab mengajar di Sabah sana. jumpa pun 3 bulan sekali kadang², 6 bulan sekali." kata lelaki itu
"laa.. kenapa abang tak ikut sekali ke sana?" kata Jue
"susah, kerja abang dekat sini. abang ada ladang getah lagi, sawit lagi siapa nak pantau kalau abang kesana? belum lagi abang cakap pasal kebun sayuran lagi, rumit la nak ke sana" kata lelaki itu.
"kalau macamtu abang minta la isteri abang transfer ke sini" kata Amira
"bukan senang dik, abang tak kisah pun isteri abang kat sana." kata lelaki itu.
"yela memang abang tak kisah, tapi kitaorang dekat sini kisah. abang selalu datang sini, kitaorang ni dipantau cctv harap abang fahamlah yea" kata Jue
Setelah lelaki itu pulang, Jue dan Amira memberitahu Lyana bahawa lelaki itu berstatus suami orang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Keesokkan harinya,
Lelaki itu datang membawa sejambak bouquet bunga dan memberikan kepada Lyana. Lyana agak terkejut mengendahkan lelaki tersebut. Lelaki tersebut tanpa segan bercakap dengan kuat "Lyana cinta hatiku, terimalah bunga ini ikhlas dari hatiku".
Lyana berlari menyorok dibelakang Amira dan Jue sambil mereka memerhatikan gelagat lelaki itu. Lelaki itu bernyanyi sambil menyebut nama Lyana hingga menganggu customer yang lain.
"aku rasa selagi kau tak ambil, dia takkan balik. pergi lah ambil" kata Jue
"cepat Lyana, orang pandang malu lah" kata Amira.
Lyana kembali ke kaunter dan mengambil bouquet dari lelaki tersebut. Lelaki itu gembira Lyana menerima bouquet pemberiannya dan berlalu pergi dengan hati yang senang.
Lyana terus meletakkan bouquet itu dilantai dan meneruskan kerjanya. Jue mengangkat bouquet dan membaca kad yang dilekatkan.
"salam pemilik hatiku, abang sudah lama kesunyian. hati ini sudah lama kosong tiada berteman, sejak pertama kali sayang masuk kerja disini. betapa gembiranya hati abang ini, jodoh abang ada disini. ku lihat dirimu sungguh ayu, sungguh tergoda jiwa dan raga abang. sudi kah berkenalan dengan abang? ini nombor telefon abang, call lah abang malamni sayang. 01x-xxxxxxx . yang ikhlas, Ewan." kata Jue membaca kad di bouquet.
"eeeuuww.. giler" kata Amira.
"wah dia betul² minat kau lah Lyana" kata Jue.
"taknak" kata Lyana
"kalau taknak, aku ambil bunga ni eh" kata Jue
"ambil lah." jawab Lyana.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari berganti hari,
Setiap hari pasti ada kiriman barang kepada Lyana. Selagi Lyana tidak menerima hadiah yang diberikan, selagi itu Ewan akan duduk menyanyi dan bercerita didalam stesen minyak. Lyana terpaksa menerima hadiah pemberian Ewan hanya sekadar tidak mahu Ewan duduk lama didalam stesen minyak. Tetapi semua barang itu tidak diambil oleh Lyana dan diberikan pada rakan sekerjanya iaitu Jue dan Amira.
Hari demi hari, pekerja di stesen minyak mula rimas dengan kehadiran Ewan.
_______________________________________
Suatu hari, Supervisor Lyana memanggil Lyana untuk membincangkan masalah itu kerana dia sudah mendapat aduan dan mula menegur Lyana mengenai soal cinta jangan dibawa ke tempat kerja yang boleh menganggu kerja oranglain.
"Lyana, kalau awak nak kerja dekat sini. awak setelkan masalah ini, saya taknak ada isu lagi selepas ni. dan saya tak mahu tengok jantan tu datang buat kecoh dekat sini lagi faham?" kata supervisor kepada Lyana.
"fa..faham.." jawab Lyana.
"awak kena ambil langkah drastik, kalau awak tak mahu jangan berdiam diri sahaja. dia akan syok sendiri, paham?" tanya supervisor.
"ba..baik..saya akan cari penyelesaian ni secepat mungkin" kata Lyana.
_______________________________________
Sebaik keluar dari bilik Supervisor, Jue dan Amira mendekati Lyana.
"Lyana, kau kena marah ke? sorry lah kitorang complain pasal laki tu, tak sangka pulak kau kena marah" kata Jue dan Amira.
"takapa, bukan salah korang. betullah, aku biarkan je laki tu buat apa. sepatutnya aku kena bertegas" kata Lyana
"kau nak buat apa lepasni?" tanya Amira
"aku buntu, nantilah aku fikirkan" kata Lyana
Lyana mula merasakan tekanan oleh kelakuan Ewan terhadapnya walaupun dia tidak pernah melayan Ewan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Suatu hari, ketika Ewan datang membawa makanan untuk Lyana. Ewan melamar Lyana mengajaknya menikah. Ewan bertegas tak akan tinggalkan kawasan itu selagi Lyana tidak memberi keputusan.
"Lyana, kawin dengan abang jom. please terima abang, abang tak kan balik selagi abang tak dapat jawapan dari sayang" kata Ewan.
" saya tak nak, tolonglah balik jangan ganggu saya lagi." kata Lyana
"kenapa taknak? bagi alasan munasabah." kata Ewan
"saya taknak faham tak? jangan paksa saya boleh?" jawab Lyana
"saya tak paksa, awak bujang anak dara kenapa susah sangat nak terima saya? saya takkan balik selagi awak tak terima saya" kata Ewan.
"eeee tolong lah... " kata Lyana sambil memandang Jue dan Amira.
Jue meminta untuk Lyana menerima lamaran Ewan supaya Ewan segera beredar dari situ, dan meminta Lyana menyelesaikan masalah itu ditempat lain. Amira hanya memerhati gelagat Ewan yang sangat terdesak.
Lyana menjadi buntu dan memandang sekeliling. Tiba-tiba Lyana terpandang ke arah sesuatu dan mendapat suatu idea. Lyana mengambil bungkusan nasi yang diberikan oleh Ewan dan berjalan........
ns 15.158.61.48da2