Jam 9.00 malam pada hari dan tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, murid-murid bersama ibu bapa telah mula berkumpul di tempat letakl kereta dalam kawasan sekolah. Kelihatan sebuah bas persiaran berhawa dingin telah menunggu dengan aircond yang sudah siap terpasang. Kelihatan bilangan pelajar lelaki dan perempuan yang akan mengikuti rombongan ini agak seimbang.
Murid-murid masih lagi bersama ibubapa mereka masing-masing sambil mendengar taklimat yang disampaikan oleh Guru Besar. Turut menyampaikan ucapan pada malam tersebut ialah Cikgu Razali yang merupakan ketua atau pengurus kepada program ini. Ustazah Salwa turut ditemani oleh suami dan dua orang anaknya berhampiran dengan bas yang akan membawa rombongan ke Kuala Lumpur.
Setelah selesai sesi taklimat yang disampaikan oleh Guru Besar dan Cikgu Razali, semua murid dikehendaki menaiki bas dan masing-masing pun bersalaman dan berpelukan dengan ibubapa mereka memohon restu dan doa semoga perjalanan mereka akan selamat daripada segala perkara yang tidak diingini.
Dalam taklimat tadi, Guru Besar turut mengumumkan bahawa lawatan tersebut akan diketuai oleh Cikgu Razali dan dibantu oleh Ustazah Salwa. Cikgu Razali terus memalingkan wajahnya ke arah ibubapa sambil mencari-cari kelibat Ustazah Salwa.
Tiba-tiba Ustazah Salwa yang bertudung separa labuh dan berjubah satin mengangkat tangannya supaya dapat dilihat oleh Cikgu Razali. Cikgu Razali melemparkan senyuman dengan penuh gembira sekali bila guru besar memaklumkan bahawa Ustazah Salwa akan menjadi pembantunya dalam program lawatan tersebut.
Setelah semua murid memasukkan beg-beg kepunyaan mereka di ruangan bagasi di kompartmen bawah bas, mereka semua menaiki bas dan memilih tempat duduk masing-masing mengikut pasangan yang mereka telah rancangkan. Murid-murid juga tidak ketinggalan membawa sweater untuk dipakai sekejap lagi kerana mereka sudah dimaklumkan bahawa bas tersebut mempunyai kemudahan penghawa dingin dan kemungkinan pada waktu malam, suhu di dalam bas agak sejuk.
Setelah kesemua murid menaiki bas dan mengambil tempat duduk masing-masing, didapati hanya ada dua seat yang kosong di baris kedua di belakang pemandu. Baris yang pertama dikhususkan untuk pembantu pemandu, manakala baris yang kedua dikhaskan untuk guru pengiring. Setelah Cikgu Razali bersalaman dengan Guru Besar, beliau menuju ke arah Ustazah Salwa yang masih bersama suami dan kedua-dua anaknya.
"Assalamualaikum bang. Terima kasih benarkan isteri abang join rombongan ni. Susah nak dapatkan cikgu lain yang sanggup pergi. Lagi pula, eloklah Ustazah pergi. Boleh tengokkan solat murid-murid ni. Kalau bas ni kosong, abang boleh join sekali dengan anak-anak, tapi sebab cikgu yang sepatutnya pergi terpaksa tarik diri last minute," kata Cikgu Razali kepada suami Ustazah Salwa.
"Waalaikumussalam. Takpe Cikgu, dah tugas dan tanggungjawab, kena akur la kan. Cikgu tolong tengoklah isteri saya kalau ada apa-apa yang dia perlukan bantuan ye? Terima kasih banyak Cikgu," pesan suami Ustazah Salwa kepada Cikgu Razali.
"InsyaAllah bang. Mana yang saya boleh bantu, saya akan bantu," balas Cikgu Razali.
"Terima kasih, Cikgu," jawab suami Ustazah Salwa.
Lalu Cikgu Razali bersalam dengan suami Ustazah Salwa dan berlalu pergi untuk memastikan semua murid sudah berada di tempat duduk masing-masing dalam bas. Sejurus kemudian, Ustazah Salwa pun bersalaman dengan kedua anaknya sambil mencium dan memeluk mereka.
Kemudian diikuti dengan menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan suaminya. Lalu dikucup tangan suaminya dan suaminya mengucup dahi Ustazah Salwa di hadapan pintu bas, Cikgu Razali telah tercegap menunggu Ustazah Salwa yang merupakan penumpang terakhir yang akan menaiki bas sebelum beliau sebagai ketua melambaikan tangan kepada semua ibubapa yang masih menunggu pergerakan bas.
Seketika kemudian Ustazah Salwa berjalan perlahan menuju ke arah bas dan mengukirkan sebuah senyuman yang sangat indah dibibirnya pada malam itu. Lalu beliau mengangkat sedikit hujung kain jubahnya bagi memudahkan langkahnya untuk menaiki tangga. Cikgu Razali menjeling ke arah betis Ustazah Salwa yang berbalutkan stokin nilon yang agak tinggi.
Cikgu Razali hanya sempat menjamu matanya dengan pemandangan indah pada bentuk betis Ustazah Salwa kerana dengan pantas sekali Ustazah Salwa melepaskan semula hujung kain jubahnya ke bawah lantaran dibimbangi ada yang cuba mencuri pandang bahagian tersebut.
Sebelum pintu bas ditutup rapat untuk memulakan perjalanan, Ustazah Salwa sempat melambaikan tangan kanannya ke atas suami dan kedua-dua anaknya dan tersenyum dalam hiba melihat lambaiannya di balas mereka. Oleh kerana lampu tiang di kawasan mereka semua menaiki bas agak suram di tambah dengan cermin tingkap bas yang dipasang tinted yang agak gelap menyebabkan para ibubapa yang masih menunggu pergerakan bas tersebut tidak dapat melihat lokasi tempat duduk anak-anak mereka.
Oleh kerana hanya dua tempat duduk yang saling bersebelahan sahaja yang berbaki, Ustazah Salwa memohon kepada Cikgu Razali untuk duduk di bahagian tingkap. Cikgu Razali tidak membantah permintaan Ustazah Salwa, memandangkan kesanggupan beliau untuk menyertai rombongan ini pun sudah membuatkan beliau begitu gembira sekali.
"Assalamualaikum murid-murid semua. Sekarang kita akan bergerak menuju ke Kuala Lumpur. Bagi memberkati perjalanan kita ini, Cikgu menjemput Ustazah Salwa untuk membacakan doa musafir. Dipersilakan Ustazah," kata Cikgu Razali memulakan perjalanan.
"Eh cikgu la baca. Kenapa saya pulak yang baca?" tanya Ustazah Salwa cuba menolak pelawaan Cikgu Razali.
"Ustazah la yang baca," pinta Cikgu Razali pada Ustazah Salwa sambil mengerlingkan matanya mmberi isyarat yang dia tidak tahu membaca doa bermusafir kerana tidak pernah diamalkannya pun selama ini.
Lalu Ustazah Salwa berdiri dan memegang alat pembesar suara yang dihulurkan oleh Cikgu Razali. Dengan beberapa patah doa yang dibaca, semua murid mengaminkannya.
"Amiin. Terima kasih Ustazah atas doa yang dibacakan. Sekarang kita boleh mula bergerak dan kalau ada apa-apa masalah, sila maklumkan kepada cikgu ye?" pesan Cikgu Razali kepada semua murid.
"Baik cikgu!" jawab semua murid serentak.
Sejurus kemudian, pintu bas mula ditutup dan pemandu mula menggerakkan bas tersebut keluar daripada pagar sekolah dan memasuki jalan besar. Cikgu Razali masih belum melabuhkan punggungnya di tempat duduk bersebelahan Ustazah Salwa.
Dalam keadaan bas yang sudah memulakan perjalanan, beliau berjalan menuju ke bahagian belakang bas untuk memastikan semua murid dapat duduk dengan selesa sambil memastikan mereka semua membawa sweater.
Lampu siling bas masih lagi terpasang dan pada awal perjalanan, pemandu bas memasang video dan cerita yang dipasang ialah komedi Mr Bean. Kedengaran murid-murid ketawa riang dengan gelagat Mr Bean yang melucukan.
"Murid-murid semua, lepas ni semua boleh tidur ye. Sebab perjalanan kita akan mengambil masa lebih kurang tujuh atau lapan jam kerana kita akan berhenti sebanyak dua kali sepanjang perjalanan ini. Kalau kamu semua tidak tidur, nanti kamu akan mengantuk semasa program kita berjalan esok," pesan Cikgu Razali kepada semua murid.
Setelah selesai memaklumkan hal tersebut kepada semua murid, Cikgu Razali kembali ke tempat duduknya dan melabuhkan punggungnya di sebelah Ustazah Salwa. Kelihatan Ustazah Salwa menggerakkan sedikit tubuhnya yang comel berjubah ke dinding bas mengelakkan daripada tersentuh dengan tubuh Cikgu Razali.
ns 15.158.61.5da2