"Mmmm Ustazah dah ngantuk ke? Kalau ngantuk tidur la. Aircond tu OK ke? Atau sejuk sangat?" tanya Cikgu Razali memulakan perbualan selepas melabuhkan pnunggungnya di sebelah ustazah Salwa.
"Baru tak sampai setengah jam, takkan dah ngantuk. Aircond tu OK kot. Kalau sejuk nanti saya sarung sweater ni. Ke Cikgu rasa sejuk? Kalau sejuk, perlahankan blower aircond tu. Saya OK je," jawab Ustazah Salwa.
"Nasib baik Ustazah boleh join rombongan kita orang, kalau tidak, siapa yang nak tengokkan budak-budak kita solat, urus diri dan macam-macam lagi? Terima kasih Ustazah ye. Tak payah la sedih-sedih tinggal suami 4 malam. Sekejap je pun. Isteri saya tinggal saya buat selamanya ustazah," pujuk Cikgu Razali.
"Ye la. Saya OK je sebab saya join lawatan ni pun dengan restu suami juga. Apa nak risau pulak. Harapnya dia dapat jaga anak-anak kita orang dengan baik," balas Ustazah Salwa.
"Cikgu sampai sekolah tadi dah makan malam ke belum?" tanya Ustazah Salwa.
"Saya makan petang tadi, dalam pukul 5.30. Lepas tu minum kopi je lepas maghrib tadi," jawab Cikgu Razali.
"Ehh, dah lama tu. Mesti lapar kan? Nah ambil sandwich yang saya bawa bekal makan dalam kereta tadi. Nasib baik ada satu lagi," pelawa Ustazah Salwa kepada Cikgu Razali.
"Tak mengapa. Saya OK je tak lapar lagi. Nanti bila bas berhenti di RnR, bolehlah saya makan. Ustazah makan je dulu," jawab Cikgu Razali sengaja menolak pelawaan Ustazah Salwa. Mungkin ingin melihat sejauh mana keprihatinannya terhadap rakan sekolah dalam keadaan sedemikian.
"OK, saya makan la kalau macam tu. Kalau lapar jangan menyesal tau," balas Ustazah Salwa sambil memakan sandwich yang masih berada di tangannya.
"Nah, Cikgu habiskan," kata Ustazah Salwa menghulurkan separuh daripada sandwich yang berbaki selepas dimakannya kepada Cikgu Razali.
"Maaf, saya tak potong dulu sebelum makan tadi," tambahnya lagi.
"Betul Ustazah nak kasi saya ni?" tanya Cikgu Razali mohon kepastian dan beliau sememangnya menanti-nanti untuk memakan baki sandwich yang telah terpotong dengan gigi Ustazah Salwa.
"Iyeee, ambillah. Saya kasi ikhlas ni," jawab Ustazah Salwa menghulurkan sekali lagi baki sandwich yang dimakannya kepada Cikgu Razali.
"OK, kalau macam tu, saya pun ikhlas juga menerimanya. TQ ustazah," jawab Cikgu Razali sambil mengambil sandwich yang dihulurkan dan tanpa diduga jari-jari cikgu Razali bersentuhan dengan jari Ustazah Salwa. Lantas raut wajah Ustazah Salwa kelihatan berubah dan dengan cepat beliau mengalihkan tangannya.
Bas terus bergerak laju membelah kegelapan malam. Pemandu kedua telah mula melelapkan mata setelah hampir sejam bas memulakan perjalanan daripada perkarangan sekolah. Sebahagian murid juga telah lena, mungkin kerana keadaan suhu dalam bas yang membuatkan mereka cepat mengantuk.
Drama komedi Mr. Bean yang dimainkan di skrin televisyen dalam bas juga telah pun berakhir. Namun Cikgu Razali dan Ustazah Salwa masih lagi berbual-bual tentang hal-hal berkaitan sekolah dan perancangan semasa lawatan nanti yang akan bermula seawal esok pagi.
"Kalau Ustazah nak tidur dulu, tidur je laa. Saya pun sekejap lagi ni bermimpi la," kata Cikgu Razali.
"Kalau saya tak jawab soalan cikgu tu, maknanya saya dah masuk alam lain laa tu ye," jawab Ustazah Salwa sambil menghirup air soya dalam kotak melalui straw yang telah tersedia dicucuk pada kotak tersebut.
"Lupa la nak keluarkan air kotak dalam beg kat ruang bagasi bawah. Takpelah," keluh Cikgu Razali.
"Nah, ambil air saya ni. Tapi dah tinggal separuh dah," balas Ustazah Salwa menghulurkan air soya yang telah diminumnya.
Lantas disambut oleh Cikgu Razali dengan senyuman separuh malu. Terus Cikgu Razali menghirup air soya yang diterimanya daripada Ustazah Salwa dengan melekatkan bibirnya pada straw yang masih basah dengan air liur Ustazah Salwa. Kemudian dihulurkan semula air tersebut selepas menghirupnya sebanyak dua kali.
"Alaa, habiskanlah," sampuk Ustazah Salwa.
"Takpe, saya sekadar nak basahkan tekak je. Nah, Ustazah habiskan," kata Cikgu Razali bertegas supaya Ustazah Salwa menerima semula air soya tersebut untuk dihabiskan.
"Tak apa, saya dah minum. Cikgu habiskan la," jawab Ustazah Salwa berkeras menolak daripada menerima air soya yang telah diminum oleh Cikgu Razali.
Akhirnya Cikgu Razali memberanikan diri memegang tangan Ustazah Salwa dan membuka genggaman jari-jari Ustazah yang halus dan lembut itu. Lalu diletakkan air tersebut ke atas tapak tangan Ustazah Salwa. Kerimasan dengan tindakan Cikgu Razali, akhirnya Ustazah Salwa menerima semula air soya tersebut.
"OK OK, kalau Cikgu dah tak sudi nak habiskan, biar saya yang habiskan," balas Ustazah Salwa. Kini giliran Ustazah Salwa pula menghirup air tersebut menggunakan straw yang telah digunakan oleh Cikgu Razali.
Pergerakan bas yang kadang merentasi jalan yang agak berselekoh sebelum memasuki lebuh raya membuatkan badan mereka berdua kadang-kadang berlanggar antara satu sama lain. Bagi Ustazah Salwa, itu adalah perkara biasa bila menaiki bas. Malah ini bukan kali pertama beliau menaiki bas dengan pengalaman sedemikian. Justeru, beliau tidak mengambil kisah sangat dengan situasi yang boleh dikatakan sebagai darurat.
Namun bagi Cikgu Razali, itulan momen-momen yang sangat ditunggu-tunggukan apabila bas membelok di selekoh-selekoh yang agak tajam membuatkan badannya sesekali tersandar ke arah badan Ustazah Salwa dan bahu mereka berlanggar antara satu sama lain. Cikgu Razali dapat merasai kehangatan tubuh Ustazah Salwa walaupun tubuh yang sangat menarik dan menawan itu dalam keadaan berbungkus jubah.
Oleh kerana bas persiaran yang disewa oleh pihak sekolah menyediakan kain blanket untuk setiap penumpang khususnya untuk perjalanan pada waktu malam, lalu Ustazah Salwa memasukkan sweater yang dibawanya ke dalam beg bersama tudung sembahyangnya. Beliau telah menggunakan kain blanket tersebut untuk membaluti badannya daripada bahagian tengkuk hinggalah hujungnya dilepaskan ke atas ribanya dan membaluti kedua-dua bahagian pehanya.
Manakala Cikgu Razali pula tidak pula mengenakan blanket yang disediakan, tetapi beliau lebih selesa dengan t-shirt lengan pendek berjenama Polo yang selalu dipakainya pada waktu malam. Beliau rasa selesa begitu walaupun suhu dalam bas agak sejuk sekitar 22 darjah.
Kesemua lampu siling dalam bas tersebut telah dipadamkan dan suasana dalam bas agak gelap. Cuma beberapa biji mentol kecil bercahaya suram dinyalakan dan cahaya tersebut tidak mampu untuk memperlihatkan dengan jelas apa-apa objek dalam bas tersebut.
Perbualan antara cikgu Razali dan ustazah Salwa telah terhenti, mungkin kerana sudah banyak perkara yang telah dibincangkan antara mereka berdua. Masing-masing diam seribu bahasa. Lantas Ustazah Salwa menyandarkan kepalanya ke arah tingkap bas sambil kedua-dua tangannya berpeluk tubuh. Sementara kakinya diletakkan dalam posisi bersilang.
ns 15.158.61.5da2