"Walaupun aku ada serba sedikit knowladge pasal agama ni, tapi macam mana nak bagi ceramah dan mengajar? Aku tak pandai lah." Ujar Zainab.
"Yang tu kau jangan risau sebab majlis agama memang ada buat kelas untuk guide penceramah-penceramah baru ni. Kalau kau nak, aku boleh tolong kau." Ujar Aziah.
"Terima kasih tau Azie, kau dah banyak tolong aku." Ucap Zainab.
"Takde apa lah. Kalau bukan kawan baik kau yang tolong, siapa lagi yang kau nak harapkan." Balas Aziah.
==============================
Dua tahun sudah berlalu semenjak kematian suami tercinta. Zainab kini sudahpun menjadi penceramah agama yang bertawliyah. Dia sudahpun mula mengajar semenjak dua tahun lepas setelah mendapat tawliyah.
Walaupun sudah menjadi seorang penceramah, namun kewangan keluarganya masih lagi di tahap membimbangkan. Ini kerana dia jarang mendapat tawaran mengajar di mana-mana. Mungkin kerana dia masih lagi tidak popular.
"Macam mana ni Azie? Orang panggil aku untuk berceramah pun jarang-jarang. Seminggu sekali pun susah." Luah Zainab.
"Janganlah putus asa. Sabar sikit, insyaallah ada lah rezeki kau tak lama lagi." Aziah cuba menyedapkan hati rakannya itu.
"Tapi dah dua tahun macam ni, pendapatan aku pun dah terjejas sangat. Nak harap duit pencen arwah suami aku pun bukan banyak sangat." Zainab semakin buntu.
"Kau tahu pasal youtube tak?" Soal Aziah.
"Mestilah tahu, kenapa kau tanya pasal youtube tiba-tiba ni?" Zainab berasa pelik.
"Kau boleh guna platform youtube untuk promote ceramah kau. Lagi mudah untuk kau jadi popular." Terang Aziah.
"Sebenarnya aku pun dah buat channel youtube dan dah pun upload video-video ceramah aku, tapi view tak sampai 100 pun. Macam mana lagi aku nak buat ni?" Zainab kebuntuan.
"Aku ada seorang kenalan, seorang penerbit rancangan tv. Dia pun ada channel youtube yang subscriber mencecah 200 ribu." Ujar Aziah.
"Jadi kau boleh kenalkan aku dekat dia?" Ada sinar di wajah Zainab ketika ini.
"Boleh tu boleh, tapi dia tu selalu busy. Susah sangat sebenarnya nak dapat peluang jumpa dia. Nanti aku akan cuba usahakan jugak." Balas Aziah.
"Terima kasih sekali lagi sebab nak tolong aku. Siapa kenalan kau tu? Apa channel dia?" Zainab inginkan tahu.
"Dato Ghani. Dia tu penerbit rancangan di sebuah syarikat televisyen berunsurkan agama. Dia juga ada channel youtube berunsurkan agama." Jelas Aziah.
"Dia selalunya akan recruit penceramah-penceramah yang berpotensi, lepas tu akan promote di channel youtube dia. Kalau penceramah tu berjaya popular di youtube, dia akan bawa pula ke kaca televisyen." Tambah Aziah lagi.
"Orang besar jugak lah dia tu? Dia nak ke ambil aku jadi penceramah untuk channel dia?" Zainab mula terasa kerdil.
"Kau kena tunjuk yang kau ada potensi lah. Kalau dia boleh nampak kau boleh tembus market, confirm kau boleh jadi penceramah bawah dia." Aziah cuba meyakinkan.
==============================
Enam bulan menanti, akhirnya Zainab berpeluang berjumpa dengan Dato Ghani. Ia mengambil terlalu lama untuk mendapat peluang seperti ini kerana lelaki itu sentiasa tiada di pejabatnya.
"Kalau bukan sebab Azie, saya takde masa nak jumpa saudari. Saya banyak kerja lagi ni." Ujar Dato Ghani tanpa memandang ke arah tetamu di hadapannya. Beliau sibuk membelek fail di atas meja.
"Terima kasih dato sebab bagi peluang untuk jumpa saya." Ucap Zainab yang baru melabuhkan punggung di hadapan lelaki itu.
"Saudari ada bawa video ceramah saudari ke? Saya nak..." Dato Ghani tidak dapat menghabiskan kata-kata setelah beliau mendongak kepalanya. Tidak disangka wanita yang berada di hadapannya seorang wanita yang sungguh cantik.
"Saya ada bawa." Zainab kemudian mengeluarkan tablet lalu menunjukkan video ceramahnya kepada lelaki itu.
"Saya rasa saya tahu kenapa ceramah saudari tidak mendapat sambutan dan jarang dipanggil oleh pihak masjid." Ujar Dato Ghani sebaik selesai menonton video-video ceramah tersebut.
"Apa puncanya dato?" Zainab ingin tahu.
"Puncanya adalah topik ceramah yang saudari ulas. Cara berwuduk, cara tayammum, cara solat. Semua benda tu orang dah tahu, dan dah belajar pun dekat sekolah." Jelas Dato Ghani lalu berdiri dan berjalan menghampiri Zainab.
"Dah tu apa topik yang perlu saya ulas dalam ceramah saya?" Zainab inginkan pendapat.
"Apa kata saudari bagi topik seperti teknik jimak yang betul dalam Islam, hukum melakukan oral seks kepada pasangan, dan apa-apa sahaja yang interesting." Ujar Dato Ghani yang kini sudah berada di belakang Zainab.
"Tapi saya tak padai dalam bidang-bidang tu." Balas Zainab.
"Kalau tak pandai takpe, saya boleh ajar saudari. Apa nama saudari tadi?" Secara tiba-tiba kedua-dua belah bahu Zainab dipegang oleh lelaki itu.
"Zainab." Ujar Zainab yang kelihatan tidak selesa dengan perbuatan lelaki itu. Namun dia tidak menepis tangan tersebut kerana takut.
"Saudari Zainab jangan risau, saya akan ajar semua topik-topik tersebut. Lepas tu saya akan record ceramah-ceramah saudari, lalu saya akan letak di channel youtube saya." Ujar Dato Ghani sambil tangannya mengusap-usap lengan Zainab.
"Tapi saya segan lah nak berceramah dengan topik-topik macam tu." Zainab agak keberatan.
"Kalau segan, sampai bila-bila pun saudari tak akan berjaya." Melihat wanita itu tidak membantah, Dato Ghani semakin merayapkan tangannya.
"Macam mana dengan bayaran semua tu? Saya tak ada duit nak bayar." Zainab berterus terang.
"Jangan risau pasal bayaran, free of charges. Tapi saudari kena sign contract dengan syarikat saya." Jelas Dato Ghani.
"Apa tawaran dalam contract tu?" Zainab ingin tahu lebih terperinci.
"Segala perjalanan career saudari syarikat kami yang akan uruskan. Untuk permulaan, kami akan promote secara percuma dalam channel youtube kami sehingga saudari menjadi popular." Jelas Dato Ghani.
"Selepas tu kami akan buat jadual ceramah-ceramah dan kelas agama untuk saudari mengajar. Untuk ceramah berskala besar, kami akan bayar RM3000 satu majlis. Untuk kelas agama pula, dalam RM1500 satu majlis." Tambah Dato Ghani lagi.
"Kami akan pastikan saudari akan dapat buat sekurang-kurangnya satu ceramah dan satu kelas agama setiap minggu." Jelas Dato Ghani lagi.
"Royalti youtube pula kami akan bayar sekurang-kurangnya 50% daripada income setiap video jika video-video ceramah saudari boleh dapat view sekurang-kurangnya 100k." Tambah Dato Ghani lagi.
"Sound too good too be true. Mesti kena ada syarat yang ketat untuk saya sign contract ni kan. Apa syarat yang dato akan letak?" Zainab inginkan kepastian.
"Memang akan ada syarat, tapi yang tu jangan difikir dulu. Persoalannya saudari nak tak jadi penceramah di bawah company kami?" Soal Dato Ghani sambil kini mengusap lembut pipi Zainab.
Zainab tidak tahu sama ada mahu menerima tawaran lelaki itu ataupun tidak. Ini kerana dari gaya lelaki itu, dia dapat mengagak lelaki itu seorang yang gatal. Sudah pasti syarat yang diletakkan akan mengarut.
Sudah pasti syarat yang akan dia tempuhi akan melampaui batas. Dia sendiri tidak tahu sama ada dia perlu menerima ataupun tidak. Namun ini sajalah jalan yang dia ada untuk kelangsungan hidupnya sekeluarga.
ns 15.158.61.8da2