Di suatu kawasan perumahan yang terletak di cerok bandar Ipoh, terdapat satu keluarga yang hidup serba lengkap, iaitu keluarga Tuan Rosli. Tuan Rosli merupakan seorang pengetua di sebuah sekolah berasrama di Pahang. Beliau mempunyai seorang isteri bernama Puan Norrazah dan 2 orang anak Reqbal dan Salwa, masing-masing bersekolah menengah.
Pada sudut pandangan yang lain pula, terdapat sebuah rumah kampung yang agak usang, dihuni oleh seorang nenek yang kelihatan uzur dan cucunya yang bernama, Zainol. Mereka hidup serba daif dan hanya mengharapkan bantuan zakat, pencen datuk Zainol dan duit pemberian ibu Zainol. Ibu Zainol pula bekerja jauh di Singapura.
*****
Cerita bermula semasa Zainol @ Enol dan Reqbal @ Qbal berada di sekolah menengah yang sama. Mereka sedang melalui sesi pembelajaran masing-masing. Zainol merupakan seorang budak pandai yang pendiam, lebih gemar bersendirian dan memendam perasaan hatinya. Manakala, Reqbal pula merupakan seorang pelajar yang aktif bersukan dan namanya dikenali di kalangan para guru dan pelajar.
“kring... kring... kring...”, bunyi loceng menandakan waktu rehat bagi tingkatan atas, iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5. Reqbal seperti biasa akan melakukan kekacauan di kantin sekolah dengan menyakat rakan-rakan perempuan sebayanya atau mengacau budak-budak juniornya. Zainol pula duduk di sudut hujung kantin untuk makan bersendirian tanpa orang lain menyedarinya.
Karim, kawan Reqbal membisik pada Reqbal “Bal, ko tengok budak kat hujung tu jom kita buli… mcm budak nerd je”. Reqbal menoleh ke arah Zainol sambil melirikkan senyuman sinis lalu membalas “haaa jom”. Berjalanlah geng budak kacau ala-ala samseng menuju dan merapati Zainol. “Woi, ko makan apa haa..? Bak sini sikit!”, sergah Reqbal. Zainol yang terkejut dengan spontannya menjawab “Tak boleh, ni makanan aku… Aku takde duit nak beli makanan kat sini.”. Reqbal sedikit menekan, “aah pergi mampus la, aku lapar... Aku nak makanan yang kau bawak tu… sini-sini, bak sini!”. Zainol yang berasa gementar dan terancam, tiada pilihan lain, memberikan makanan yang dibawanya tanpa banyak bicara kepada Reqbal dan Karim, sambil kepalanya tunduk ke bawah. Di dalam hatinya, Zainol berasa geram kerana itulah makanan yang bakal menjadi pengalas perutnya sehingga petang, Zainol tahu jika dia lawan pasti dia akan menjadi mangsa belasahan Reqbal dan Karim, memandangkan badan mereka lebih tegap dan sasa berbanding dengan dirinya.
Seusai makan Reqbal terus menguggut Zainol untuk sentiasa membawa makanan kepadanya setiap hari. Zainol hanya mampu mengangguk tanda setuju, lalu mereka kembali ke kelas masing-masing.
*****
Pada sudut pandangan lain, Norrazah sedang mengemas rumah dan menyiapkan makanan tengah hari. Norrazah atau lebih dikenali sebagai Norra merupakan seorang ibu mithali yang menjadi idaman oleh setiap anak: sentiasa sopan, senyum dan bersikap positif. Dia merupakan seorang muslimah yang sentiasa bertudung labuh, memakai pakaian yang longgar. Begitulah penampilan luarannya, namun Norra mempunyai fizikal badan yang cukup diidamkan oleh kebanyakkan para suami: wajah yang cantik, payudara yang bulat dan pejal, dan lekuk-lekuk badan yang menggiurkan seperti anak dara walau pun sudah melahirkan dua orang anak.
Norra gemar melakukan aktiviti sosial kebajikan di kawasan kejiranannya dan dia merupakan tokoh setempat yang tidak asing jika melibatkan apa-apa aktiviti kebajikan. Norra tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan isteri. Dia bersyukur dikurniakan keluarga yang bahagia serba-serbi lengkap.
Rumah mereka ketika ini hanya didiami dua beranak iaitu Norra dan Reqbal, manakala anak perempuannya, Salwa tinggal bersama Ayahnya di Pahang. Hubungannya dengan Rosli seperti pasangan suami isteri biasa, pada hari minggu Rosli dan anak daranya pasti pulang ke Ipoh untuk meluangkan masa bersama keluarga. Disebabkan mereka tinggal bukan sahaja berasingan malahan berjauhan, ada kalanya, sesetengah jiran-jiran yang jauh tersilap anggap bahawa Norra adalah janda anak satu. Sekali-sekali akan ada saja suami orang, mahu pun duda mengorat Norra, dan acapkali jugalah Norra menolaknya dan menepis kata-kata buaya yang ingin bermain-main cinta dengannya dengan senyuman menawan yang mampu memikat kalbu.
*****
Seusai mengemas rumah dan menyiapkan makanan, Norra bersiap-siap untuk keluar membeli barangan bagi kerja-kerja kebajikannya. Norra mengenakan busana muslimah cukup anggun buat seorang ibu beranak dua itu. Kunci kereta Honda dipulas untuk meghidupkan dan memanaskan enjin, sebelum ianya bersedia untuk gerak.
*****
Kembali ke sekolah. pelajar-pelajar sedang bersiap-siap untuk pulang ke rumah masing-masing. Hati Reqbal terdetik ingin mencari Zainol untuk membawanya ke satu kawasan bagi membulinya supaya dia lebih patuh. Reqbal mengarah Karim supaya menjejak Zainol supaya perancangannya berjalan dengan lancar. Reqbal terus menunggu Karim di tempat yang telah diberitahu selepas waktu sekolah. 10-15 minit kemudian kelihatan Karim membawa Zainol tanpa sebarang masalah. Tersenyum Reqbal yang rancangannya semudah ini. Zainol diasak secara kunci kepala (“headlock”), mereka bertiga berjalan menyusuri laluan rumah kedai lama untuk ke tempat yang lebih terselindung.
Tiba-tiba Norra yang sedang dalam perjalanan itu ternampak anak lelakinya bersama rakannya sedang berjalan sambil menyakat Zainol. Timbul perasaan gusar dihatinya akan apa yang anaknya sedang buat. Reqbal yang sentiasa nampak kemas dan bijak, kini kelihatan berpenampilan seperti seorang budak gangster. Sakit hati untuk Norra melihat dengan dua matanya sendiri, keadaan dan realiti anak lelakinya yang sebenar. Naluri seorang ibu diikuti perasaan tidak senang hati membuatkan wanita itu terus menukar niat, dan seterusnya mengintip dan mengikuti anak lelakinya dari jauh. Norra meletak keretanya di parkir berdekatan lalu memakai mask untuk mengelak diketahui. Diikutinya langkah anaknya itu menuju ke sebuah lorong belakang rumah kedai dan seterusnya di celah-celahan semak. Norra berhati-hati melangkah disebabkan laluan yang penuh dengan bahan buangan pembangunan. Akhirnya langkah Norra terhenti di depan sebuah bangunan usang lama yang penuh dengan semak samun. Bentak hati Norra, “Haaaishh, apa la anak laki aku buat dekat sini? Kau jangan ambil barang terlarang sudah la”. Norra cuba menghendap di penjuru bangunan tersebut memandangkan setiap percakapan di dalam bangunan dapat didengarinya akibat gema bunyi dan suasana sunyi. Norra cuba meneliti pendengarannya, kedua-dua telinganya terdengar suara perbualan anaknya Reqbal, Karim dan Zainol.
-bersambung-4848Please respect copyright.PENANAEnc4J31GtH