Dengan sepinggan nasi ayam di tangan kanan dan air bandung di tangan kiri, matanya melilau mencari meja kosong di dalam food court itu. Sana sini meja penuh. Ada yang masih mengunyah makanan, ada yang khusyuk merenung telefon bimbit sambil menghabiskan minuman, ada pula sebok berborak walaupun ramai yang sedang menunggu meja. Beginilah suasana lunchtime di tengah KL, sesak dengan manusia mencari makan. Lebih-lebih lagi bila semua pekerja ofis keluar makan di waktu yang sama
"Sis, sini ada kosong"
Zarina menoleh ke arah suara itu. Terpempan gadis itu apabila ternampak seorang jejaka tampan tersenyum kearahnya. Kulitnya sawa matang. Jambangnya kemas. Rambutnya tersikat rapi. Kelihatan segak berkemeja biru muda kolar putih
Lelaki itu menunjuk ke kerusi di hadapannya, menjemput Zarina untuk duduk. Meja itu pula khas untuk 2 orang. Zarina teragak-agak, segan. Tapi memandangkan dia sedang mengejar masa, dia duduk juga di situ.
"Terima kasih" katanya ringkas seraya tersenyum
Perutnya rancak berkeroncong minta diisi. Sebaik sahaja dia meletakkan makanan di atas meja, dia membaca Bismillah dan menyuap nasi kosong kedalam mulutnya. Belum sempat dia menelan, dia menyuap secebis daging ayam pula
"Dari dulu perangai tak berubah. Kalau dah lapar, makan tak dongak"
Berkerut dahi gadis itu. Dia menelan sisa makanan dalam mulutnya dan merenung muka lelaki itu.
"Huh?"
Lelaki itu terketawa kecil melihat reaksi Zarina
"Ina kan? Zarina?"
"Ye. Err. Sorry. Awak siapa?"
"Haris, ingat tak? Satu sekolah dulu kat Seri Ampang?"
Hampir tercantum kening gadis itu. Wajahnya penuh tanda tanya
"Alahai, aku duduk belakang kau lah masa kelas. Kau pulak bila lupa pen, lupa pensil, kau pusing belakang pinjam aku punya barang"
Zarina menutup mulutnya, terkejut
"Ohhh. Oh my god. Haris. Yang pendiam tapi bijaksana tu kan? Ok, I...opps...aku...aku ingat. Aku ingat"
"Ha ingat pun. Mentang-mentang lah aku dulu tak handsome" kata lelaki itu sebelum terketawa kecil, menampakkan giginya yang putih bersih
'Tapi sekarang handsome giler' kata Zarina dalam hati
"Yelah tu. Aku ingat lah, mana boleh tak ingat. Wait, kau bukan kat sini nak pungut hutang kan? Aku tak ada pinjam duit dari kau kan?" soal Zarina lagi, jelas dari nadanya dia sedang berseloroh
"Tak ada duit lah...cuma...hati" perkataan "hati" itu dibisik, membuat gadis dihadapannya membongkok kehadapan untuk mendengar dengan lebih jelas.
"Apa? Apa kau cakap tadi?"
"Tak ada apa-apa. Eh. Kau kerja sini ke?"
"Haris, sorry lah. Aku in a hurry sebenarnya. Aku kena makan cepat-cepat, beli barang lepas tu balik ofis. Hope you don't mind"
"Ok ok. Sorry ganggu. Hope you don't mind aku duduk sini"
"Ok. Tak ada masalah"
Zarina sambung menikmati makanannya yang tergendala. Sekali sekala dia akan mengintai Haris dihadapannya itu. Lelaki itu khusyuk membelek telefon bimbitnya. Roman wajah yang serious milik lelaki itu mempertingkatkan lagi ketampanannya, menyemarakkan lagi selera gadis itu. Dengan pantas dia habiskan makanannya.
Sehelai tisu digunakan untuk membersihkan bibirnya yang tak bergincu. Malah seluruh mukanya tak bersolek. Memang itu habit Zarina bila ke ofis. Namun kecantikkannya tetap terserlah di mata Haris.
"Kau nak beli apa nanti? Kalau aku temankan boleh?"
"Adalah. Kau tak kerja ke?"
"Sepatutnya aku ada lunch meeting pukuk 12. Cancel pulak. Malas nak balik ofis siang-siang"
"Eee. Mengelat eh?" Zarina menggoyangkan jari telunjuknya seolah-olah mengajuk.
Tersenyum Haris dengan telatah Zarina itu. Comel
"Ala. Macam lah kau dulu tak mengelat. Ponteng sekolah lepas tu pergi shopping"
"Haip! Janganlah cakap kuat-kuat. Jomlah. Nanti aku lambat"
Lelaki itu bingkas bangkit dan berjalan menuju ke pintu keluar food court itu. Zarina yang di belakang memandang Haris dari atas ke bawah. Tersenyum gadis itu dengan tubuhnya yang tinggi dan tegap itu.
****************
Sementara itu di ofis Khalid...
"Lid"
Khalid segera menoleh apabila nama dia dipanggil dan ternampak Samsiah dan Maya berdiri di sebelahnya. Tersengeh-sengih mereka berdua, lagi-lagi si Samsiah. Lebar semacam pula senyumannya pagi tu
"Kak Sham, Maya. What's up?"
"Maya cakap Lid sekarang tengah cari bilik sewa eh?" tanya Samsiah
Khalid memandang Maya. Gadis itu hanya tersenyum
"Errr. Betul. Kak Sham ada bilik kosong ke?"
"Haah. Cara kebetulan tenant bilik rumah kak Sham dah nak keluar Jumaat ni. Tenant baru pulak masuk bulan depan. Lid masuklah bilik tu sementara tunggu dapatkan bilik sewa permanent"
Khalid memandang Maya seolah meminta pendapatnya. Maya hanya mengangguk sekali sebagai galakkan.
"Err. Berapa sewa sebulan kak Sham?" soalnya lagi
"Tak payah lah. Sham dah discuss dengan husband. Free je. Lagipun sebulan lebih je kan. Khalid hulur duit elektrik sikit je. Tolong-tolong dalam rumah pun ok. Hmmm, Lid nak tengok gambar bilik tu?"
"Boleh kak" balas Khalid dengan teruja.
Setelah melihat gambat bilik itu, Khalid tersenyum berpuas hati. Lebih-lebih bila kondo mewah Samsiah itu sangat berdekatan dengan KLCC, tempat dia bekerja sekarang ni. Hanya 10 minit sahaja berjalan kaki ke ofis
"Macam mana? Boleh tak?" tanya Samsiah lagi minta kepastian.
"Mestilah boleh kak"
"Ok, so hari ni Selasa, I see you Saturday morning k. I text u the address later" kata Samsiah lagi
"Boleh kak Sham. Terima kasih banyak-banyak. Appreciate it" balas Khalid dengan senyuman ceria. Dia memandang muka Maya lagi. Tersenyum lebar gadis apabila ternampak wajah gembira lelaki itu
"Asyik tengok muka Maya je Lid ni. Korang girlfriend boyfriend eh?" tanya Samsiah sebelum memandang muka Maya
"Tak lah kak Sham. Mana ada. Kawan kerja je" jawap Maya seraya ketawa kecil
"Ala. Kalau korang girlfriend boyfriend pun apa salahnya. Dua-dua pun good looking. Berdiri pun sama tinggi, duduk sama rendah. Betul tak?"
"Oklah. Oklah. So saya datang dalam 12 tengahhari nanti k" pantas Khalid menukar topik. Wajah Maya merona kemerahan, segan.
"Ok. Cantik tu. Oklah guys. Kakak sambung kerja dulu k. Bye"
"Bye" jawap Maya dan Khalid serentak.
Sebaik sahaja kelibat Samsiah hilang dari bilik itu, Maya merapatkan dirinya ke Khalid
"Kau duduk sana jangan menggatal dengan Samsiah eh? Kau ingat aku tak perasan kau asyik skodeng tetek dia. Gatal!"
Khalid sedikit terkejut dengan bisikan tegas si Maya
"Eh, apa kau merepek? Samsiah tu dah 40 lebih. Lagipun, suami dia kan ada"
"Suami dia tu Chief engineer oil and gas. Selalu pergi outstation. Sebulan lebih baru balik. So most of the time kau dengan dia ke kat dalam rumah tu"
Terketawa Khalid dengan wajah Maya yang mendatar tapi comel itu
"Kau ni pun. Kalau kau dah tahu macam gitu, kenapa kau bilang kak Sham pasal problem bilik sewa aku tu?"
Maya merapatkan lagi wajahnya ke wajah Khalid.
"Aku kesiankan kau lagipun aku ikhlas tolong kau...and also because..."
Maya berjeda, dia melilitkan rambutnya ke belakang telinga dan merenung muka Khalid
"Because of?" tanya lelaki itu.
"Because I care so much about you" bisik Maya sebelum mengucup bibir Khalid dengan lembut
ns 18.68.41.179da2