SELASA
~~~~~~~~~~~
Menyirap-nyirap darahnya apabila melangkah kaki ke dalam rumah. Satu rumah lampu menyala. Dari dapur hingga ke ruang tetamu. rumah tu berselerak. TV pun dibiarkan 'on' walaupun tak ada orang yang menonton. Ada 2 cawan kotor di atas meja. Tisu kotor dan plastik keropok Lays bertabuan di atas lantai. Abuknya di sana sini. Zarina perasan Pintu biliknya terbuka manakala pintu bilik kedua pula tertutup. Zarina pasti Tanti ada di dalamnya.
Gadis itu berjalan pantas masuk ke dapur. Pinggan mangkuk kotor dibiarkan dalam singki. Di atas stove terdapat kuali berisi sisa-sisa maggi. Sangat pantang dia balik kerja penat-penat lepas tu nampak rumah berselerak dan kotor.
Wajahnya merah dirasuk amarah. Tangan dikepal macam nak menumbuk orang. Dia masuk ke bilik tidur dan mencampakkan begnya ke atas katil. Terbuntang matanya apabila ternampak botol-botol krimnya terbuka. Termasuk botol krim Sari Mastika itu. Hanya setengah sahaja yang tinggal.
Dia rasa dia tak boleh berdiam lagi. Apa nak jadi jadilah. Nak repot kat Razak? Teruskan! GO ahead! Perempuan Indon ni harus ditegur. Mesti dimarah. Kalau tidak, sampai bila-bila lah dia akan bermaharajalela. Sampai bila lah Zarina jadi baby dia.
Tok! Tok! Tok!
"Tanti! Tanti! Bukak pintu!
Senyap, tiada sahutan.
Zarina memulas tombol pintu. Dikuncinya dari dalam.
Tok! Tok! Tok! Tok! Tok! Tok!
"Tanti! Bukak pintu!"
Tiba-tiba kedengaran kunci dibuka. Tak lama kemudian pintu dibuka. Tanti menjenguk keluar dengan muka yang mamai. Rambutnya kusut. Besar kemungkinan baru bangun tidur. Dia menggosok-gosok matanya. Memudian merenung muka Zarina mendatar
"Iya kak. Ada apa ribut-ribut ni?"
Zarina bercekak pinggang dan merenung wajah Tanti dengan tajam
"Buat apa kat dalam? Tidur?!"
"Iya kak. Saya penat. Ada apa ni kak?"
"Penat eh? Penat buat apa? Tanti tak nampak rumah berselerak? Dapur berselerak. Makan maggi tak tahu nak cuci ke?"
Tanti mengeluh berat. Sekali lagi dia menggosok-gosok matanya.
"Ok ok kak. Nanti saya kemas ya!" Herdiknya sebelum menolak pintu bilik untuk menutupnya
Dengan tapak tangan, Zarina menahan pintu itu dari tertutup. Terperanjat Tanti dibuatnya sehingga dia mengambil satu langkah kebelakang. Segar terus matanya. Hilang segala ngantuk
"Apa ni kak? Hampir terjatuh saya"
"Kemas! Cuci pinggan! Sapu lantai. Jangan tidur lagi! Duduk rumah ni percuma jangan pemalas!"
Kini Tanti pula bercekak pinggang dan merenung Zarina tajam
"Saya ini isterinya Razak! Bukan orang gajian. Hendak kemas sana! Kemas sini dong!"
"Ye! Kakak tahu kau tu isteri kesayangan Razak! Aku pun isteri dia jugak tapi aku...
Tiba-tiba Zarina terpandang seluar pendek yang dipakai Tanti. Itu salah satu seluar dia. Singlet ketat spaghetti strap yang dipakainya juga milik Zarina. Menyumpah gadis itu di dalam hati
"Ni seluar siapa? Ni baju siapa? Ni kakak punya tau! Kenapa pakai barang kakak tak mintak izin? Krim pelembab kakak tu, habis semua Tanti pakai. Lepas tu dah pakai kenapa tak tutup?"
"KL ni panas bangat. Pakaianku semua tertutup dong. Seluar panjang saja yang ada. Panas pakai di rumah ni. Saya pinjam sahaja. Bukan mencuri dong. Kalau tidak suka. Sekarang juga saya buka!"
Tanpa menunggu balasan Zarina, Tanti menarik singletnya keatas sehingga melepasi kepala dan mencampakkan baju itu ke kaki Zarina. Kemudian dia menarik seluarnya kebawah. Kemudian dia menendang seluat itu ke tepi.
Kini Tanti berdiri tegak di hadapan Zarina dengan hanya memakai coli dan seluar dalam. Dia bercekak pinggang dan merenung muka Zarina lagi. Bergegar teteknya yang masih dibalut coli
"Puas hati?! Gembira?!" soal Tanti dengan lantang. Matanya terbeliak terbeliak merenung Zarina
Amarah Zarina membuak-buak apabila ternampak coli dan seluar dalam yang dipakai Tanti ialah yang berjenama mahal kepunyaannya. Coli ungu berender dan bertali hitam serta panties yang bewarna sama. Jarang dia pakai pasangan pakaian dalam itu kerana tujuan utamanya hanyalah untuk menggoda, bukan dipakai harian
"Coli dan seluar dalam tu kakak yang punya! Kau dah kenapa ni Tanti? Tak malu ke kau ni pakai barang orang?!"
"Saya enggak ada yang sexy sebegini. Saya pakai hanya satu sahaja. Kan kakak punya banyak lagi? Pilih sahaja yang lain untuk dipakai depan Khalid nanti dong"
Zarina merengus dengan ayat terakir Tanti tadi. Dia mara kehadapan sehingga Tanti terpaksa mengambil satu langkah kebelakang. Kini tubuhnya sangat rapat dengan tubuh Tanti. Wajahnya hanya seinci dari wajah madunya. Bebola mata mereka bertaut
"Apa kau cakap Tanti?"
"Saya tahu kak. Saya tahu tentang kakak dengan Khalid. Saya nampak semuanya. Tak usah ribut-ribut ya di sini kalau enggak mahu saya bilang abang Razak nanti...dannn...saya enggak buat satu kerja pun dalam rumah ini ya. Kakak sahaja buat sorang ya. Faham?" bisik Tanti seraya tersenyum sinis.
Muka Zarina merah padam. Nafasnya sangat laju. Tangan yang dikepal itu diangkat tinggi, bila-bila sahaja akan dilepaskan ke muka Tanti. Tiba-tiba dia terasa lengannya digenggam.
Spontan dia menoleh kebelakang dan ternampak Khalid berdiri di belakangnya.
"Sabar kak! Sabar"
Zarina merengus kasar. Dengan pantas dia bergegas keluar dari bilik itu diikuti oleh Khalid. Sempat lelaki itu menoleh dan memandang Tanti yang hanya berpakaian dalam, melambai-lambai kearahnya. Bergelek perempuan Indon itu dengan senyuman yang lebar
Sebaik sahaja mereka berdua di luar, pintu bilik itu dihempas dengan kuat. Zarina berpeluk tubuh. Air matanya berlinangan membasahi pipi.
"CikNa? Apa jadi tadi tu?"
"Shut up Lid! It's all your fault! Just leave me alone!" herdik Zarina sebelum berjalan pantas ke biliknya dan menghempas pintu sekuat hati.
Terjongket bahu lelaki itu dibuatnya. Dia mengeluh berat. Niatnya untuk beritahu Zarina yang dia akan pindah harus dibatalkan
ns 15.158.61.8da2