"Nenek Sun dah mati. Sudikah Tuan Puteri Rania itu melepaskan kita?" Kata Tuan Guru Megat Al Qayyum.
91Please respect copyright.PENANAFo6y7KFbg8
Kesemua ketua-ketua telah berkumpul untuk membingcangkan tentang kejadian yang berlaku tadi. Tuan Guru Megat Al Qasar hanya mengeluh berat. Dia berasa bersalah kerana telah menyebabkan kematian Nenek Sun.
91Please respect copyright.PENANA9YgDhoVDIc
"Saya akan pergi berjumpa dengan Tuan Puteri Rania esok. Harap-harap hal ini dapat diselesaikan dengan aman." Kata Tuan Guru Megat Al Qayyum.
91Please respect copyright.PENANA3KC6Szpvlw
Dia sebagai Mahaguru tertinggi di Maktab Al Qalam, terpaksa membela kejadian yang berlaku tanpa kuasa kawalannya.
91Please respect copyright.PENANAiKlEXJQVVU
*****
91Please respect copyright.PENANASFoUtQwka5
Puteri Rania membawa Iskandar Zulkarnain kesebuah bilik yang terletak didalam gua Kubur Mayat Hidup itu. Walaupun didalam hati terasa berat kerana telah melanggar peraturan alirannya, namun sebagai pahlawan sejati, dia telah berjanji kepada Nenek Sun yang dia akan menjaga budak itu selagi dia masih bernyawa.
91Please respect copyright.PENANAxSSEG1rwtd
"Kamu tidur disini" kata Puteri Rania.
91Please respect copyright.PENANALJzenczxqf
Iskandar Zulkarnain melihat kepada bongkah batu yang terdapat didalam bilik itu.
91Please respect copyright.PENANAYrwapvyqFH
"Sini basahlah. Mana boleh tidur disini." Kata Iskandar Zulkarnain sambil memegang bongkah batu yang basah akibat terkena tirisan air didalam gua itu.
91Please respect copyright.PENANAqBlKQiIZf2
"Saya kena tidur disini ke?" Soal Iskandar Zulkarnain sambil memandang Puteri Rania.
91Please respect copyright.PENANANsvQA4neOB
Puteri Rania hanya merenung Iskandar Zulkarnain tanpa sebarang reaksi. Seumur hidupnya, dia tidak pernah menerima tetamu mahupun berjumpa orang luar. Apatah lagi sekarang dia hanya bertemankan seorang budak lelaki.
91Please respect copyright.PENANAuQZfUlXlKb
"Er...makcik..makcik tidur dimana?" Soal Iskandar Zulkarnain lagi setelah Puteri Rania tidak mengendahkan soalannya tadi.
91Please respect copyright.PENANAc0TYtqUFB9
"Saya tidur dibilik saya." Puteri Rania menjawab sepatah sebelum berlalu pergi.
91Please respect copyright.PENANARQKLRVBz5W
"Makcik..makcik..saya taknak tidur seorang diri dekat sini. Saya takut." Iskandar Zulkarnain menahan Puteri Rania dari meninggalkannya.
91Please respect copyright.PENANAFDsqlbjACl
"Takut? Takut apa?" Soal Puteri Rania.
91Please respect copyright.PENANAc6seTT1c0k
"Tak tahu. Makcik tak takut, tapi saya takut. Makcik, saya taknak tidur seorang diri dekat sini." Iskandar Zulkarnain merayu sambil menghalang jalan keluar bilik itu.
91Please respect copyright.PENANA4jzVnNukac
Puteri Rania menghela nafas lembut sambil berfikir sejenak. Dia memandang wajah Iskandar Zulkarnain yang bersungguh-sungguh itu.
91Please respect copyright.PENANA5q3pxYvHto
"Baiklah. Ikut saya." Puteri Rania akhirnya mengalah.
91Please respect copyright.PENANAHv3Pf29NGY
Puteri Rania menghulurkan tangannya. Iskandar Zulkarnain menjerit gembira dan memyambut tangan Puteri Rania.
91Please respect copyright.PENANATm46QSVawk
Didalam bilik Puteri Rania, Iskandar Zulkarnain merasakan udara yang sangat sejuk. Dia menuju kearah lilin-lilin yang terdapat disitu dan ingin menyalakannya.
91Please respect copyright.PENANAbz7jlJMthr
"Jangan nyalakan lilin." Larang Puteri Rania.
91Please respect copyright.PENANABPb9llLtuc
" Tak boleh nyalakan lilin? Tapi kenapa makcik simpan banyak lilin dalam bilik ni?" Soal Iskandar Zulkarnain pelik.
91Please respect copyright.PENANAy8dsnO7lhF
"Tok guru saya yang tinggalkan semua lilin-lilin ini. Tapi saya tak suka." Kata Puteri Rania.
91Please respect copyright.PENANAbMgIcT0UYa
"Tapi bilik ni gelap. Saya tak nampak apa-apa." Iskandar Zulkarnain merungut.
91Please respect copyright.PENANAkL6cA04ELs
"Kalau macam tu, kamu nyalakan sajalah." Kata Puteri Rania.
91Please respect copyright.PENANApUuQOFSRxa
Iskandar Zulkarnain tersengih dan kembali memyalakan lilin disekeliling bilik itu.
91Please respect copyright.PENANA1E2XaGn58w
"Tidurlah." Kata Puteri Rania sambil menunjukkan tempat tidur.
91Please respect copyright.PENANADI1fvYjDCC
Iskandar Zulkarnain melompat gembira melihat satu bongkah seperti katil itu. Dia melompat keatas dan tiba-tiba menjadi kaku. Dia menyentuh bongkah itu. Terasa sejuk seperti ais. Puteri Rania tersenyum kecil melihat reaksi Iskandar Zulkarnain itu.
91Please respect copyright.PENANAsdqsFLx82a
"Kenapa dengan kamu?" Soal Puteri Rania.
91Please respect copyright.PENANA5KNFOvslcj
"Makcik permainkan saya ke?" Iskandar Zulkarnain membuat reaksi kesejukan.
91Please respect copyright.PENANAPbWZNm1uyy
"Katil ini memang begini. Dah. Baring dan tidur sekarang." Arah Puteri Rania.
91Please respect copyright.PENANA09BLtUR1xP
"Takpa. Makcik tidurlah diatas katil. Saya tidur diatas lantai sahaja." Iskandar Zulkarnain melompat turun dari katil itu.
91Please respect copyright.PENANATCkhE9IvIS
"Kalau kamu nak tinggal disini, kamu mesti mematuhi peraturan saya." Puteri Rania berkata lembut tetapi tegas.
91Please respect copyright.PENANA6mvv9DlgSd
Dia menarik tangan Iskandar Zulkarnain dan menyuruhnya berbaring diatas katil itu semula. Iskandar Zulkarnain hanya akur.
91Please respect copyright.PENANAWt4MIjAkBy
Puteri Rania kemudiannya melemparkan seutas tali yang kedua hujungnya diikat pada kunai pada dinding biliknya. Tali itu tergantung diudara seperti buaian. Dia kemudiannya melompat keatas dan berbaring diatasnya. Buntang mata Iskandar Zulkarnain melihat aksi itu. Itulah kali pertama dia melihat seseorang tidur seperti itu. Iskandar Zulkarnain melihat Puteri Rania sambil memejamkan matanya. Dia perlahan-lahan bangun kerana tidak tahan dengan kesejukan katil itu.
91Please respect copyright.PENANAtclCnlgwxn
"Kalau kamu bangun, kamu akan dipukul." Puteri Rania berkata tanpa membuka matanya.
91Please respect copyright.PENANA1EIXS2kmmS
Iskandar Zulkarnain terperanjat. Dia menjelirkan lidahnya.
91Please respect copyright.PENANA0TQCZlFZRE
" Jangan jelirkan lidah." Kata Puteri Rania lagi.
91Please respect copyright.PENANAgbPwVhSl2G
"Makcik..saya bukan nak turun dari katil. Saya teringin nak belajar silat dari makcik. Boleh tak makcik ajar saya esok?" Kata Iskandar Zulkarnain sambil meniup kedua tapak tangannya.
91Please respect copyright.PENANANqBgLgST8T
"Kenapa tak boleh pula? Tidurlah terlebih dahulu. Besok baru kita cakap pasal ni." Puteri Rania berkata.
91Please respect copyright.PENANAg0sErmuTFn
Iskandar Zulkarnain hanya akur. Dia terpaksa menahan kesejukan dan cuba untuk tidur. Hampir setengah jam dia mencuba, akhirnya dia tidak mampu lagi bertahan. Iskandar Zulkarnain bangun dari katil. Seluruh tubuhnya menggeletar menahan kesejukan. Puteri Rania yang sedari tadi mendengar suara Iskandar Zulkarnain yang bising menggeletar, bingkas bangun. Tanpa berkata apa-apa, dia terus memukul Iskandar Zulkarnain berkali-kali. Iskandar Zulkarnain hanya mengaduh perlahan kerana kulitnya sudah menjadi kebas akibat kesejukan.
91Please respect copyright.PENANAz1qMxhZgf1
Puteri Rania berasa simpati. Pukulannya juga menjadi semakin perlahan. Kemudian dia menolak kembali tubuh Iskandar Zulkarnain supaya berbaring diatas katil.
91Please respect copyright.PENANAg0VpO5AfVv
"Kalau kamu turun sekali lagi, kamu akan dipukul dengan lebih teruk lagi." Puteri Rania memberi amaran.
91Please respect copyright.PENANAeLrPXvP9u6
"Terima kasih makcik." Kata Iskandar Zulkarnain.
91Please respect copyright.PENANAryhyaVYHIT
"Kenapa kamu cakap terima kasih selepas dipukul?" Soal Puteri Rania pelik.
91Please respect copyright.PENANAgJaApaDwQ3
"Hehehe..saya tau bila makcik pukul saya tadi, makcik tak sampai hati kan? Makin lama pukulan makcik makin perlahan." Iskandar Zulkarnain tersengih.
91Please respect copyright.PENANAqv5pV5c0Xp
"Apa tak sampai hati? Saya akan pukul dengan kuat lagi kalau kamu nakal." Kata Puteri Rania.
91Please respect copyright.PENANA3t4zquZnnT
Dia kembali melompat keatas tali dan berbaring semula.
91Please respect copyright.PENANAeYx0IutkKv
"Saya tahu siapa yang layan saya dengan baik." Iskandar Zulkarnain bangun kembali.
91Please respect copyright.PENANAUYd5DtPrjg
"Ayah saya dah meninggal dunia masa saya belum lahir lagi. Ibu sajalah yang layan saya dengan baik dalam dunia ni. Kemudian, ibu saya pun meninggal dunia. Tiada orang layan saya dengan baik lagi." Iskandar Zulkarnain mula bercerita.
91Please respect copyright.PENANAPOGqrf8JiT
"Kemudian saya berjumpa dengan seorang yang aneh. Dia seakan-akan tidak siuman. Dia bertegas nak saya jadi anaknya. Saya terpaksa menggelarkan dia sebagai ayah angkat. Walaupun dia macam gila, tapi dia layan saya dengan baik. Dia ajar saya berlawan dengan silat Gagak Hitam. Nama silat ni bukan saja buruk dan tak sedap, rupanya juga hodoh. Tapi ia sangat hebat. Ia memyelamatkan saya setiap kali saya didalam bahaya. Biar saya tunjukkan pada makcik." Iskandar Zulkarnain berceloteh panjang.
91Please respect copyright.PENANATTJ3ENLR4R
Puteri Rania hanya memandang Iskandar Zulkarnain yang bersungguh-sungguh bercerita itu. Tiada reaksi diwajahnya. Iskandar Zulkarnain membuatkan gaya silat Gagak Hitam yang dipelajarinya. Dia berdiri dengan sebelah kakinya sambil kedua tangan dikibaskan umpama sayap.
91Please respect copyright.PENANAUQwQixhPxc
"Dah, tak payah. Tidurlah." Puteri Rania terus memalingkan wajahnya dan kembali memejamkan mata.
91Please respect copyright.PENANAqDzMKpYd0h
"Makcik..kenapa makcik tak tanya saya apa-apa?" Soal Iskandar Zulkarnain.
91Please respect copyright.PENANACIkAkas6mn
"Tanya apa?" Puteri Rania masih melayan.
91Please respect copyright.PENANAecsVTGhaDO
"Makcik tanya lah apa-apa, saya boleh sambung cerita silam saya lagi." Iskandar Zulkarnain bersemangat.
91Please respect copyright.PENANAt2ifc5hPlg
"Suka hati kamu lah nak cerita atau tidak. Saya tak akan tanya apa-apa." Puteri Rania berkata tanpa membuka mata.
91Please respect copyright.PENANAOZPH4xB6p3
"Takpa. Saya akan ceritakan biarpun makcik tak tanya. Kemudian, saya berjumpa dengan pak long dan mak long. Mereka kata mereka kawan baik pada ayah kandung saya. Mereka ajak saya ikut mereka balik ke Pulau Temasik. Saya pun ikutlah mereka ke sana. Pulau Temasik cantik sangat. Adik beradik Wan turut ada disana. Pak long melayan saya dengan baik, tapi mak long tak suka pada saya. Sampailah saya bergaduh dengan adik beradik Wan" Iskandar Zulkarnain bercerita panjang lebar.
91Please respect copyright.PENANAOrJZbDtwdG
"Siapa adik beradik Wan?" Soal Puteri Rania.
91Please respect copyright.PENANAY0J6arXBVi
"Yeay..makcik dah tanya soalan." Iskandar Zulkarnain bersorak gembira.
91Please respect copyright.PENANAsSx8WziBGN
"Mereka tu adik beradik yang tinggal sama-sama dirumah pak long. Mereka berdua asyik mengampu anak perempuan pak long, Fallona dan bermusuhan dengan saya. Satu hari tu, saya bergaduh dengan mereka. Mak long tak pernah ajar saya silat. Jadi saya selalu kalah dengan mereka. Kemudian, saya gunakan silat Gagak Hitam dan pukul adik beradik Wan sehingga cedera. Mak long tahu saya gunakan silat Gagak Hitam. Dia nak tahu dengan siapa saya belajar silat tu. Mak long macam berdendam dengan ayah angkat saya. Bila saya tak beritahu, mereka nak hantar saya ke Puncak Ledang untuk belajar di Maktab Al Qalam." Iskandar Zulkarnain bercerita penuh semangat.
91Please respect copyright.PENANAWzs0Zo4i38
"Sudah. Jangan cerita lagi. Tidurlah awal sikit." Puteri Rania memotong.
91Please respect copyright.PENANAkoNUguTRvl
Iskandar Zulkarnain akur. Dia kembali semula ke katil. Dia berasa teragak-agak untuk baring disana.
91Please respect copyright.PENANAUWVI3FsKSf
"Err..makcik..makcik dah pukul saya, tapi masih tak bagitau saya manfaat katil ni." Iskandar Zulkarnain kembali semula kepada Puteri Rania.
91Please respect copyright.PENANAh2a31de8IQ
"Kamu masih taknak tidur?" Puteri Rania menjegilkan matanya.
91Please respect copyright.PENANA5l5w6J4vc6
"Tengoklah katil tu. Sejuk sangat sampai tak boleh saya nak tidur." Iskandar Zulkarnain berkerut sambil membuat gaya kesejukan.
91Please respect copyright.PENANAjKJnm7RE2U
"Baiklah. Saya akan beritahu kamu. Katil ni diperbuat daripada jed purba. Kalau kamu berbaring diatasnya dan berlatih silat, ianya dapat menguatkan tenaga dalaman kamu." Puteri Rania memberitahu.
91Please respect copyright.PENANANJ9waBNRCw
"Nampak macam batu biasa je, tapi kenapa sejuk sangat?" Soal Iskandar Zulkarnain.
91Please respect copyright.PENANA7bn03kLyC8
"Pengasas kita telah mengorek batu ini di laut Andaman selama tujuh tahun. Kamu berlatih silat diatasnya, latihan setahun setanding dengan latihan sepuluh tahun bagi orang biasa. Saya bukan saja-saja permainkan kamu, kan?" Kata Puteri Rania lagi.
91Please respect copyright.PENANAd77HaTFZeh
"Oh..rupanya katil ni begitu baik. Kenapa makcik tak bagitau awal-awal? Saya akan tidur atas katil ni walaupun saya jadi beku. Saya boleh balas dendam untuk nenek." Iskandar Zulkarnain berkata sambil berbaring diatas katil itu semula.
91Please respect copyright.PENANAqH4MO9BMm7
"Kamu mesti jadi budak yang baik disini. Lupakan niat untuk berlawan dengan orang lain. Dan lagi satu, kamu tak boleh mempunyai sebarang perasaan" Puteri Rania memberi peringatan.
91Please respect copyright.PENANA4KSZsbX7gz
"Ha? Mana boleh makcik tetapkan peraturan macam ni. Tak boleh ada sebarang perasaan? Patutlah makcik langsung tak menangis bila Nenek Sun meninggal dunia." Iskandar Zulkarnain terkejut.
91Please respect copyright.PENANA2tNcpLnm9D
"Satu hari, manusia tetap akan mati. Kalau Nenek Sun tak mati dibunuh oleh pendeta tua itu, dia akan mati juga nanti. Apa bezanya? Jangan ungkitkan pasal balas dendam lagi lepas ni." Kata Puteri Rania lagi.
91Please respect copyright.PENANAFnL7Ju37aP
"Saya tak kira. Saya mahu balas dendam untuk Nenek Sun bila saya dah pandai bersilat nanti." Kata Iskandar Zulkarnain perlahan.
91Please respect copyright.PENANAw2Si1oQQaQ